me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday 14 July 2011

mengatur kerja rumah cara saya ~

assalamualaikum..

dalam rutin seharian, saya suka sediakan list. apa yang nak dibuat dan disusun ikut prioriti *betui ke eja tu?
biasanya bila bangun pagi2 saya setkan dalam kepala nak buat apa dulu. yang mandi dan gosok gigi tu xmasuk la dalam list ni. antara task yang tersenarai, contoh.. masak, mengemas, basuh baju, iron dll

saya suka buat list sebab kerja jadi teratur dan mudah. esp bila selesai satu kerja saya tau yang kerja rumah makin kurang dan ianya macam satu motivasi nak siapkan yang seterusnya. sebab boleh rehat sambil layan sofia main dan tengok tv sampai petang hahahahahaha

contoh paling senang, mula2 senaraikan kerja yang nak dibuat. setiap hari kerja xsemestinya sama. yea la mungkin semalam dah mop xkan hari ni pun gigih nak mop lantai lagi.. jadi duduk bertenang jangan ribut2 sambil pandang keliling rumah. tanya diri sendiri nak buat apa hari ni

mungkin yg pertama sekali nak diselesaikan ialah kemas bilik, lepastu boleh kutip kain baju masuk washing machine. pastikan kerja membasuh berjalan, jangan main sumbat je sudahnya sampai petang baju xbersidai. ni kelebihan buat yang ada bantuan teknologi dalam rumah. sambil baju2 dibasuh oleh dayang ehh mesin, kita dah boleh jenguk kerja lain.

pagi2 lagi saya pastikan nasi dimasak terlebih dulu. keluarkan segala keperluan yang nak dimasak. terutamanya yang disimpan di sejukbeku spt ayam yang keras kejung :) sambil tu buat sarapan buat en suami dan anak. pilih menu simple yang berkhasiat lagi cepat disediakan. kalau mampu sesekali masaklah tapi kalau x, beli saje yang dah siap pun boleh la

jadikan amalan untuk terus mencuci pinggan mangkuk yang diguna masa memasak. jangan biar berlungguk dalam sinki. jap lagi lepas makan bertambah lagi. sudahnya angin malas pun datang. bertangguh lagi nampaknya..erm saya mengaku biasa jadi macam ni bila x istiqamah hihiihi

bila en suami keluar bekerja, kerja jadi mudah sebab xda gangguan nak sapu sampah ehh abang tolong angkat kaki yea. nak tepuk2 manja sofa tapi en suami sedang duduk ngadap paper. bahagia bekerja di hari kerja :) cari masa yang sesuai  untuk mandikan anak. yang ni bergantung pukul berapa dia bangun dan mood ok nak masuk bilik air. kdg2 bangun je awal tapi xmo mandi lagi



boleh pandang2 jangan pegang2 :)

cepat2 kemas living hall. time ni nak sapu ke, mop ke atau 3 kali dalam seminggu saya lap habuk2 yang bertapa di belakang tv, kabinet dll. lepas sarapan, xpayah nak berangan bestnya kalau dapat pegi shopping esok atau minggu ni kenduri nak pakai baju mana.. kalau si kecil belum bangun lagi la mamanya speed sebab senang nak mop atau lap habuk. xda nak risau, anak jatuh tersembam sebab licin atau anak bersin gara2 dok main habuk hahahahaha


sambil sidai kain, jenguk2 pokok kari dan bunga kalau ada. *dalam kes saya cuma ada pokok kari dan serai di balkoni rumah. hah? pokok serai kat balkoni?.. haaa sila percaya yea kawan2 hahahahahahaha tanam kecil2an je dalam pasu. saja nak test dia nak hidup ke x. nak siram ke nak gembur2 tanah sambil berbincang hal jiran bermasam muka boleh la. tapi jangan berlama2

masuk dapur semula, mula memasak menu tengah hari. xpayah tunggu jam cecah 12 tengah hari baru nak terkejar2 keluarkan bahan. lebih awal kita bekerja lebih baik sebab mana la tahu kalau tiba2 dok lepak depan tv en suami balik awal nak makan nasi. haru jadinya! kadang2 jadual kerja terganggu bila anak merengek nak suruh main bersama. xpun dia menangis bila ditinggalkan sorang2 masa leka menconteng buku mama. masa ni lega lah sikit sebab kita tahu dah xbanyak mana kerja yang tinggal.


kebiasaannya saya berhenti makan lebih kurang 1 ke 2 petang. selesai makan, dapur dah dibersihkan, terus basuh segala apa yang terhumban dalam sinki. terus bersolat sebab kalau xbuat awal jap lagi ada je nak buat itu la ini la. orang call la. sudahnya solat zohor pukul tiga.. mak marah solat lewat sedangkan boleh dielak. kalau xboleh elak lain cerita la yea

salin cd anak dan tidur bersama2 hehehehehe ni bonus kalau anak menyusu badan. boleh mama berehat melepas lelah sambil luruskan kaki tangan yang lenguh2

sambil tengok marimar, boleh la lipat kain baju dan asingkan yang nak di iron. kalau xsempat iron, saya pastikan baju tu dihanger sebelum simpan sekurang2nya xlah berkedut maha hebat kalau pagi2 en suami rembat nak pakai gi kerja. 

