sofia dah 2 tahun 2bulan. dan mama nya dah mula terfikir soalan bila perlu mula menghantar anak ke tadika sebelum sofia berumur setahun lagi huhuhuhu gigih mama nya berusaha nak mempersiapkan diri berpisah dengan anak :p
baru nak hantar anak masuk tadika, mama dah susah hati fikir anak boleh ke sesuaikan diri.. camne nanti kalau dia nak apa2 tapi malu nak cakap? esp kalau2 dia nak ke toilet. kang xpasal2 ada hamba Allah yang terpaksa jadi tukang mop lantai secara paksarela hahahahaha kena pikir positif la mama oii
sofia dah mula pandai buat ayat menggunakan 3 ke 4 patah perkataan. kalau setakat nak suruh mama nya on laptop memang biasa dengar ayat ni 'mama, akat top atah atey.. (angkat laptop letak atas katil)' lepas tu mula la sesi memberi arahan 'mama, nak ngok tio..(nak tengok rio-movie burung biru)' tapi lately dia lebih suka tengok 'kakak' nyanyi alif ba ta kat youtube. dia panggil kakak sebab senang mama nak kenalkan kalau budak2 girl panggil kakak, budak2 boy = abang. so kalau nak pujuk dia pakai baju dan ikat rambut, saya guna pendekatan memujuk 'sofia kena ikat rambut baru comey macam kakak kat laptop mama' biasanya percubaan tu menjadi hehehehehehe
buktinya baru2 ni saya suruh dia pakai baju sendiri dan xkaitkan apa2 pasal 'kakak', tiba2 saya dengar sofia kata 'pakai baju macam kakak' dalam versi pelat sofia lah yea. maknanya cara saya tu berjaya buat dia mendengar arahan dan ingat contoh2 baik. bukan apa kadang2 sofia yang baik dan pandai bercakap ni still membuatkan mama dan ayah nya pening kepala dan bengang seketika bila buat perangai xmau pakai baju la, memilih kaler cd la, makan apatah lagi .. anak anak :)
soal mengikut arahan saya rasa masih dalam proses yg panjang, tapi boleh bagi 4/5. tips penting : kalau nak suruh anak buat kerja, gunakanlah perkataan 'tolong'
kita yg dewasa ni pun lebih ringan tulang nak buat kerja kalau sesapa bg arahan menggunakan perkataan 'tolong'. betul x? ala cthnya lebih kurang camni la
'cik tuttttt, saya nak cepat ni ada meeting. nanti awak tolong simpan fail atas meja tu boleh?' 'sayang, boleh tolong carikan stokin abang? abg dah cari kat laci xjumpa2 pun'.. ha, maka kita dengan senang hati pun bangun dan membantu. sebab? xrasa seperti terlalu disuruh tapi lebih kepada memenuhi permintaan orang lain
wahhh bagus kau yea membaca sampai ke sini hehehehehehe |
nak hidup ni ilmu psikologi penting yea kawan2. ilmu baru yg saya faham ialah kepentingan psikologi dlm membesarkan anak2. haahahahahahaaha harus la kan? nak pujuk anak makan, bangun pagi dan terus mandi.. tu belum part nak memulakan potty training. ibu2 mak2 sila terus belajar yea hahahahaha pastu post kat blog memasing. sharing is caring kan? :p
dah membebel panjang2 ni baru terinagt nak relate kan cerita dengan tajuk diatas hehehehehe saya nak tanya pendapat kawan2 bila umur yang sesuai untuk anak2 dihantar ke tadika? esp anak2 yang 24/7 dengan mamanya. means xpernah ke nursery dll. sebab ada yg suruh hantar awal sikit sebab 1 tahun yg pertama tu untuk bagi dia peluang sesuaikan diri dgn org lain, belajar berkawan etc
aminnnnn ,,,,..... |
kerisauan seperti ibu2 lain melanda saya .. sofia dah boleh bercakap tapi akan jadi kelu kaku bila dgn org lain esp yg 1st time jumpa. pernah jugak dia menangis takut sbb ada org tanya dan dtg dekat dia. mgkn dia rasa xselamat jd tu yg buat saya fikir byk kali ni. perlu ke saya hantar dia ke tadika seawal 3 atau 4 tahun. ke, nak tunggu dia 5 tahun biar dia lebih besar utk faham bahawa ke sekolah tu selamat dan okay..
p/s : dapat idea nak mulakan potty training :)
xoxo
No comments:
Post a Comment