assalamualaikum..
dalam rutin seharian, saya suka sediakan list. apa yang nak dibuat dan disusun ikut prioriti *betui ke eja tu?
biasanya bila bangun pagi2 saya setkan dalam kepala nak buat apa dulu. yang mandi dan gosok gigi tu xmasuk la dalam list ni. antara task yang tersenarai, contoh.. masak, mengemas, basuh baju, iron dll
saya suka buat list sebab kerja jadi teratur dan mudah. esp bila selesai satu kerja saya tau yang kerja rumah makin kurang dan ianya macam satu motivasi nak siapkan yang seterusnya. sebab boleh rehat sambil layan sofia main dan tengok tv sampai petang hahahahahaha
contoh paling senang, mula2 senaraikan kerja yang nak dibuat. setiap hari kerja xsemestinya sama. yea la mungkin semalam dah mop xkan hari ni pun gigih nak mop lantai lagi.. jadi duduk bertenang jangan ribut2 sambil pandang keliling rumah. tanya diri sendiri nak buat apa hari ni
mungkin yg pertama sekali nak diselesaikan ialah kemas bilik, lepastu boleh kutip kain baju masuk washing machine. pastikan kerja membasuh berjalan, jangan main sumbat je sudahnya sampai petang baju xbersidai. ni kelebihan buat yang ada bantuan teknologi dalam rumah. sambil baju2 dibasuh oleh dayang ehh mesin, kita dah boleh jenguk kerja lain.
pagi2 lagi saya pastikan nasi dimasak terlebih dulu. keluarkan segala keperluan yang nak dimasak. terutamanya yang disimpan di sejukbeku spt ayam yang keras kejung :) sambil tu buat sarapan buat en suami dan anak. pilih menu simple yang berkhasiat lagi cepat disediakan. kalau mampu sesekali masaklah tapi kalau x, beli saje yang dah siap pun boleh la
jadikan amalan untuk terus mencuci pinggan mangkuk yang diguna masa memasak. jangan biar berlungguk dalam sinki. jap lagi lepas makan bertambah lagi. sudahnya angin malas pun datang. bertangguh lagi nampaknya..erm saya mengaku biasa jadi macam ni bila x istiqamah hihiihi
bila en suami keluar bekerja, kerja jadi mudah sebab xda gangguan nak sapu sampah ehh abang tolong angkat kaki yea. nak tepuk2 manja sofa tapi en suami sedang duduk ngadap paper. bahagia bekerja di hari kerja :) cari masa yang sesuai untuk mandikan anak. yang ni bergantung pukul berapa dia bangun dan mood ok nak masuk bilik air. kdg2 bangun je awal tapi xmo mandi lagi
boleh pandang2 jangan pegang2 :) |
cepat2 kemas living hall. time ni nak sapu ke, mop ke atau 3 kali dalam seminggu saya lap habuk2 yang bertapa di belakang tv, kabinet dll. lepas sarapan, xpayah nak berangan bestnya kalau dapat pegi shopping esok atau minggu ni kenduri nak pakai baju mana.. kalau si kecil belum bangun lagi la mamanya speed sebab senang nak mop atau lap habuk. xda nak risau, anak jatuh tersembam sebab licin atau anak bersin gara2 dok main habuk hahahahaha
sambil sidai kain, jenguk2 pokok kari dan bunga kalau ada. *dalam kes saya cuma ada pokok kari dan serai di balkoni rumah. hah? pokok serai kat balkoni?.. haaa sila percaya yea kawan2 hahahahahahaha tanam kecil2an je dalam pasu. saja nak test dia nak hidup ke x. nak siram ke nak gembur2 tanah sambil berbincang hal jiran bermasam muka boleh la. tapi jangan berlama2
masuk dapur semula, mula memasak menu tengah hari. xpayah tunggu jam cecah 12 tengah hari baru nak terkejar2 keluarkan bahan. lebih awal kita bekerja lebih baik sebab mana la tahu kalau tiba2 dok lepak depan tv en suami balik awal nak makan nasi. haru jadinya! kadang2 jadual kerja terganggu bila anak merengek nak suruh main bersama. xpun dia menangis bila ditinggalkan sorang2 masa leka menconteng buku mama. masa ni lega lah sikit sebab kita tahu dah xbanyak mana kerja yang tinggal.
