me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday 24 February 2012

doakan yang terbaik ...

“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)



 “Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)






xoxo


 

Thursday 23 February 2012

dah stabil sikit ...

assalamualaikum ..


lama saya x update blog. walaupun sempat bw semalam dan kelmarin tapi sungguh mood saya kacau bilau minggu ni.


alkisahnya hp baru saya baru hilang huhuhuhuhuhuhuhu yea hp baru yang belum sampai sebulan saya guna telah hilang. macam mana boleh hilang? langsung xda idea bab tu. jenuh saya fikir dan buat andaian siap patah balik tempat terakhir saya singgah petang tu tapi hp tu tetap xjumpa semula...


mak cakap ' cuba bertenang dan fikir balik kat mana silapnya. kadang2 bila barang hilang tu sebenarnya kita diuji sebab ada benda silap yang kita dah buat. cuba kaji balik kat mana yg xkena... istighfar byk2'


saya pegang kata2 mak. saya masuk bilik, berwudhu' dan solat. saya minta Allah tunjukkan satu persatu kesilapan yang saya buat. adat manusia selalu leka dalam tingkah laku sendiri. selesai solat saya duduk diam sambil pejam mata, saya seolah2 ternampak semua kesilapan saya. saya tertinggi suara masa bercakap dgn abah padahal waktu tu saya yg terbawa2 dgn letih dan emo melayan anak3. saya bercakap lebih kurang dengan mak. mesti mak kecik hati. saya bermasam muka sebab terlalu letih sepanjang perjalanan pagi tu...


ya Allah, saya menangis semahu2nya. waktu tu rasa macam nak pegi peluk mak dan abah masa tu jugak. tapi manusia kan,.. ego nya lagi tinggi. saya tahan sebab malu.


dah la sebelum tu mata saya bengkak sebab menangis kaw kaw masa telefon en suami mengadu cerita. terkesan dengan kata2 en suami 'tu la cuai sangat' huhuhuhuhuhu menangis sebab masa tu rasa en suami x membantu langsung. padahal bila fikir balik sekarang ni, betul jugak kata2 dia. dia nak saya ingat kata2 pedih tu supaya saya lebih berhati2. hmmmm ada ke istilah kata2 pedih? ntah...


sampaikan bila nampak charger hp dalam beg pun saya dah berkaca2. sedih sungguh masa tu. apa x nya, saya dapat hp tu setelah hampir sebulan xda hp, tup2 xsempat nak habis explore hp dah hilang... aduhaiiiiii


tapi sekarang saya dah okey. since petang hari kejadian tu pun saya dah ulang2 dalam hati ' aku mesti redha, Allah nak uji sebab aku dah banyak buat silap. anggap ni semua sebagai balasan di dunia'


saya doa setiap masa supaya orang yg terjumpa hp tu terbuka hati nak pulangkan balik. redha bukan bermaksud kita terus x usaha mencari kan? saya sms dan call berkali2. sekejap dia on sekejap dia off. agaknya dia pun xsenang duduk. tapi kalau dah bukan rezeki saya, maka rezeki dia lah untuk melaram dengan hp baru saya huhuhuhuhuhuhuhuu


maka setelah saya stabil emosi dan jasmani, nak minta jasa baik kawan2 semua untuk tinggalkan no hp anda diruangan komen. saya xkan publish no hp anda, jangan risau.


note 1 : semalam genap seminggu hp hilang...

note 2 : petang semalam baru sempat buat sim card replacement. sayangnya no kawan2 sedara mara xdapat diselamatkan...

note 3 : en suami dah bagi lampu hijau untuk ganti kesayangan yang hilang. alhamdulillah ... ohhh patut la saya ada mood nak update blog :)




kesayangan sampai bila2 .....






xoxo
 

Sunday 12 February 2012

hello kitty in action ~

assalamualaikum ...


en suami belikan hello kitty dua beradik ni untuk sofia sebagai reward sebab jadi good girl sepanjang ayahnya tinggalkan dia kat kulim ni..


