me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday 8 November 2011

belum berpisah, dah rindu ..

assalamualaikum ..

orang lain dah mula bekerja dan bersekolah semula setelah bercuti raya, saya masih bercuti... alhamdulillah. dapat berehat sehari lagi.

ikut rancangan en suami, kami akan bertolak balik pagi ni. dengar je ayat tu, saya dah lesu. lemah sebab terbayang perjalanan yg nak ditempuh nanti. teringat masa last balik ke sana awal bulan oktober. meleleh air mata sepanjang bot @ feri bergerak. bukan sebab sedih berpisah dengan mak n abah tapi sebab saya mabuk laut hahahahahahahahaa sebelum bertolak, sempat lunch dengan angah, sudahnya habis saya transfer ke plastik hitam. laut beralun kuat, sebab baru lepas hujan agaknya. si driver feri pulak xsabar2 nak sampai, punya la laju kau tekan minyak yea? lagi la kuat kami berayun dalam tu. jenuh en suami urut saya sambil sendawa xberenti. mujur sofia tido setelah kenyang ber'bf'. kalau x, susah jugak rasanya nak kena layan tekak sambil tengokkan sofia


selain tu, sejak malam semalam saya dah mula kemas rumah. habis semua kain baju saya basuh dan sidai. niat saya nak tolong mak supaya bila semua anak2 dah balik xde la mak sorang terkejar2 kemas rumah. selalunya macam tu la.. elok je satu keluarga bertolak balik, mak la yang kemas semuanya.kutip kain baju, basuh pinggan mangkuk sebab lepas masing2 mandi dan bersiap semua pakat2 tinggal baju merata-rata. dlm bilik air la, belakang pintu bilik la.. tu belum kira hasil buangan pakai buang

hmmmm jauh pulak saya melalut. bukan apa, bila dah terbayang mak dan abah yang sunyi tinggal berdua selain maktok yang uzur memang buat saya susah hati. pada saya xmau mak abah sunyi tanpa anak2. kalau setiap bulan kami boleh balik menjenguk berganti2 memang cukup baik. tapi apa boleh buat, kami adik beradik tinggal jauh2


jadi sebab utama saya malas nak packing baju ialah saya sedih nak berjauhan dengan mak dan abah huhuhuhuhuhuhu kalau boleh saya nak duduk sini lama2. tapi memandangkan en suami yang bekerja, maka kena la beralah. tempat isteri kan disamping suami...?  xboleh nak berkepit dengan mak abah sepanjang masa.


p/s : harap2 plan bulan depan menjadi, amin.. insya Allah :)




xoxo

Monday 7 November 2011

berehat dan tenangkan diri ~

assalamualaikum....









mudah2an bila kita ingat kepada Nya, semakin banyak ketenangan kita perolehi .. :)



xoxo

Sunday 6 November 2011

apa pengorbanan saya ..?

assalamualaikum ..

kalau orang lain pakat2 melapah daging di pagi raya, saya sibuk mengemas rumah yang kerjanya xsudah2 setiap masa hahahahahaha mungkin kerja tu boleh direhatkan sekejap kalau saya ada time mangement yg betul. bukan salah orang lain pun cuma saya yg awalnya sibuk bersembang sedar2 en suami dah balik sembahyang raya, saya masih berbaju tidur hehehehehehe


tahun ni kami sekeluarga xmelakukan ibadah korban. belum ada rezeki nak buatkan utk sofia. kena mula menabung sikit2 supaya nanti xda rasa seram sejuk bila nak bayar harga 1 bahagian lembu. yg pasti harga lembu memang berbeza ketara di sini dengan di langkawi. sebab? hmmmmm agakk2 sendiri lah yea..?




semua orang cari kamu time ni ... hihihihihihihihi


yang balik beraya pun cuma saya sekeluarga dan dua adik perempuan yang masih belajar. mujur la diorang belum kawin, kalau x.. xda sapa la raya kali ni. kaklong sekeluarga beraya di kerteh. xbalik kg sebab cuti yg pendek sgt selain semua anak2nya baru sihat dari demam. xsesuai nak berjalan jauh. cuti 5 hari tolak 2 hari perjalanan pergi dan  balik memang lebih penat keadaannya. tambah pulak nak uruskan 5 budak kecik yg macam2 permintaan nya :)

angah dan keluarga di sg buloh sebab angah xdapat cuti. tahun ni diorang beraya ber4. lebih meriah daripada biasa la korang kan?.. rindu pulak kat abang haris yang dgr ceritanya makin pandai bawak diri sejak ada adik.

satu2nya adik lelaki saya ke sabah. nak panjat gunung kinabalu katanya. excited nak ke sana sampai xperasan tarikh booking flight jatuh pada hari raya korban. patut la murah katanya! hahahahahahahaa saya kata pada dia, 'tahun ni fami xnak raya haji, dia nak pi panjat gunung..' dia cuma tersengih2 sebab tau silap sendiri x check tarikh betul2. tapi xpe lah, bukan hal besar pun. kalau time raya puasa kau pegi panjat gunung memang something wrong somewhere la..

acik, adik perempuan saya gigih siapkan assignment.. ha pengorbanan lah tu. demi nak berjaya menjadi cikgu beberapa tahun lagi kena la berkorban masa bersuka ria di hari raya. asal dia on laptop, anak dara saya pun ikut sama me'request' nak buka youtube huhuhhuhuhuhuuu


adik bongsu saya akan ber'spm' seminggu lagi. dia relax je, lebih banyak di depan tv berbanding di bilik mengadap buku. saya x bersyarah apa2 sebab pada saya mungkin dia nak 'rehat'. doa saya supaya dia x bazirkan peluang yg datang sekali aje. kalau nak ulang pun boleh tapi kau nak ke? hihihihihihii



so kalau di tanya apa pengorbana saya, mungkin jawapan terbaik ialah saya berkorban masa dan tenaga yang xbanyak mana demi mengembirakan hati mak dan abah untuk berhari raya bersama. harapan saya walaupun anak2 mak dan abah yg lain xbalik dan meriuhkan pagi raya tapi mak dan abah xsunyi sebab ada kami sekeluarga hehehehheheehe besar harapan saya tu :p




raya kali ni tetap best sebab dapan makan ketupat mak walaupun xda daun palas tapi tetap terbaikkk! kaklang doa tangan mak cepat baik dan mak akan kuat semula :D


p/s: teringat mak mertua yang beraya sorang2 di sana..



xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...