me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday 31 May 2011

melihat dia membesar, saya akui begitu cepat masa berlalu :)

assalamualaikum...

orang lain pakat balik kampung, kami anak beranak dok bersantai di taman permainan. dekat je dengan rumah xsampai 10min pun. sebenarnya ada yang lebih dekat tapi ramai sangat budak2.

yang dah besar2 pun berebut main sama, ayah xmau amik risiko so kami ke playground yang lebih aman damai hihihihihihi xramai sangat kat sini sebab ni kawasan orang joging. jadi budak2 pun boleh kira je


kami bagi peluang sofia main segala jenis permainan yang ada. biar dia meneroka sebab tu kan salah satu proses pembelajaran.. paling penting orang dewasa perlu pantau untuk elak sebarang kecederaan. tapi setakat luka lutut dan tapak tangan apa lah sangat kan? muka anak yang tersenyum puas dapat bermain lagi priceless tau..


aktiviti ni 2 hari yang lepas. baru hari ni dapat update sebab lambat transfer gambar dari hp pink ku itu! ..




berdikari .. naik tangga sendiri tapi mama dan ayah tetap memantau ..


terpaksa tolak badan sendiri sebab kesat kasut tersangkut hahahahahaa


bermain juga salah satu corak pembelajaran bagi bayi dan kanak2


seronok tengok sofia happy macam ni .. mama biar sofia main puas2 sampai sofia mintak 'ayaq' ha, dahaga la tu!


sambung main lagi.. ayah tunggu belakang ~ langkah berjaga2 :)


sofia nak cuba semua permainan yang ada. awalnya dia tgk sorang chinese girl dok main lepas tu riuh dia tunjuk2 kat ayah :)


with her boyfriend ~ ayah ... happy family moment


Monday 30 May 2011

ohhhh apple ipod touch, will you be mine? *wink2

assalamualaikum..

tiba2 mengidamkan sesuatu di malam2 buta hahahahahaaha en gie yang baik hati sudi melayan saya berangan2 nak kan gadget baru :p

sebelum bercerita lebih lanjut meh tengok gambaq ni dulu naaa


si epal yang cumelll.. sangat sedappppp mata memandang :)


berangan tengok boboi boy dengan sofia.. special agent oso pun best gak kan sayang? .. ngeeeeeee


sangat menepati citarasa seorang wanita :p


weee weeee nak kaler hijau tu cumelll.. purple pun nak gak! pink dan merah tu memang stylo lah..
      
kalau bercakap pasal gadget terbaru harus saya akui agak ketinggalan sekarang.. sumber terdekat yang boleh diharapkan tak lain tak bukan, en gie. jadi kalau dia bukak cerita pasal mana2 gadget baru lah saya bersusah payah nak meng'google' hihiiihhihihihihi


nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini .. bagi yang berminat tapi budget rendah macam saya, boleh je survey2 kat mudah.my. ada yang baru dan ada yg 2nd hand. harga pelbagai.. ikut keadaan barang
antara yang saya jumpa, yang ni atau yang ni..


jadi kepada sesiapa yang membaca n3 ni, kalau2 anda berminat nak menghadiahkan untuk saya, anda masih sempat menabung sebelum ogos 2011 nanti hehehehehehe so any one?



p/s : berangan mengubah seseorang berusaha mencapai sesuatu yang diidamkan :)
jangan jadi mat jenin sudahhhhh! 



xoxo

Sunday 29 May 2011

jom outing @ ecm ~

assalamualaikum..

kami outing lagi hari ni. amik angin luar dari rumah dalam shopping mall :p

xda agenda membeli belah apa pun sebab en gie belum gaji hihihihihi alasan yang sungguh konkrit! lagipun saya saja ajak jalan2 kat dalam ni memandangkan kat luar cuaca panas bebenor. dok dalam ni lepak berjam2 pun rileks je. agak2 lapar cari je tempat makan. letih berjalan cari bangku kat tepi2 tu. sempat jugak sofia berbreastfeeding :)

nak cerita pun macam xda apa yang menarik sangat jadi layan gambar aje la.. biasa la gambar berlambak yang berderet2 kan trademark blog ni. kalau jemu, maaf la yea :) jangan serik singgah lagi hihihihihihi




seronok dapat lepas bebas berjalan .. kalau tak asyik nak suruh dukung je


'ya (sofia) nak u uhh ke?' ~ 'nattt (penat)' ~ 'oohhh... ok'


big hugggg!.. :) pose wajib


dua beranak dok jerit 'aaaaaaaahhhh...' motif? ntah xtau


baju kita sama la .. hihihihihihihihihihi pink!


hi.. nice to meet u


mama bajet nampak slim bila pose macam tu hahahahahahahaha




xoxo

pagi ahad @ kemaman kopitiam

destinasi utama di pagi hujung minggu ..