bekerja mengurus rumah xperlu tertekan. selagi boleh cari jalan untuk buat kita happy melaksanakannya, saya suka dengar lagu sambil bekerja. jadi saya sambungkan ipod ke speaker dan layan nyanyi sambil mop rumah atau cuci lantai bilik air :) 

bila anak bangun dari tidur petang, biasanya kerja dah selesai. atau mungkin sedang meng'iron'. bergantung pada mood anak, kalau baik.. saya sambung kerja yang belum selesai sambil bagi anak minum2 atau layan mamai depan tv. kalau anak mengamuk. saya berhenti dan sambung esok.

bersihkan diri dan solat asar. menu minum petang dah plan awal. sambil makan cucur atau biskut je kalau mama malas hihii boleh la sambung tengok2 hasil tanaman atau baca paper pagi tadi sebab xsempat habis.



curi & cari masa untuk beriadah dengan sofia di  kawasan rumah :)


pukul 6.30pm masuk semula ke dapur, masak menu makan malam. kalau menu yang sama, saya tambah sikit sana sini bagi meriah. makan bertiga xsusah sangat. berbanding si ibu yang masak untuk suami dan 6 orang anak. saya salute ibu2 ni. walau kerja rumah maha banyak, waktu makan xpernah miss. siap terhidang dan banyak pilihan. yea la anak ramai. menu xsemua setuju, harus la si ibu ikut selera anak sesekali.. thumbs up!

siap makan, masa untuk bersama keluarga. kalau saya ikut semua rutin yang dirancang, memang xda masalah pinggan xberbasuh sampai pagi esok atau baju dah basuh xbersidai sebab leka berfacebook siangnya..*saya ngaku pernah jadi kat saya :p


masa untuk ngadap laptop selalunya selepas anak tidur. time ni lah saya nak singgah rumah kawan2. hebat kan orang zaman sekarang, boleh menziarah ikut suka waktunya dan xganggu tuan rumah bermimpi :) ada masanya kalau kerja rumah siap awal dan anak xmeragam, saya on9 sekejap di waktu petang.


panjang lebar saya bercerita lepas geram nak on9 semalam xboleh hehehehehe.

ni cara saya, cara anda mungkin berbeza atau lebih sistematik. bekerja dengan anak kecil dugaannya sentiasa ada. elok nak menyapu dia minta nak menyusu. tertangguh la sekejap tapi kena cepat2 cover.

sekadar berkongsi ilmu. kalau bagus, ambil dan kongsilah mana yang patut. kalau x elok sila la tegur. sebab saya tau kawan2 blogger saya ramai yang sudah bergelar ibu dan mesti ada tips yang lebih hebat dan mudah berbanding cara saya yang baru je masuk tahun ke3 bergelar suri rumah. masih banyak ilmu yang kurang ..


ok lah, dah sampai masanya nak mulakan kerja pagi ni. apa menu sarapan anda pagi ni? saya pilih nak masak nasi goreng je.




xoxo

bila sesuatu yang tertangguh ..

assalamualaikum semua..

2 3 hari ni internet di rumah buat hal pulak. sangat slow, lembap dan menyakitkan hati. nak upload video untuk wordless wednesday, sampai ke sudah xhabis2 upload. sudahnya saya cancel dan bercadang nak repost bila semuanya kembali sediakala


bagus jugak sambil tunggu page reload, saya layan sofia main dan kacau en suami hihihiihihi


bila satu hal tertangguh, habis semua benda terjejas sama. macam berjangkit. nak buat kerja lain terus xjadi atau xselesai. macam plan saya pagi2 buta ni nak survey sesuatu kat mudah.my tapi ermm nanti lah.


 
nak blogwalking pun xjadi sebab amik masa yang sangat lama nak tunggu page reload sepenuhnya. dapat la singgah kat beberapa rumah je. nanti saya singgah rumah kawan2 yang lain yea. seronok nak baca cerita masing2 yang pelbagai ragam. ada yang berkongsi cerita di dapur, kisah anak2 yang membahagiakan xkurang yang berkogsi ilmu keibubapaan, pemakanan dan lain2


p/s : terfikir jap.. blog saya ni termasuk kategori apa yea.. hahahahahaha saya pun xtau.. agaknya rojak kot semua pun ada *tapi bukan rojakpasembor..yang tu sis piasara yang punya hehehehehehe