kebiasaannya saya berhenti makan lebih kurang 1 ke 2 petang. selesai makan, dapur dah dibersihkan, terus basuh segala apa yang terhumban dalam sinki. terus bersolat sebab kalau xbuat awal jap lagi ada je nak buat itu la ini la. orang call la. sudahnya solat zohor pukul tiga.. mak marah solat lewat sedangkan boleh dielak. kalau xboleh elak lain cerita la yea
salin cd anak dan tidur bersama2 hehehehehe ni bonus kalau anak menyusu badan. boleh mama berehat melepas lelah sambil luruskan kaki tangan yang lenguh2
sambil tengok marimar, boleh la lipat kain baju dan asingkan yang nak di iron. kalau xsempat iron, saya pastikan baju tu dihanger sebelum simpan sekurang2nya xlah berkedut maha hebat kalau pagi2 en suami rembat nak pakai gi kerja.
bekerja mengurus rumah xperlu tertekan. selagi boleh cari jalan untuk buat kita happy melaksanakannya, saya suka dengar lagu sambil bekerja. jadi saya sambungkan ipod ke speaker dan layan nyanyi sambil mop rumah atau cuci lantai bilik air :)
bila anak bangun dari tidur petang, biasanya kerja dah selesai. atau mungkin sedang meng'iron'. bergantung pada mood anak, kalau baik.. saya sambung kerja yang belum selesai sambil bagi anak minum2 atau layan mamai depan tv. kalau anak mengamuk. saya berhenti dan sambung esok.
bersihkan diri dan solat asar. menu minum petang dah plan awal. sambil makan cucur atau biskut je kalau mama malas hihii boleh la sambung tengok2 hasil tanaman atau baca paper pagi tadi sebab xsempat habis.
curi & cari masa untuk beriadah dengan sofia di kawasan rumah :) |
pukul 6.30pm masuk semula ke dapur, masak menu makan malam. kalau menu yang sama, saya tambah sikit sana sini bagi meriah. makan bertiga xsusah sangat. berbanding si ibu yang masak untuk suami dan 6 orang anak. saya salute ibu2 ni. walau kerja rumah maha banyak, waktu makan xpernah miss. siap terhidang dan banyak pilihan. yea la anak ramai. menu xsemua setuju, harus la si ibu ikut selera anak sesekali.. thumbs up!
siap makan, masa untuk bersama keluarga. kalau saya ikut semua rutin yang dirancang, memang xda masalah pinggan xberbasuh sampai pagi esok atau baju dah basuh xbersidai sebab leka berfacebook siangnya..*saya ngaku pernah jadi kat saya :p
masa untuk ngadap laptop selalunya selepas anak tidur. time ni lah saya nak singgah rumah kawan2. hebat kan orang zaman sekarang, boleh menziarah ikut suka waktunya dan xganggu tuan rumah bermimpi :) ada masanya kalau kerja rumah siap awal dan anak xmeragam, saya on9 sekejap di waktu petang.
panjang lebar saya bercerita lepas geram nak on9 semalam xboleh hehehehehe.
ni cara saya, cara anda mungkin berbeza atau lebih sistematik. bekerja dengan anak kecil dugaannya sentiasa ada. elok nak menyapu dia minta nak menyusu. tertangguh la sekejap tapi kena cepat2 cover.
sekadar berkongsi ilmu. kalau bagus, ambil dan kongsilah mana yang patut. kalau x elok sila la tegur. sebab saya tau kawan2 blogger saya ramai yang sudah bergelar ibu dan mesti ada tips yang lebih hebat dan mudah berbanding cara saya yang baru je masuk tahun ke3 bergelar suri rumah. masih banyak ilmu yang kurang ..
ok lah, dah sampai masanya nak mulakan kerja pagi ni. apa menu sarapan anda pagi ni? saya pilih nak masak nasi goreng je.
xoxo
No comments:
Post a Comment