me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday 30 April 2011

pantai yang bersih, cantik dan terbaekk hanya di terengganu ..

assalamualaikum..

percaya atau tidak kalau saya kata pantai yang terbaekk hanya di terengganu? erkk marah orang pahang baca statement ni... tapi perbandingan ni hanya antara pantai di terengganu dan pahang saje yea.. yang di sabah tak kira ehh :)


sepanjang pengamatan saya memang banyak sangat bezanya pantai di kuantan dengan di terengganu..

salah satu yang nyata ialah di pantai batu yang terletak di kemasik. pasirnya halus, putih bersih. kalau ada pun sampah di sekitarnya sebab hanyut dari laut. mungkin jugak sebab pekerja2 sektor pembersihan kat sini lebih 'rajinnnn' kot erk no comment!..hihiihi


jom tengok pemandangan di sekitar pantai batu kemasik yang sangaaattttt mendamaikan.. bersama model xberbayar :p


anak2 ummi dan abah : dari kiri kakak, angah afif dan udin *tiada dalam gambar : muhd





saya yang syok sendiri gigih amik gambar nak bagi nampak laut





last but not least , tuan punya blog dengan teman baiknya ...



kalau kurang percaya, boleh pergi sendiri dan 'nikmati' tahap best nya sendiri. lepak2 di batu sambil melayan perasaan boleh hilang tension yang berlambak2



landmark yang paling senang, berhampiran dengan klinik kesihatan kemasik dan balai polis kemasik. tak jauh dari situ ada post office juga.. nak lebih senang dah sampai kat salah satu landmark di atas, tanya je orang2 kat situ. confirm xsesat!



p/s : ada mamat tu layan memancing duduk atas batu layan feel :)






xoxo

Thursday 28 April 2011

teruskan bereksplorasi... tiada had dan batasan

assalamualaikum ..


outing kami hari ni ke mesra mall kerteh. sebelumnya sesi menjamu selera di food court :) mama dan sofia makan nasi ayam . sofia dok puji sedap sedap.. apa yang sedap sangat pun xtau la padahal bagi mama ermm boleh la sebab dah lapaq!


destinasi seterusnya ke 'popular'.. mama pusing2 cari buku ilmiah tebal untuk sofia


tau2 je tengok sofia dok mencangkung sambil angkat buku besar + berat dari bakul kat sebelah tu. leka dia dok buka buku tu sehelai sehelai..



p/s : harap2 anak mama suka dengan buku dan semoga rajin belajar nanti, insya Allah..


 

mama beli buku ni untuk sofia .. credit : lilkaistore.com




jom membaca.. byebye

Saturday 23 April 2011

kami sokong kempen hijaukan bumi ~ no disposable diapers!

assalamualaikum..


waaaah berkobar2 tajuk n3. harap berterusan dan xnak padam sekerat jalan. cd yang di beli on9 dari cik fiza dah selamat sampai ke tangan tengah hari ni.

mama yang demam tetap gigih nak snap gambar cd baru sebab nak upload kat blog punya pasal.. ingat kan lepas sesi bergambar boleh la rehat2 jap. tapi sofia pulak dah xsabar2 nak pakai cd baru. jenuh mama explain cd tu nak kena prewash apa bagai. tapi dah sah2 bukan dia paham pun. :)


terpaksa la gagahkan diri bangun dan sumbat cd2 tu dalam washing machine. yang penting dah masuk dalam machine kita prewash dulu. sepatutnya kena prewash at least 3 kali sebelum diguna. maknanya basuh tanpa sabun dan keringkan di bawah matahari lepas tu basuh lagi sampai cukup 3 sesi.

tapi ikut cara sofia yang excited nak pakai cd baru xtau la sempat ke tak nak prewash 3 kali :)




ni lah 6 keping cd yang telah menambat hati mama dan sofia serta poket ayah hihihiihihiihi

5 keping cd brand qq baby dan 1 coolababy

RM165 setiap cd dengan 2 insert dapat 1 keping insert free :) 





tuan punya cd yang membantu mama buat qc setiap cd :)


any way sangat suka dengan corak cd2 ni. dan mama harap misi ni dapat diteruskan hingga ke anak yang seterusnya.. hahahahahaha berangan tak ingat..




