assalamualaikum..
bangun awal pagi ni sebab nak kemas rumah yang dah iras2 penempatan haram. bersepahhhhh... rumah sapa nih? hehehehehehe
setiap yang berlaku pasti ada alasan.. sama ada untuk cover malu atau nak sorok kemalasan diri yang meninggi :p seriously, semalam letih sangat sampai buat2 xnampak kain menimbun belum lipat, lantai xbersapu tapi still licin effect mop 2 3 ari sudah, etc
laju je kutip kain baju masuk mesin sambil kemas dapur sebab en gie bagitau nak ajak keluar pagi ni. rupa2nya memang boleh pun buat kerja2 mengemas dalam masa yang singkat. selama ni dok kemas dari pagi en gie keluar gi keje bawak ke malam en gie sampai rumah, apa kes? hahaha kantoi banyak ngelat :) biasa la buat keje sket, berenti makan. sambil kemas living hall harus la terjejas sejam dua layan cerita best. tu belum kira bila sofia suruh teman dia tgk dvd alvin n the chipmunks, buat air milo, bawak gi toilet tukar pampers, ajak bf sambil baring2 ouhhhh nikmat!
:p tu lah bahagia jadi suri rumah. jadual kerja atur sendiri janji segala urusan selesai. jangan waktu pagi macam tu, petang pun bersepah gitu jugak.. rumah bersepah itu lumrah tapi harusss jaga jangan sampai en suami tanya, ' eh you buat apa hari ni kat rumah? towel i kat belakang pintu pun u x tolong sidai...' hahahahahha pandai2 la kau
ehh melalut jauh yea. sambung tajuk n3. sesudah mandi dan bersiap kami 3 beranak menuju ke pekan kuantan. target pertama nak terjah klinik dulu sebab nak check sofia. dah la malam semalam asyik dok merengek jer, ayah risau anak dara nya demam ke apa ke.. sekali klinik nya tutup aiyarkk camne boleh xhafal jadual klinik nih? hahaha
mama n ayah sentap bila baca kat pintu tu klinik buka 7pm to 10pm on sunday hahahahahaha
haluan diubah menuju ke jalan bay route. alang2 dah nak berjalan sakan hari ni, nak bayar sewa rumah pun sebok saya nak ikut :) habuan untuk sofia biskut coklat hehehehe tq ricky!
destinasi seterusnya ke pasar tani. lokasi di stadium berdekatan terminal bas ekspress kuantan. harga ikan bolehhhhhh tahan. yang banyak dijual ikan patin :) best kalau dapat makan patin masak lemak tempoyak versi mak hihihihihi
ni ikan patin masak lemak tempoyak versi google image hehehehehe ..
malangnya en gie xmakan ikan sungai jadi laju je kami beli daging lembu, ayam sebelah dan sayur2. beli kat pasar tani ni yang bagusnya ada banyak pilihan. tapi yang fail nya ialah bila masih xcam 'hari tu beli sayur mahal giler kat peniaga mana satu ntah..' sudahnya main redah je tengok sayur yang berkenan, ambil secukupnya buat 2 org dewasa makan buat stok seminggu dan bayar je lah
sofia lena sepanjang sesi membeli belah keperluan masak masak. elok berjalan ke tempat parking, sofia pun terjaga :) sofia buat muka blur bila tiba2 tengok tangan mama dah penuh plastik beli itu ini 'eh bukan tadi baru keluar dari rumah ke?' hahahahahaha
singgah makan nasi kat restoran sebelah oum kuantan. lupa plak nama apa.. choice makanan yang pelbagai. yea saya makan nasi pukul 10+am atas alasan belum breakfast jadi alang2 makan nasi terus :p padahal lepas makan nasi pun masih ada nafsu nak makan yang lain pulak
ha, kaklong ku aka umi sofia ada exam hari ni.. student oum di maktab kuala terengganu. sempat mesej tanya khabar berita. sedihnya dia bagitau, 'xboleh nak jawab. blur...' hrmmm kesian kaklong. x dinafikan dengan jadual dia yang extra padat tu as teacher, wife, umi to 5 child and oum student xtau bila dia ngadap buku
next time cuba lebih baik lagi okey?.. jangan susah hati
otw balik rumah singgah tanjung api. en gie beli ikan bawal dan udang. harga nya so so la. sebab ni tempat orang bawak naik ikan. so kalau datang pada masa yang tepat boleh beli ikan fresh dengan harga berpatutan. kadang2 ada jugak melambung tinggi esp masa banjir dan hujan sepanjang minggu dulu..
beli keperluan dapur : cili boh, bawang merah, sos cili, milo kat kedai mini depan tempat orang jual ikan kat tanjung api. sesekali dah keluar dan teringat senarai barang yang dah habis, baik terus beli kalau x nanti nak masak pun terbantut
sampai rumah dah 12pm kelam kabut simpan barang2 basah masuk dalam peti ais hikmat. balik nanti baru cuci dan masuk dala bekas elok2. kami ada appoinment lepas zohor kat giant. nak sign agreement insuran prudential sofia.
ehsan google
jumpa kak syidah dekat food court. sembang+gossip sambil bagi penerangan pasal prudential ins. angguk2 sambil tanya soalan sekadar memahamkan point2 penting
sempat lagi sebelum berdating kat situ, masuk giant beli minyak masak.. sofia sebok nak berjalan sana sini. nampak pulak ada kuda ke apa ntah mainan yang masuk duit syiling ada lagu sambil goyang2 depan belakang
selesai urusan rasmi, sofia tunaikan hajat pulak. mengusung la mama bawa sofia masuk toilet yang xfriendly langsung. xda tempat untuk diaper change. tepi2 sinki pin xmuat nak baringkan sofia. mujur bawa playpant diaper. sarung je
en gie belanja makan kfc dan sofia dapat set chicky meal + botol air 3D. xsempat2 nak rasmi time tu jugak mujur sempat sorok dulu.
tapi bukan dapat mainan macam kat google image tu..
sofia sambung tidur otw balik rumah. kesian anak mama, mata kuyu jer. kalau boleh sofia bercakap mesti sofia nak bagitau yang sofia xlarat ikut mama & ayah kesana sini kan? sori lah sayang.. hari ni je yang ayah free. jadi segala urusan terpaksa settle hari ni jugak.
urusan surirumah masih belum selesai.. masak memasak untuk makan malam sambil layan sofia yang suruh ambil sudu, mangkuk, carrot etc. malam ni saya masak daging black pepper yang hot++, sup chicken meatball dan bendi goreng garing. saya xmampu nak fikir menu yang lebih menarik sebab harus bersiap sesudah makan malam, menuju ke klinik pulak..
ahad saya yang padat tamat disini. sofia merengek lagi.. en gie dah sampai sudan agaknya hahahahaha
xoxo
2 comments:
salam kenal.
Have A Big Heart!
salam .. thanks for droppg by :)
Post a Comment