alkisahnya en suami nak balik ke langkawi bekerja selepas hantar saya dan sofia balik rumah mak sebab nak jaga qisya. kami setuju nak jaga kan qisya sementara umi nya sambung belajar selama setahun setengah. oleh kerana en suami dah boleh agak yang dia xkan boleh balik setiap minggu jadi dia pun buat perjanjian akan balik juga 3 minggu lagi dengan hello kitty yang besar.

so sofia pun 'rela' berpisah dengan ayah nya sebab tau nanti ayah akan balik dengan hello kitty. 







ni lah hello kitty dua beradik tu. satu tu kecik comel je sesuai diusung kemana2. yang besar tu pulak biasanya kena hug sambil baring2 nak tido :)







susah jugak nak suruh bergambar sambil senyum. sudahnya gambar tersengih ni yang dia buat hihihihihihi





sayang hello kitty ...









setiap kali en suami call, sofia pun sibuk nak cakap sama. selalunya dia akan pesan, 'nanti ayah balik amik sofia naa ...' dengar ayat tu buat en suami serba salah tiba2 huhuhuhuhuhuhu sabar lah yea :)





p/s : en suami janji nak balik lagi awal bulan depan yeay! 


xoxo 


Saturday 11 February 2012

demi masa depan ..

assalamualaikum ...


beberapa hari yang lepas dapat kad ni. lebih kurang sebulan selepas bukak akaun sspn untuk sofia. 
buka akaun ni guna duit raya yang lepas. campur2 tambah2 jadi lah rm300. alhamdulillah tercapai gak my to do list walaupun dah terlangkah masuk tahun lain hihihihihihi 

kad ni kegunaannya untuk sebarang urusan berkenaan sspn di bank2. ada nama pendeposit iaitu maknya *saya lah tu! .. dan no akaun serta nama penerima manfaat. harap2 usaha kecil mama ni bermanfaat buat sofia di masa depan

insya Allah ...



selesai sudah azam 2011 saya! syabas!.....




sekarang ni dalam usaha nak memenuhkan si pink yang comel ni penuh. gigih la mama kutip duit syiling berterabur dalam handbag dan bagi kat si pink ni. jangan main2 siap ada bodyguard ala2 pak jaga kat bank tu hihihihihihihi 




so anda2 macam mana pulak? mesti awal2 lagi dah bukak akaun sspn ni kan? cuma saya je terlambat sikit sebab asyik clash date nak ke bank. hihihihihi salahkan hari pulak padahal memang sifat azali suka tangguh kerja :p


p/s : ni akaun bank pertama untuk sofia. ingat lepas ni nak buka akaun tabung haji pulak. insya Allah 




xoxo

Friday 10 February 2012

bersedia dari sekarang .. bersediakah kita?

assalamualaikum ..

di pagi jumaat yang mulia ni kami sekeluarga di uji dengan pemergian seseorang. orang yang xdisangka2 akan pergi dalam masa terdekat akhirnya menghembukan nafas yang terakhir di pagi jumaat lebih kurang 2 jam sebelum subuh.


arwah pakndak yang masuk ke hospital pagi semalam kerana demam dan mengadu penat. hari ni telah tiada. punca kematian sakit jantung. sepatutnya ada satu pembedahan segera nak di buat malam semalam tapi atas permintaan arwah sendiri yang xmahu di bedah, maka semua terpaksa menurut keputusan yg di buat.



mak abah dan makchaq yang pergi melawat di hosp alor star petang semalam sempat bersembang dan melawak dengan arwah macam biasa. sambil arwah bertanya khabar maktok iaitu mak kepada arwah yang buat masa ni dijaga oleh makchaq, dia sempat pesan jangan hantar maktok jauh2. rupa2nya dia dah ada 'rasa; tu...


mak abah dan makchaq balik semula ke sg petani lebih kurang pukul 11malam. selepas dipastikan arwah pakndak ok dan selesai berpesan2. dalam letih perjalanan dari hosp dengan mata yang berat mengantuk, mak bercerita serba sikit keadaan arwah pakndak.


kata mak pakndak sempat bergurau dan saling meminta maaf sesama mereka 3 beradik. mak menangis sebab sedih tengok keadaan arwah pakndak masa tu. tapi pakndak marah dan pesan jangan menangis sebab dia....

