me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 22 April 2011

tips mendidik si kecil menggosok gigi ~

assalamualaikum

hari ni nak share beberapa tip tentang mendidik anak menggosok gigi. saya yakin xsemua ibu2 berkemahiran sedia ada dalam bab pujuk memujuk. pujuk memeujuk penting dalam usaha mengajak anak memberus gigi. sofia pun susah jugak masa mula nak ajar gosok gigi. macam2 kerenah ada


antara pendekatan yang saya guna ialah biar dia pilih sendiri berus gigi. saya bawak dia ke bahagian rak berus2 gigi yang ada macam2 warna, bentuk dan jenama. dia akan lebih seronok untuk memegang berus gigi yang dia pilih sendiri berdasarkan warna atau watak pada berus gigi tersebut.


pada minggu2 pertama, saya biarkan dia 'bermain' dengan berus gigi. sampai di bawa main dengan segala toys yang ada.




'sofia, mana gigi?' 'gigiiiiiii ... ''ok, tunjuk gigi ehh mama nak amik gambar ni....'



'sapa nak makan biskut kena gosok gigi dulu ....' ayat mama tiap2 pagi :)


''upah' untuk budak yang dengar cakap mama



tip untuk penjagaan gigi si kecil *credit : pa&ma november 2010

1 ~ mulakan menggosok dari usia muda
mulakan mencuci apabila gigi mula tumbuh dengan mengelap menggunakan kain basah yang bersih setiap hari. juga bersihkan gusi bayi walaupun giginya belum tumbuh. perkenalkan berus gigi yang lembut. apabila gigi lain mulai tumbuh, mula menggunakan berus gigi khas yang kecil dan lembut

2 ~ pastikan kuantiti ubat gigi yang mencukupi
gunakan sedikit ubat gigi flourida, sebesar saiz kacang pis. berhati2 kerana ada ubat gigi yang mengandungi gula. jika terlalu banyak flourida ditelan, boleh meningkatkan risiko white spots di gigi anak. ajar anak untuk meludah dan membilas dengan sempurna.

3 ~ teman anak ketika dia menggosok gigi
gosoklah gigi anak 2 kali sehari. ajar anak dengan berdiri di belakangnya di hadapan cermin. tunjuk cara pergerakan yang betul dengan memegang tangannya.

4 ~ bawa anak berjumpa doktor gigi
biasakan anak pergi ke klinik gigi. dengan itu dia akan tahu kepentingan menjaga gigi. tanya doktor tentang keperluan fluorida anak. periksa keadaan gigi seperti yang di syorkan doktor gigi.


tip mudah memberus gigi dengan betul 

gigi atas ~ berus gigi ke bawah dan menjauhi gusi. pastikan berus gigi sampai kebahagian atas gigi belakangnya

gigi bawah ~ berus gigi ke atas dan menjauhi gusi. pastikan berus gigi sampai ke bahagian bawah gigi belakangnya

permukaan gigi kacip ~ berus semua permukaan gigi kacip tersebut

gusi ~ berus bahagian atas dan bawah dalam gerakan membulat. pastikan bahagian dalam dan luar gusi juga diberus

jika sukar memberus gigi selepas menyusu, pastikan anak minum air masak selepas menyusu susu formula. ia mampu mengelak karies gigi





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...