mudah2an lepas ni dah xda masalah rashes kat punggung sofia. dan dapat juga lah sofia membantu mama dan ayah berjimat. boleh la duit untuk beli pampers tu disalurkan ke perbelanjaan lain.. insya Allah



p/s : baru selesai 1st prewash.. nak gi sidai cd dulu




xoxo

Friday 22 April 2011

tips mendidik si kecil menggosok gigi ~

assalamualaikum

hari ni nak share beberapa tip tentang mendidik anak menggosok gigi. saya yakin xsemua ibu2 berkemahiran sedia ada dalam bab pujuk memujuk. pujuk memeujuk penting dalam usaha mengajak anak memberus gigi. sofia pun susah jugak masa mula nak ajar gosok gigi. macam2 kerenah ada


antara pendekatan yang saya guna ialah biar dia pilih sendiri berus gigi. saya bawak dia ke bahagian rak berus2 gigi yang ada macam2 warna, bentuk dan jenama. dia akan lebih seronok untuk memegang berus gigi yang dia pilih sendiri berdasarkan warna atau watak pada berus gigi tersebut.


pada minggu2 pertama, saya biarkan dia 'bermain' dengan berus gigi. sampai di bawa main dengan segala toys yang ada.




'sofia, mana gigi?' 'gigiiiiiii ... ''ok, tunjuk gigi ehh mama nak amik gambar ni....'



'sapa nak makan biskut kena gosok gigi dulu ....' ayat mama tiap2 pagi :)


''upah' untuk budak yang dengar cakap mama



tip untuk penjagaan gigi si kecil *credit : pa&ma november 2010

1 ~ mulakan menggosok dari usia muda
mulakan mencuci apabila gigi mula tumbuh dengan mengelap menggunakan kain basah yang bersih setiap hari. juga bersihkan gusi bayi walaupun giginya belum tumbuh. perkenalkan berus gigi yang lembut. apabila gigi lain mulai tumbuh, mula menggunakan berus gigi khas yang kecil dan lembut

2 ~ pastikan kuantiti ubat gigi yang mencukupi
gunakan sedikit ubat gigi flourida, sebesar saiz kacang pis. berhati2 kerana ada ubat gigi yang mengandungi gula. jika terlalu banyak flourida ditelan, boleh meningkatkan risiko white spots di gigi anak. ajar anak untuk meludah dan membilas dengan sempurna.

3 ~ teman anak ketika dia menggosok gigi
gosoklah gigi anak 2 kali sehari. ajar anak dengan berdiri di belakangnya di hadapan cermin. tunjuk cara pergerakan yang betul dengan memegang tangannya.

4 ~ bawa anak berjumpa doktor gigi
biasakan anak pergi ke klinik gigi. dengan itu dia akan tahu kepentingan menjaga gigi. tanya doktor tentang keperluan fluorida anak. periksa keadaan gigi seperti yang di syorkan doktor gigi.


tip mudah memberus gigi dengan betul 

gigi atas ~ berus gigi ke bawah dan menjauhi gusi. pastikan berus gigi sampai kebahagian atas gigi belakangnya

gigi bawah ~ berus gigi ke atas dan menjauhi gusi. pastikan berus gigi sampai ke bahagian bawah gigi belakangnya

permukaan gigi kacip ~ berus semua permukaan gigi kacip tersebut

gusi ~ berus bahagian atas dan bawah dalam gerakan membulat. pastikan bahagian dalam dan luar gusi juga diberus

jika sukar memberus gigi selepas menyusu, pastikan anak minum air masak selepas menyusu susu formula. ia mampu mengelak karies gigi





Tuesday 19 April 2011

saya dan dia hari ini ~

lokasi : singgahsana raisa sofia
waktu : petang yang bosan
vvip : mama awesome & sofia cute ..    hahahahahahahahaha


layan dvd upin ipin ..


tiru iklan beras faiza .. 'bestttttt' sambil tunjuk jari telunjuk hahahahahahahaaha


yang ni tiru iklan apa pulak ?...


budak comeyyyy buah hati mama



xoxo

Saturday 16 April 2011

n3 tertunda ~ busy sungguh yea?...

assalamualaikum..


en gie demam, sofia pun ikut xduduk diam.. nak kena update n3 laju2 sebab sofia dah start merengek nak suh dukung :)

kita tengok gambar aje lah dulu yea..



peneman setia mama sepanjang masa


mushroom goreng ~ demi selera orang demam *en gie


gulai udang ~ dah tengah makan baru teringat nak snap.. nak bagitau satu dunia kau masuk gulai udang je chehhhh...