lebih kurang pukul 2 am, mak abah dan makchaq rushing ke hosp alor star lepas dapat call dari makndak yg bgtau keadaan arwah tiba2 kritikal. maka tinggallah saya, dua adik perempuan dan 3 orang anak saya menjaga rumah makchaq sambil memantau keadaan maktok.


lepas mak bertolak ke hosp, saya xboleh nak sambung tido. jenuh pusing ke kiri ke kanan. betulkan bantal betulkan selimut dek sejuk air cond. still mata saya terbuka luas. tengok sofia yg tdo lena xnak berselimut, qisya yang mulanya tido di buai bergerak2 merengek minta diangkat. saya ubah qisya tdo sebelah saya sambil bf. entah bila saya terlelap...


tiba2 mak call bagitau pakndak dah takde. masa tu lbh krang 5am. mak dah call anak2 mak yg lain dl.termasuk adik beradik dan kenalan rapat keluarga besar kami.

masa tu saya langsung x menangis. saya gerak adik2 bangun kemas rumah pagi2 buta sebab jenazah akan di bawa balik ke rumah makchaq nanti. sambil siapkan bilik depan untuk letak arwah saya asyik terbayang2 kali terakhir jumpa arwah masa maktok keluar wad hari tu. arwah sibuk uruskan itu ini. saya sempat tegur arwah masa dia makan di dapur. dia nampak lebih pendiam dari kebiasaan dan lebih banyak menyendiri. berbeza dgn sikap dia yg sebenar. dia suka tegur semua orang, senyum2 sambil melawak dengan anak2 saudara. saya rindu dia yang baik dengan semua anak saudaranya.. xpernah saya dengar dia tinggi suara. jauh sekali membeza2kan kami.


lebih kurang 10am, jenazah sampai ke rumah makchaq. masa tu cuma ada kami 3 beradik dan anak2, jiran 3 4 orang selain mak abah makchaq dan sorang anak makchaq. yg lain belum sampai sebab masing2 jauh dan xbersedia dgn berita ni. makanya masa arwah di bawa balik, saudara2 yg lain semua dalam perjalanan untuk menziarahi arwah buat kali terakhir.


semasa jenazah diusung masuk ke bilik sementara menunggu untuk dimandikan selain memberi peluang saudara mara menziarah, air mata saya keluar mencurah2 macam hujan lebat. tiba2 saya rasa sayu bila tgk arwah diusung. seolah2 sebelumnya saya xpercaya bahwa dia sudah tiada...


arwah meninggalkan makndak, seorang anak perempuan aisyah, 2 anak lelaki faizal dan syahrul. kesian pada anak2 yang rapat dengan arwah. si kakak menangis sepanjang masa sambil membaca yassin. 2 hero arwah lebih tenang dan sesekali nampak termenung jauh. makndak mulanya saya nampak sangat kuat dan tabah. tapi sebaik orang mula memeluk dan menasihatkan dia supaya sabar dan kuat, air matanya laju turun. kalau dah namanya wanita sekuat mana pun dia pasti kalah dengan perasaan sendiri.

urusan pengebumian selesai sebaik azan asar berkumandang. arwah pakndak di kebumikan di kawasan yang sama dengan arwah kak liza, arwah pakchaq dan arwah wan (atuk).


terfikir saya mana hala tuju saya jika di tempat mereka ketika ni.. dengan tidak bekerja dan bergantung harap sepenuhnya dengan en suami, saya rasa saya lah manusia yang paling lemah.lemah kerana saya hilang tempat berlindung danbergantung harap. tapi bila saya fikir semula, saya masih ada Dia yang sentiasa bersama saya. menangis dan mengadu lah pada Dia kerana Dia xpernah menghampakan hambaNya





p/s : makndak sekeluarga ada lebih kurang 6 bulan lagi utk tinggal di kuarters jabatan haiwan pendang. lepas tempoh tu manalah diorang nak pergi agaknya... ya Allah permudahkanlah urusan mereka, aminnnnnnn ..


