me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday, 9 July 2011

bayi menyusu susu ibu lebih chubby?..

assalamualaikum ..



nak berkongsi ilmu tentang perkembangan berat badan bayi yang menyusu susu ibu.

' bayi menyusu susu ibu sepenuhnya kelihatan gempal dipercayai kesan daripada kerap menyusu di waktu malam. manakala bayi yang agak kecil lebih kerap menyusu pada siang hari dan kurang melakukannya pada waktu malam. hal ini kerana pada waktu malam susu ibu lebih berlemak (hindmilk) '

~ sumber pa&ma julai 2011



nur raisa sofia yang lahir 2.9kg :) kini 10.2kg

berta badan sofia yang hanya 10.2kg kini selalu dianggap sebagai ringan bila dibandingkan dengan yang seusia dengannya. tapi kalau tengok depan2 ramai pulak yang kata, iskhh ni dah berapa kilo ni? mesti berat kan? jenuh la mama dia nak kena dukung hari2..

kalau dengar dan terima apa je yang orang cakap memang boleh buat kita pening kepala. ada nurse tu sound saya masa check up kat klinik. 'ni dah berapa kilo nih?' sambil gelak2 bila saya letak sofia kat penimbang.. pastu bila jarum tunjuk angka 10 *10kg, boleh pulak dia diam je. sentap mama :(

cara dia cakap macam anak saya ni kategori overweight kot sebab dia nampak chubby aka berisi. sebab tu dia rasa boleh buat modal nak gelak. saya marah pun x, menjawab pun tidak. saya diam dan menilai dalam hati...,


selagi berat badannya stabil , xda apa untuk dibimbangkan ~


lega dan lapang dada bila baca info kat atas tu. ia buat saya yakin yang sofia okay dengan keadaan sekarang. dia xmengah bila baru berlari xjauh mana, dia aktif bermain dan memanjat. dia xda masalah berjalan dan menari.. jadi yang bermasalah mungkin orang2 yang jeles sebab sofia yang chubby hahahahahaha


p/s: kadang2 perlu cari sumber maklumat untuk menguatkan andaian hati seorang ibu .. selain melegakan perasaan sendiri :)



xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...