me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 1 July 2011

minggu buah2an tempatan :)

assalamualaikum...


lama dah teringin nak makan buah durian. last makan pun tahun lepas. ada jugak nampak orang jual kat pasar tani & pasar malam tapi xberani nak beli. takut harga mahal xpadan dengan isi. sebab masa ngandung kat sofia dulu pernah la teringin sangat nak makan durian. abah pun cari merata. xjumpa..

last2 dapat la sebiji yang xbesar mana harga dia rm35! bila dah bukak, cuma ada 4 ulas yang saiznya besar jugak la tapi sayang isi keras..! frust sungguh tapi makan jugak sebab dah teringin sangat :)


kali ni abah beli buah durian untuk anak menantu dan cucu. jauh mari.. dari utara nun. besar hati abah nak bagi anak cucu makan. achik asyik ngadu kereta bau deroyan hahahahahahahaha penin katanya :)

oleh sebab abah transit kat kuantan sebelum ke kerteh maka dapat la kitorang makan durian fresh dari utara. fresh lagi ker? hahahahaaha abah bagi 5 biji kalau xsilap. saya makan pagi2 hari as breakfast :) en gie pun sempat makan sebelum gi kerja. kalau xmakan nanti takut xboleh nak fokus plak dengan kerja hehehehehehe



isinya kuning cantik.. lemak, lembut dan berkrim :)


kalau xsilap dah banyak tahun xmakan manggis.. nape ntah la. mungkin sebab buah ni bukan la favourite saya walaupun saya gila purple :) saya makan sekadar gitu2 aje. senang kata xda nak pulun sangat hihihihii 





cantik sungguh combination colour buah ni.. indah ciptaan Nya

 saya suka buah tembikai sebab kandungan airnya yang banyak berbanding buah lain boleh buat kita hilang dahaga.. manis nya pun dah cukup rasa xpayah nak tambah gula bagai kalau buat jus. tapi kalau dah blend dgn ais kena jugak la tambah sikit gula. saya gigih makan buah2 sebab nak bagi khasiat pada badan sendiri selain share dengan anakanda kami yang xmakan buah tu.. sofia



selalu jumpa yang warna merah je.. kuning jarang sekali



 yea.. sofia xmakan buah... segala jenis buah dia xsuka. tapi kitorang tetap ajak dan ajar dia untuk cuba makan buah. setakat ni kalau buah yang dipotong memang langsung dia xtelan. cara lain? kami bagi dia minum air buah.. haaaa senang kan? sebab semua orang suka minum jadi secara xlangsung dia tetap dapat khasiat buah tu walaupun dia xmakan secara terus

alkisahnya kat rumah sewa kami ni xda blender, jadi mama nya kena la kreatif demi nak bagi khasiat pada anakanda. saya lecekkan buah tembikai dengan sudu dalam cawan. tapi kena pastikan buah tu dah sedia sejuk sebab kalau xsejuk kurang sedap rasanya. kalau nak tambah ais pun boleh tapi oleh sebab saya xnak campur gula jadi saya biar rasa buah tu asli dengan manis tembikai tu aje. ingat.. kurangkan gula untuk sikecil :)


tercapai jugak la hasrat saya nak bagi sofia makan buah walaupun kena adjust sana sini serba sedikit :) kalau anak2 anda jenis yang makan segala buah dan sayur, alhamdulillah..banyak khasiat dia dapat. si ibu pun xda nak risau apa dah. kalau yang ada masalah macam saya ni, harus kena usaha lebih selalu ..




p/s : jangan putus asa dalam mendidik anak :)

xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...