sarapan pagi kami, cucur jagung .. en gie berbaju lengan panjang 'bee, abang rasa macam nak demam la..'


haippp.. xsabar dia nak makan jagung rebus yea..?


elok ngadap laptop, sofia pun request nak air milo. ayah pulak dah order suh tolong picit kaki. lenguh katanya.. ermm esok2 je la blogwalking. lama xbaca blog orang rasa macam xtau apa jadi kat dunia luar.. ketinggalan sekejap hihihihihihi dasyat penangan on9 ni..


p/s: yea gambar berterabur.. saya sengaja malas nak susun.. xsempat!

xoxo

Friday 15 April 2011

come and join me ~ oreo double delight cookies peanut butter & chocolate

assalamualaikum..


snek kita hari ini memang terbaik dan menarik.. anda semua dijemput makan bersama2 ikut step dibawah untuk kepuasan sebenar :)


1st step ~ buka 2 kepingan biskut dan periksa sama ada inti nya peanut butter & choc atau tak, cukup atau terkurang *kalau2 mama dah makan .. 



2nd step ~ makan biskut yang ada inti terlebih dulu. makan dengan muka yang bersungguh2 dengan harapan nanti dapat biskut lagi :)



last but not least.. buat2 leka tengok tv sambil pegang biskut yang xda inti.. tunggu sampai mama atau ayah tegur, 'bila nak makan biskut tu?' sebaik ditanya terus hulur biskut tu kepada yang bertanya sambil geleng2 kepala. lebih baik kalau dah pandai cakap 'xmo xmo'... :)



kesimpulannya anda akan dapat makan biskut yang ada inti sahaja setiap masa.. brilliant idea rite?


  

tadaaaaaa .. ni lah dia pelengkap snek petang kita hari ni :)

ok nak gi mandi, jap lagi ayah balik.. nanti kita makan biskut sama2 lagi yea? :D



p/s : mama dah marah la.. mama cakap lain kali no more oreo :( alaaaaa mama jangan la marahhhhh






xoxo

Thursday 14 April 2011

mujurlah kita bukan di zaman 'susah'

alhamdulillah

itu ungkapan pertama terlintas bila tengok gambar sofia tadi. tiba2 rasa bersyukur sangat kerana tak perlu melalui kesusahan + kesukaran hidup di zaman susah yang bergantung sepenuhnya kepada hasil torehan getah.

kalau ada pun yang masih menoreh hari ini saya yakin kehidupan mereka sedikit senang berbanding mereka dulu2. atau mungkin kerja menoreh hanya sampingan. selain anak2 yang berjaya menjawat jawatan besar, menghulur duit setiap bulan keluar menoreh mungkin sekadar kerana kebiasaan bekerja. dalam erti kata lainnya xbiasa duduk saja.


harga getah hari ni semakin tinggi. tapi saya belum pernah dengar ada yang menjadi jutawan dengan hasil getah.. kenapa yea?




sofia dengan head light ayah ~


 

sekadar gambar hiasan.. :)

Wednesday 13 April 2011

renunglah .. di mana kita?..

assalamualaikum ..



menurut Imam Syafie,
hukum korban adalah sunat muakkad yang amat dituntut kepada mereka yang mampu
termajuk para hujjah (jemaah haji) yang berada di Mina
dan umat Islam di kampung halaman sendiri
kerana amalan ini amat dikasihi Allah swt ...



buat renungan kita semua ..




wassalam :)

Tuesday 12 April 2011

sofia tetap yang istimewa di mata mama dan ayah ~

 assalamualaikum..

tiba2 hari ni buat tocang dua kat sofia. hihihihihihii sikit aje rambutnya tapi mama gigih nak buat jugak. sofia pulak good mood, tahan aje apa mama buat kat kepala :) sayang anak mama




sofia dengan mia ~ jauh beza kan? yang pasti dua2 comey :)



 

lambat lagi nih nak tunggu rambut sofia macam mia hihihihihihi




 

senyum control .. geramnya! nak gigit pipi boleh sayang2 ku?





setelah penat di make over, the best treat of the day .. breastfeeding time! 





p/s : 'dia' tu sebok je komplen2 kenapa rambut sofia xlebat macam orang lain.. ehhehehhh biar la bukan kacau hidup orang lain pun.. yang penting anak i sihat dan bijak insya Allah





xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...