lately sofia hanya berbaju dan bercd je kat rumah sebab cuaca yang panas takut nanti gatal2 kat kaki kembali..
 saya selsema 2 hari ni.. asyik bersin, bersin dan bersin. dari bangun tidur pagi2 bawak ke tidur semula. dugaan. kalau ada jiran yang terkejut dengar saya bersin yang super kuat tu mintak maaf la yea.. xdapat nak dikontrol hehehehehe minta pada Allah, semoga saya kembali sihat insya Allah. masih banyak kerja tertangguh


pada kawan2 blogger, jangan serik singgah walaupun blog ni macam biskut. kadang2 hilang, kadang2 post berderet2 hahahahahaha ikut kelapangan dan idea.. xketinggalan bergantung pada line internet yang ada masanya bekerjasama dengan baik sekali. ada masanya hampehhhh sungguh :)




xoxo

Tuesday 12 July 2011

meninggalkan jejak di telok cempedak, kuantan :)

assalamualaikum semua


riadah yang xdirancang, kami meluangkan minggu terakhir di kuantan huhuhuhu sedih plak macam berpisah dengan kawan sekolah :D


mengikut perancangan kami akan balik ke utara hujung minggu ni. persediaan dah bermula. saya siapkan sikit2. berhempas pulas kemas itu ini dan packing barang sorang2. letih bukan main heheheheh nak tunggu en suami dia sebok dengan keja. balik lewat petang. lepas makan sambung buat report keja lagi. bila nak suruh tolong itu ini?... lebih baik buat sendiri lebih puas hati. xpayah tunggu orang, lambat dan belum tentu kita puas hati nanti.. kan?


sofia sebagai pembantu peribadi memberi kerjasama yang cukup baik. dia mintak biskut, mama hulur biskut. dia mintak vitagen, mama bagi vitagen. dengan syarat, 'jangan kacau kotak ni tau..' 'yang mama dah simpan sofia jangan punggah dah yea' heheheehhehehe


dah 60% barang2 masuk ke kotak. saya berehat sekejap pandang kiri kanan.. laaa banyak lagi ke barang aku? adoiii jenuh la. mana nak sumbat nih?.. :p 


jadi sebagai mendisiplinkan diri tetap nak upload n3 jugak walau rumah masih dalam pemunggahan. kerja tetap kerja tapi langkah2 menghilangkan stress tetap penting. baca cerita kawan2 yang pelbagai, rasa lapang sikit dada dan tiba2 jugak rasa lapang je rumah ni hahahahaha  *dalam mimpi


buah hati saya ~

sofia pelik tengok mama nya kemas baju macam nak lari rumah..*read as xda nak lipat susun kemas elok2. asal muat dok diam2 dalam beg hihihihihiii . yang termampu saya lipat, gigih saya lipat. sampai tahap nak cepat siap *la banyak lagi.. cepat2 saya gulung baju2 berkenaan :p jangan skema sangat. lagi pun dok dalam beg xda pegawai kastam nak check :) xpi naik flight pun hihihiihihii


elmo merah pujaan hati mama dan ayah :)

anak mama yang pandai bawa diri.. leka dia baca buku sambil lipat sana sini ikut suka hati. xcukup buku my first word, dia pilih pa&ma sambil tunjuk 'ma, baby.. kakak, car' dll 



keluarga kecil kami ~ mama <3 ayah <3 sofia

bangun pagi tadi en suami mengadu badannya panas ' rasa nak demam' ehehhh boleh rasa2 eh kalau nak demam. en suami xgelak pun. erk?.. selesai makan, en suami sambung tido. xbekerja lah dia hari ni :)

saya sambung kemas barang2 dalam bilik. sofia layan dengar dvd doa kat laptop ayahnya. dapat la saya bekerja dengan gumbira tanpa gangguan yeay!



p/s : nak beli fm banyak2 buat kenangan hihihihi tambah koleksi sendiri


xoxo

Monday 11 July 2011

"Yana Birthday Giveaway"


sila klik banner untuk join yea :)


giveaway kali ni bersempena bulan kelahiran tuan punya blog iaitu mama yana aka yanna ramli seperti dalam n3 ni :)

kepada yanna, ann doakan semoga diberi kesihatan dan kekuatan dalam menguruskan keluarga.

dikurniakan kelapangan dan kemampuan untuk beribadat

kesenangan hidup di dunia dan akhirat

semoga akan bertambah besar lagi keluarga double AD nanti, insya Allah :)

sekadar berkongsi pegangan, bila sesekali hati rasa luluh kecewa.. penat xterhingga.. marah meluap di dada.. bertenanglah seketika, pandang wajah zuriat penyambung warisan kita

dan yakinlah setiap dugaan menjadikan kita semakin kuat dan tabah kerana pahitnya kesusahan menjamin manisnya pengalaman


jaga diri, keluarga dan hati :)


selamat hari lahir mama yanna ..hugs and love


oppsss sebelum terlupa, nak tag rakan2 blogger.. jom pakat join bagi meriah :)




xoxo

menonton wayang di rumah lebih indah .. dan mudah sebab boleh pause sesuka hati :p

assalamualaikum ..