dah bersesak2 kat pasar tani kita recharge tenaga kat sini


dah jatuh cinta dengan milo ais kemaman kopitiam.. superb!

kalau sofia dah mula minum jawabnya saya kena buat suara sedih baru dapat minum .. :)

yea dia mewarisi sikap suka mengemas hahaha

melentok kat ayah .. sibuk ajak nak berjalan........


break sekejap .. nak gi siang lauk pauk siap2 stok seminggu :)




xoxo

Saturday 28 May 2011

rinduuuuuu ~ sungguh2 rinduuuuuuu

assalamualaikum..


rindu sangat kat mak & abah sejak akhir2 ni. asyik teringat je.. boleh kata setiap hari call, sama ada saya call mak aka opah bagi pihak sofia atau abah aka aki call nak dengar suara sofia :)


sofia garu kepala bila mama bagitau xda duit nak call opah wpun sofia hulur tabung bedak sofia yg berat tu ..


sofia dah makin pandai.. setiap pagi dia akan amik hp dan suruh saya call 'opah'.. mak lah tu. bersembanglah mereka berdua, entah kan faham entah kan x. tapi mak dan abah sentiasa layan dengar sofia bercerita

malam ni kami x ber'skype'. tunggu jugak kalau2 achik on9 tapi sampai ke sudah xda pun.. agaknya mesti tengah riuh rendah kat rumah mak & abah sekarang. kaklong sekeluarga balik khamis malam.. jumaat malam pulak, fahmi bertolak balik dari kl dengan angah. yang xda cuma saya sekeluarga dan acu.. sedih plak......

acu masih ada kelas tambahan di sekolah sains kepala batas. tahun ni kan nak amik spm maka harus lah rajin2kan diri ke kelas tambahan. tahun ni je bersusah2 sikit, nanti dah dapat result insya Allah hilang letih dan penat tu


masa makan ialah part paling best.. makan ramai2 sambil bersila kat dapur. biasanya kami xmakan kat meja makan sebab ahli ramai sangat xcukup kerusi.. tapi itu la yang best sebab duduk berhimpun berlaga lutut makan sama2. sambil bercerita, gelak dan kutuk2 hehehehehe sempat tu!



sofia 5th & haris 6th


sofia 5th  & afif 3rd


sofia 5th & adlina 1st


muhd 7th

naqiuddin 4th

angah 2nd

saya ada 'anak2' yang ramai.. 7 orang semuanya. insya Allah akan bertambah sorang lagi tahun ni :) makin lama saya makin rasa rindu dengan telatah anak2 saya. mereka la penyeri, dan penambah sakit kepala serta meletihkan saya tapi saya bahagia :D


bila berkumpul ramai2, tugas yang paling saya 'suka' buat ialah basuh baju hahahahahaha dalam sehari lebih 6 kali kot mesin tu bekerja. selain tu saya rajin2 kan diri membasuh pinggan mangkuk sudu garpu cawan dan gelas yang xreda2 dalam sinki hehhh mana mai pun tatau :p


meredakan hati yang rindu, saya ajak en gie berjalan2 mencuci mata dan minda sambil menambah lenguh di betis kaki di ecm. kami masuk keluar macam2 kedai. dah datang masa belum gaji maka, sekadar melihat2 pun jadi la ..pssssttt ada jual shawl dan inner kat situ. cantik weiii nanti nak ajak en gie pegi lagi la.. yea, saya tau saya kena tunggu hari gembira staff ytl tu baru boleh ajak, kan? hihihihiiihihi

satu perkara yang saya terkesan pada sofia, setiap kali nampak laptop dia akan mintak ayahnya on laptop. lepas tu dia sebut achik2. makna nya dia nak on9 dgn achik. jadi boleh la dia 'jumpa' aki dan opah di alam maya :p sofia2..rindu kat opah ngan aki jugak ke? sabar yea sayang, kalau ayah lapang dan ada rezeki lebih boleh la kita balik kampung nanti..


buat abah & mak, alang memang teringin nak balik. beramai2 di kulim. bukan senang nak kumpul 6 beradik kan?.. tapi jangan di tanya bila sebab alang belum ada jawapannya :( hukhukhuk



p/s : kalau rindu, on la skype.. kami tungguuuuuuu :)




xoxo

Friday 27 May 2011

si dia yang pink belum mahu mandi pagi :)

teman mama sidai kain ..

letih menunggu yea sayang ?.. :)

dah mula buat bunyi macam2 .. sat la sikit je lagi ~ mama

usung merata bear kitkat ~ sambil mama tanya mana mata bear?

mama... mutt *semut'.. erm yea la nanti mama sapu yea?..