p/ss : n3 panjang berjela kembali lagi.. jangan serik singgah lagi

xoxo

Thursday 9 February 2012

Allah bagi rasa sakit supaya kita makin dekat denganNya

assalamualaikum ...

dengan berat hati masuk mandi dan siap lebih kurang sepantas kilat demi nak berjumpa doktor gigi hihihihihihihihi 
sambil tunggu giliran tengok orang tu tengok orang ni .. haihh macam2 ragam pelik ada. yg pasti xseorang pun keluar dari bilik doktor sambil senyum2 sengih2. tambah sesak dada saya waktu tu. kalau ada istilah fobia untuk orang yang takut jumpa dentist maka saya lah manusia itu hahahahaha 


salah seorang patient tu ialah uncle india yg keluar dari bilik doktor sambil pegang dahi/ kepala.. fahaman saya mungkin dia pening sebab tengok darah lepas doktor cabut gigi hihihihihihi mula la saya terbayang macam mana la rupa saya keluar bilik doktor tu jap lagi 


sebenarnya saya ke klinik gigi tu sebab nak cabut gigi geraham paling hujung *gigi bongsu mungkin.. ntah la. gigi sebelah kanan atas. gigi tu dah pecah sikit. macam mana saya tau gigi tu pecah? hahahahahaha bila saya makan benda keras, tau2 je ada rasa macam tergigit batu. konon2 nak salahkan nasi yang ada batu padahal gigi sendiri dah mereput sendiri. kesimpulan saya buat sendiri ialah gigi saya xkuat sebab perangai saya xminum susu. masalah bertambah bila dah makin tua ni bila mengandung dan menyusu maka makin banyak lah hilangnya kalsium dalam badan. nak harapkan sumber makanan lain apa lah sangat yg saya telan.. ntah2 sumber kalsium saya zero selama ni. 


keputusan penting yang dapat saya buat sambil menaip panjang berjela ni ialah saya mesti mula amik pil kalsium secepat mungkin! yea harussss....! bersemangat demi nak elakkan gigi lain buat hal.. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

walaupun sakit sebab dah mula rasa berdenyut gusi ubat bius dah habis, tapi saya gembira modal hari ni cuma rm2 je hihihihihi yea rm2. jadi boleh teka kot kat mana saya jumpa doktor gigi tu. kalau kat tempat lain entah berapa puluh rrm terbang. alhamdulillah.. semuanya selamat






peneman saya hari ni sambil tunggu giliran sambil layan main abc kat hp mama. lepas siap urusan gigi sempat singgah mini playground kat klinik tu... maka selesai akhirnya ...amin



p/s : ada cadangan pil kalsium yang bagus2 x?



xoxo


Tuesday 7 February 2012

keluarga kecil en suami bertambah ahli ....

assalamualaikum ..



firstly nak ucapkan tahniah buat adik ipar saya aka adik lelaki en suami yang telah selamat bernikah dengan pilihan hati pada 4hb feb yg lepas.. majlis di rumah pengantin perempuan dibuat di pahang. saya xpegi pun atas sebab2 yang sangat kukuh huhuhuhuhuhuhu


selang 3 hari selepas dinikahkan, ayah mertua dan kakak sulung en suami buat jamuan makan kecil2an sebagai ganti majlis sambut menantu. nak buat majlis kenduri kahwin memang xdapat nak dilaksanakan sebab ayah masih x sihat selain kakak ipar yang jadual kerjanya full sepanjang minggu.

maklumlah kalau nak berkenduri ni bukan boleh buat plan 2 3 hari. paling selesa berbulan2 sebelum tarikh dipersetujui. kalau x mana nak cari orang nak masak, khemah, kelengkapan pakaian dan bilik pengantin lagi huhuhuhuhuhu haru!



maka saya wakil en suami mengucapkan selamat datang kepada ain menantu baru ke dalam keluarga kecil kami. semoga tahun depan dan seterusnya keluarga kita akan bertambah besar, insya Allah :)



presenting the new weds couple ~ lan & ain :)






semoga bahagia dan saling menyokong satu sama lain hingga ke akhir hayat.. amin :)




p/s : cepat2 tambah jr hihihihihihhhihi



xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...