sejak kami ada sofia memang belum pernah pegi panggung wayang. sebab rasanya macam xberapa nak sesuai environment sekitar untuk kanak2 kecik. esp kalau time nak mula tayang movie ialah waktu tidur anak huhuhuhu haru dibuatnya bila satu panggung bergema suara anak menangis terkejut tido hihihihi


jalan paling mudah layan movie kat rumah lagi senang. bila nak tengok, bila nak berhenti kita yang tetapkan sendiri. silap2 baru 5 min cerita berjalan, sempat pause sebab masuk bilik air tukar cd anak hahahaha



kami bertiga malas nak ke mana2 petang tadi. sebab cuaca macam nak hujan. mendung sangat2 tapi xhujan pun sampai ke malam tertunggu2

mula2 tengok 'KaraK'.. erm best jugak la sebab jalan cerita nya unexpected. yang sedih sikit part akhir bila si awek 'zura' dapat tahu yang sebenarnya pakwe dia 'nik' dah mati awal2 lagi. jadi sepanjang dia diganggu tu dia ditemani roh pakwe nye.. 

shahir kata ' walaupun kita xsempat bersama tapi saya harap awak akan selalu ingatkan saya.. tolong lepaskan saya pergi...' ~ lebih kurang camtu la ayatnya. kalau nak lebih confirm apa kata tengok sendiri hihihihi

memang terbaekkk!
hensem hero ni :)

'source code' cerita pasal seorang kapten tentera yang tiba2 bertukar identiti setelah terlibat dalam satu nahas. ayat complicated nya dia di bangunkan sebagai manusia lain menggunakan sistem komputer sedangkan dia dah pun mati

dia dapat satu task untuk cari sapa yang letak bom dalam train. otw nak menyelesaikan tugas tu dia berjumpa dengan sorang awek yang cantik dan baik.

lepas berjaya cari sapa punya angkara dia buat 1 permintaan kat pihak yang kawal dia melaui komputer tu untuk selamatkan semua orang dalam train tu. dalam masa yang sama dia sempat call bapak dia dan minta maaf sebab sebelum dia mati diorang ada berselisih faham kalau xsilap. dia cuma ada masa 8 minit setiap kali cubaan cari suspek termasuk la kali terakhir dia cari bom dan halang dari meletup. ending nya best sangat. tapi kalau cerita semua kat sini nanti xmenarik la pulak nak layan movie dari awal sebab dah tau ending kan? :)
    

cerita pasal alien ^-^
heroin nya comelll dan lembut sangat .. suka2!
   ' i am number four' pasal alien yang terselamat dari cubaan bunuh oleh alien jahat di planet diorang nama apa ntah.. dah lupa. hanya 9 terselamat dan hidup di bumi bersama penjaga masing2. sampai kat yang no 4 ni dia bergabung dengan no 6 untuk misi menyelamat dan berusaha cari alien selebihnya yang masih bersembunyi.

no 4 ialah hero kat atas tu yang ada kuasa melalui tapak tangan  dan no 6 ialah alien perempuan yang terer berlawan. yang dalam gambar kat atas tu awek dia yang dia jumpa kat sekolah. awek ni suka tangkap gambar dan berkongsi minta dengan si hero 

ehh macam dah cerita sepenuhnya je.. erm kalau nak puas hati baik tengok sendiri sebab cerita ni best xmacam cerita alien lain yang banyak edisi mengarut-ngarut


cerita ni kalau xtengok pun xrugi langsung ... hampeh je!
mana ada girl zaman sekarang yang berperangai macam ni .. xlogik langsung. siap sanggup gantung banner jadi badut..
  
movie yang last ni xbest langsung. cerita cinta tapi xlogik langsung jalan ceritanya. cerita bila xlogik boleh buat kita rasa menyampah sambil xsabar tunggu cerita ni habis


sedar2 dah pukul 1 pagi rupanya.. layan movie sepanjang hari. tapi banyak jugak breaknya. mandi, makan, tidurkan sofia.. lepas tu en suami pun ikut tido maka saya sempat berfacebook sekejap. lepas tu sambung tengok movie lagi. berenti buat cucur dan bancuh air untuk minum petang. sambung cerita selanjutnya. masak diner simple. sementara en suami dan sofia mandi. selesai makan sambung tengok movie sampai sofia tertido selepas kenyang bf.


best jadual hari ahad saya kan? hihihihihihihi



p/s : esok nak kemas barang.. soon : good bye kuantan


update pukul 3am gara2 mata xboleh nak lelap :)




xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...