me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday 3 November 2011

who's your best friend now?

assalamualaikum ..


n3 ni agak panjang berjela.. read at your own risk hahahahahahaha


kalau di ingat zaman bersekolah dulu mesti kita pun teringat sama pada kawan2 yg ada bagi kenangan dalam hidup. dah namanya kawan sebab satu sekolah tapi xsemua kenangan manis je sepanjang kita saling kenal .. betul x?

rata2 mungkin ada pengalaman bergaduh atau berselisih faham dengan kawan dan kemudiannya berbaik semula. lebih sedih kalau dah salah faham dan xbertegur sapa sampai habis sekolah. kiranya 'i no friend you sampai bila2'.. padahal sebelum tu dengan kawan la kita berkongsi makanan waktu rehat sebab malas nak beratur panjang, kongsi straw air minum lepas habis training bola jaring pun xda hal. bergossip hal classmate baru break off, cikgu pelatih yang hensem, budak baru yang berlagak lebih ( padahal jeles dia dpt perhatian sebab extra pandai or comeii ) hahahahahahaha semuanya nak cerita kat kawan. kawan yang dmaksudkan xlain xbukan bestfriend la istilah mudahnya. kalau setakat kenal2 camtu je, tau dia form berapa kelas mana belum tentu kau pegi cerita semua hal kat dia kan..?

saya pun ada pengalaman berkawan baik dan terputus begitu aje. xpasti kat mana silapnya. sepanjang berkawan, seseorang pernah bagitau yang kawan baik saya ni pernah cerita kat dia tentang saya. saya diamkan aje dengan fahaman mungkin cerita tu xbetul selain saya sayangkan kawan saya yg seorang tu. kami terus berkawan wpun saya xpasti dia tau atau x yg saya dah tau tentang cerita tu.

sampai masanya, saya berpindah sekolah tapi still berhubung melalui surat. setiap 2 minggu sekali surat dia saya terima di asrama. macam2 cerita kami kongsi termasuklah kisah dia diusik si mamat yang saya kenal since form2. si mamat yang cuba nak tackle tapi kawan saya jual mahal. nak belajar dulu katanya.

satu hal yang saya respect dia ketika tu, dia sangat bersungguh nak kekalkan azamnya utk xbercinta sepanjang bersekolah. dia cuba sebaik mungkin untuk menolak surat2 berbau cinta dari kawan2 sekolah kami walau ada masanya saya tengok dia pun ada rasa suka pada seseorang :)

satu masa tanpa angin ribut jauh sekali hujan gerimis xda lagi surat balasan dari dia. sunyi sepi tiba2. saya hubungi dia melalui surat bertanya masalah. pada saya, kalau dia sibuk dgn assignment, xpe la nanti2 pun boleh balas asalkan saya tau yang dia sihat dan selamat ketika tu. still xda respond... huhuhuhuhu saya sedih tapi saya diamkan dulu

setelah beberapa lama, saya contact telefon rumah keluarga nya. saya minta no hp dan saya tinggalkan pesan supaya dia blh contact saya bila2 masa dia berpeluang.


kesudahan nya macam cerita kat drama2 yg  biasa kita tengok. xlari jauh dengan jalan cerita novel melayu. dia terus diam dan sepi tanpa saya tau dimana silapnya.


saya akui saya sedih kehilangan kawan baik tapi saya yakin pasti ada yang lebih baik menanti bila kita diuji..


bila dah berumah tangga, saya xda kawan yang betul2 rapat. rapat pada saya, selalu call at least sebulan sekali sms setiap kali nak share cerita, jumpa, hang out bawa anak2 dan suami, .. saya cuma sms bila kebetulan saya teringat nak bertanya khabar. call bila dpt satu2 berita yg saya rasa patut saya ambil tahi ttg keadaan kawan2 saya. dgn adanya fb lagi jarang saya bertanya kbr ... tu lah keburukan fb. apa taknya, kalau ada masa, saya cuma on9 dan baca status kawan2 terus boleh tahu apa perkembangan diorang. comment pun sekali sekala, kalau perlu.

alhamdulillah hati saya terbuka untuk berblog.. kat sini saya jumpa ramai kawan2 baru. xramai sebaya saya tapi kasih sayang dan kesudian mereka bersama saya berkongsi pelbagai cerita sangat saya hargai. melaui blog, saya belajar pengalaman membesarkan anak dan menguruskan suami. mana yg kelakar kami kongsikan ketawa, yang sedih kami sampaikan doa agar sama2 tabah.


jadi kalau ditanya siapa kawan baik saya sekarang.. jawapannya :: semua kawan2 sepanjang saya membesar, bersekolah, bekerja dan berblog .. hihihihhii



p/s : berkawan baik pun kena berpada2 jangan terlalu rapat dan bergantung sgt. takut nt jadi apa2 xlah frust kemain




xoxo

1 comment:

sekadar satu coretan said...

best fren..ade la jugak sorang kat opis ni..boleh la dikongsikan citer..dah lame kawan dgn dia hampir 10thn..

kalau kat rmh dgn en somi ler...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...