tunjuk semut kat ayah sebab lambat tunggu mama bertindak hehehehe dah kain x abis sidai lagi kena la tunggu jap semut tu hhahahahahahahaahha

Thursday 26 May 2011

chef to be ~ nur raisa sofia ^-~

gaul tepung, garam dan sedikit serbuk kunyit


masukkan bawang besar yang telah dipotong.. ikan bilis jangan lupa :)


erm.. bawang ni xsama saiz la mama hahahahahahaha xpe kita campak je

 
mama kata ok cukup2 tapi dia sibuk nak cedok serbuk kunyit.. last2 kaler kuning diraja adunan cucur bilis ku :)

 
'mama.. mama..' sambil tunjuk tepung kat pipi dan hidung :D




sampai terpejam2 mata sebab tunggu mama sapu habuk tepung kat muka :)


adun sebati ~ sedia untuk digoreng hihihihihi



Wednesday 25 May 2011

tips agar bayi mudah tidur .. mungkin boleh disesuaikan untuk org dewasa :)

assalamualaikum ..


malam ni tergerak hati nak share beberapa tips supaya bayi atau kanak2 dan mungkin juga org dewasa agar mudah tidur.. tips untuk orang dewasa ikut kesesuaian lah yea :p


biasanya bayi baru lahir akan tidur selama 16 hingga 20 jam dalam sehari. dan hanya terjaga apabila sampai waktu makan :) tempoh masa tidur selalunya antara 4 hingga 5 jam bergantung kpd kemampuan bayi menahan lapar.
 ingat .. setiap bayi adalah berbeza, yang penting ikut rutin biasa bayi masing2. tempoh masa mungkin kurang atau lebih bergantung juga kepada beberapa faktor


signal dari bayi ialah menangis setiap kali terjaga kerana lapar. itu cara mereka untuk 'memanggil' ibu atau pengasuh. solution nya ibu atau pengasuh akan bagi susu .. tapi macam mana pulak dengan bayi yang still nangis setelah di susukan? ha, ni bukan masalah x cukup susu yea.. 


masalah yg hampir setiap ibu pernah melalui ..

iaitu si kecil yang susah nak tidur :) selain kemungkinan lapar, ibu atau pengasuh kena pastikan bayi berada dalam keadaan yang seselesa yg mungkin. lampin basah, sejuk tidak sihat atau sakit antara checklist yg penting.
 tapi kalau si bayi still nangis setelah semua dipastikan ok, mungkin boleh ikut tips kat bawah ni..


mandi ~ dgn air suam. biar baby berendam sekejap. selesai mandi, pakaikan baju tidur. ini akan jd satu signal pada baby iaitu 'time to bed ..' :)

sofia memang guna bedtime set dari j&j..  alhamdulillah berkesan :)


berbual @ berborak @ bergossip ~ layan si kecil berbual-bual. suara ibu yang 'aman' dan damai serta dapat mententeramkan bayi boleh memberi keselesaan. penting! jangan berbual berlebihan.. membuat bayi ketawa xdigalakkan. silap2 baby xjadi tidur 



tidurkan bayi secara terlentang bagi mengelakkan SIDS ~ sindrom mati mengejut


dodoi ~ dodoikan bayi sambil mengendong atau mendukung bayi mengikut keselesaan. ayunan perlahan yang tetap disamping nyanyian lagu pitching xlari secara perlahan sambil mengelilingi rumah boleh mendorong baby tidur lena


pandai mama nyanyi.. dah ngantuk pun dia hihihihi


ruang bilik tidur yang selesa ~ pastikan katil atau tempat tidur yang selamat, pasangkan penghadang jika perlu.. peredaran udara yang baik, udara keluar masuk dan tidak lembap esp kalau yang guna aircond macam kitorang..bilik ni memang xda kipas maka terpaksa la.. sebaiknya ruang tidak sempit jadi senang bagi si ibu bergerak ketika mendodoi si kecil. pilih lantai yang mudah dibersihkan, elak guna carpet sebab boleh 'menyimpan' habuk. last but not least pasangkan lampu tidur yang malap jadi baby senang faham 'ooo dah malam, so kena tidur..' hehehehehehe
 

 selamat mencuba! ehhehhh macam buat rancangan masak memasak pulak :)



xoxo

Tuesday 24 May 2011

sedang menyiapkan kediaman baru untuk keluarga raihazi ~

assalamualaikum..


harap maklum bahawa tapak lawatan ni masih under renovation.. jadi kalau ada error kat mana2 tu sudi2 la tinggalkan komen supaya sempat saya suruh buruh indon tu betulkan hehehehehehe

kalau ada idea hebattt lagi bagus.. sharing is caring rite?


