me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday 10 February 2012

bersedia dari sekarang .. bersediakah kita?

assalamualaikum ..

di pagi jumaat yang mulia ni kami sekeluarga di uji dengan pemergian seseorang. orang yang xdisangka2 akan pergi dalam masa terdekat akhirnya menghembukan nafas yang terakhir di pagi jumaat lebih kurang 2 jam sebelum subuh.


arwah pakndak yang masuk ke hospital pagi semalam kerana demam dan mengadu penat. hari ni telah tiada. punca kematian sakit jantung. sepatutnya ada satu pembedahan segera nak di buat malam semalam tapi atas permintaan arwah sendiri yang xmahu di bedah, maka semua terpaksa menurut keputusan yg di buat.



mak abah dan makchaq yang pergi melawat di hosp alor star petang semalam sempat bersembang dan melawak dengan arwah macam biasa. sambil arwah bertanya khabar maktok iaitu mak kepada arwah yang buat masa ni dijaga oleh makchaq, dia sempat pesan jangan hantar maktok jauh2. rupa2nya dia dah ada 'rasa; tu...


mak abah dan makchaq balik semula ke sg petani lebih kurang pukul 11malam. selepas dipastikan arwah pakndak ok dan selesai berpesan2. dalam letih perjalanan dari hosp dengan mata yang berat mengantuk, mak bercerita serba sikit keadaan arwah pakndak.


kata mak pakndak sempat bergurau dan saling meminta maaf sesama mereka 3 beradik. mak menangis sebab sedih tengok keadaan arwah pakndak masa tu. tapi pakndak marah dan pesan jangan menangis sebab dia....

lebih kurang pukul 2 am, mak abah dan makchaq rushing ke hosp alor star lepas dapat call dari makndak yg bgtau keadaan arwah tiba2 kritikal. maka tinggallah saya, dua adik perempuan dan 3 orang anak saya menjaga rumah makchaq sambil memantau keadaan maktok.


lepas mak bertolak ke hosp, saya xboleh nak sambung tido. jenuh pusing ke kiri ke kanan. betulkan bantal betulkan selimut dek sejuk air cond. still mata saya terbuka luas. tengok sofia yg tdo lena xnak berselimut, qisya yang mulanya tido di buai bergerak2 merengek minta diangkat. saya ubah qisya tdo sebelah saya sambil bf. entah bila saya terlelap...


tiba2 mak call bagitau pakndak dah takde. masa tu lbh krang 5am. mak dah call anak2 mak yg lain dl.termasuk adik beradik dan kenalan rapat keluarga besar kami.

masa tu saya langsung x menangis. saya gerak adik2 bangun kemas rumah pagi2 buta sebab jenazah akan di bawa balik ke rumah makchaq nanti. sambil siapkan bilik depan untuk letak arwah saya asyik terbayang2 kali terakhir jumpa arwah masa maktok keluar wad hari tu. arwah sibuk uruskan itu ini. saya sempat tegur arwah masa dia makan di dapur. dia nampak lebih pendiam dari kebiasaan dan lebih banyak menyendiri. berbeza dgn sikap dia yg sebenar. dia suka tegur semua orang, senyum2 sambil melawak dengan anak2 saudara. saya rindu dia yang baik dengan semua anak saudaranya.. xpernah saya dengar dia tinggi suara. jauh sekali membeza2kan kami.


lebih kurang 10am, jenazah sampai ke rumah makchaq. masa tu cuma ada kami 3 beradik dan anak2, jiran 3 4 orang selain mak abah makchaq dan sorang anak makchaq. yg lain belum sampai sebab masing2 jauh dan xbersedia dgn berita ni. makanya masa arwah di bawa balik, saudara2 yg lain semua dalam perjalanan untuk menziarahi arwah buat kali terakhir.


semasa jenazah diusung masuk ke bilik sementara menunggu untuk dimandikan selain memberi peluang saudara mara menziarah, air mata saya keluar mencurah2 macam hujan lebat. tiba2 saya rasa sayu bila tgk arwah diusung. seolah2 sebelumnya saya xpercaya bahwa dia sudah tiada...


arwah meninggalkan makndak, seorang anak perempuan aisyah, 2 anak lelaki faizal dan syahrul. kesian pada anak2 yang rapat dengan arwah. si kakak menangis sepanjang masa sambil membaca yassin. 2 hero arwah lebih tenang dan sesekali nampak termenung jauh. makndak mulanya saya nampak sangat kuat dan tabah. tapi sebaik orang mula memeluk dan menasihatkan dia supaya sabar dan kuat, air matanya laju turun. kalau dah namanya wanita sekuat mana pun dia pasti kalah dengan perasaan sendiri.

urusan pengebumian selesai sebaik azan asar berkumandang. arwah pakndak di kebumikan di kawasan yang sama dengan arwah kak liza, arwah pakchaq dan arwah wan (atuk).


terfikir saya mana hala tuju saya jika di tempat mereka ketika ni.. dengan tidak bekerja dan bergantung harap sepenuhnya dengan en suami, saya rasa saya lah manusia yang paling lemah.lemah kerana saya hilang tempat berlindung danbergantung harap. tapi bila saya fikir semula, saya masih ada Dia yang sentiasa bersama saya. menangis dan mengadu lah pada Dia kerana Dia xpernah menghampakan hambaNya





p/s : makndak sekeluarga ada lebih kurang 6 bulan lagi utk tinggal di kuarters jabatan haiwan pendang. lepas tempoh tu manalah diorang nak pergi agaknya... ya Allah permudahkanlah urusan mereka, aminnnnnnn ..


p/ss : n3 panjang berjela kembali lagi.. jangan serik singgah lagi

xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...