ok la saya nak gi cari bahan binaan kat blog lain jap.. ada yang xberapa nak cukup :p



jaga diri baik2.. kalau jatuh bangun yea, jangan dok terlentang lama2 pulak hihiihihiihi


xoxo

Monday 23 May 2011

mood letih memanjang ;)

assalamualaikum..

letih berpiknik semalam masih terasa.. terutama sekali setelah berhempas pulas menyelesaikan tanggung jawab sebagai suri rumah :) saya xmerungut yea. sekadar bercerita, xpe kan?


saya sambung tidur setelah menghantar dgn pandangan mata en gie yang keluar bekerja dengan iringan doa chewahhh ayat cedok dari novel hihihihihihihihi lepas tu kelam kabut kutip kain baju masuk washing machine sambil buat breakfast untuk santapan kami dua beranak :) nasi goreng je

selesai makan, harus la basuh pinggan mangkuk serta tupperware semalam dan makan malam tadi ehhh kantoiii hahahahahahaha yea, semalam mengantok sungguh rasanya. lepas makan, tengok tv sekejap ingat nak tggu mood membasuh ehh ada ke? last2 saya ajak sofia tido huhuhuhuuuhu

menyapu rumah kecik kami agak merimaskan sebab kipas living hall terpaksa ditutup of coz lah kan? peluh meleleh macam lepas mandi xlap  terus pakai baju :p menyidai kain sambil di'tolong' sofia memang 'besttttt'
riuh suara mama suruh sofia letak balik kain2 yang dah dicuci kedalam bakul.. cepat je dia nak buang kat lantai sebab nak amik bakul pink tu buat main agaknya.. sabar je lah

sambil mencari idea menu untk tengah hari merangkap ke malam, kita layan lagu ni.. jom!





esok2 sambung cerita yang lebih menarik serta berfaedah.. hihihihihik ampunnnnn kalau ada yang rasa buang masa baca n3 hari ni




xoxo

Sunday 22 May 2011

outing pantai sepat part 2 ~

assalamualaikum ..




n3 hari tu beriya2 cerita pasal nak gi piknik. maka hari ni ceritanya adalah berkenaan piknik kami sekeluarga bersama2 staf ytl di pantai sepat. part 2 kerana ini kali kedua kami ke sini. kali pertama cerita ringkasnya ada kat sini 


makin ramai yang join, makin meriah dan makin banyak menu hehehehehe ... antara yang terlibat ialah kak ogie & family, kak aini & family dan staf2 bujang ytl erk.. yea ke bujang korang semua nih? hihihhihiihii  




en gie setia melayan anak dara kesayangan ~ sampai makan pun last sekali sebab sofia suh dukung

uncle solah suh senyum la sofia.. org lain pakat menyenduk makan, mama dok layan sofia lagi :)



sampai je kat tapak piknik, gigih kami anak beranak membancuh air. laku.... sekejap je dah dgr 'eh air dah habis ek?' hahahahahahahaa



antara yang turut serta.. nanti kita buat makan2 lagi yea? :)


berborak anak beranak sambil temankan en gie makan .. :)


sofia yang kegelian sebab pasir masuk dalam kasut .. iskhh anak mama ni


sofia yang comot .. berpeluh sakan :) sambil tggu ayah bw mandi laut

kaum ibu dan anak2 mengisi masa terluang .. kaum ayah dan bujang2 sibuk memancing.. sabo je :p

p/s : yea, memang gambar xmengikut turutan kejadian :p

rancangan yang saya atur, berlaku banyak perubahan. antaranya.. menu :( atas request en gie, maka saya kena masak nasi huhuhuuu sandwich ke laut, nugget dan sosej pun kelaut 
sambal ikan bilis dgn tempe + apple hijau dgn kuah rojak + air oren + keropok sayur .. yg tu aje yg sempat saya siapkan. nak buat pasta goreng pun takut xsempat.

mujur kak ogie dan suami yang rajin memasak menyelamatkan keadaan. diorang bawak daging dgn sotong yg siap diperap (menu bakar2), mee goreng, sayur apa ntah tumis air, air asam, teh 0 dan buah jambu + tembikai

kak aini yg dpt invitation last minute xdatang dgn tgn kosong.. dia bw tembikai jugaaaa :p

dan ada sorang staff bujang aizat namanya bawa ikan selar yang cumell2 untuk dibakar :)



masing2 happy sebab dapat relax2 sambil makan tepi laut. insya allah dengar2nya dah ada plan untuk next outing :D jom la pakat join ramai2 lagi lepas ni

sofia tertido masa otw balik tadi lagi. letih main pasir kot. baju2 banyak nak dibasuh, tupperware penuh sinki ermm, esok pagi aje lah kita ngemas boleh? huhuhuhuhuhuhuu  keletihan dah ni. mau tido





xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...