assalamualaikum ..
bangun pagi lewat di hujung minggu. puncanya sebab rumah kami black out pukul 4am tadi. sedar2 je en suami dah bangun selak langsir bagi masuk cahaya sikit dan bukak pintu bilik bagi masuk angin. terus rasa berhaba atau orang utara kata 'berkuap'..
ihsan mr google |
saya bangun jugak walaupun mata xlarat nak buka sebab rasa macam baru je nak tido tau2 dah kena bangun hahahaha sambil gosok2 mata, gigih buka laci cari kipas mini sofia.
anak dara saya dah mula gelisah. merengek sikit sebab panas. sofia memang xtahan peluh, kalau xsekejap je badan jadi gatal2. sebelum dia mengamuk, saya pasang kipas mini yang guna bateri kecik 2 biji tu. diam je dia sambung tido. tapi mama pulak dah nak krem tangan dok hala kipas ke sofia.
en suami call guard house tanya apa masalah. sebab rasa dah lama sangat xda elektrik. katanya satu kuantan bergelap sebab tnb ada problem. entah betul ke x, saya xtau. cuba jugak nak lelap tapi mengenangkan sofia yang terganggu tido kalau mama terlepas kipas sebab tersengguk maka bertahan je selagi boleh.
akhirnya bekalan eletrik bersambung semula. lega air cond berfungsi semula. ni lah susahnya guna aircond sebab xda lubang udara langsung. bila blackout harus la berpeluh berlengas satu badan. nak bukak tingkap serupa la macam bagi derma darah kat en nyamuk. sebab rumah sebelah bukit. imagine la yea..
menyalahkan bekalan elektrik yang terputus kami sambung tido selepas subuh. celik2 mata, ehh awat panas? jenguk kat tingkap..'ohhh dah nak tengah hari rupanya hahahahahahaha' xsenonoh punya perangai! huhuhuhuu
en suami suruh siap nak ke pasar tani katanya. laaa.. awat xbagitau awal2, kalau x mengantuk macam mana pun sanggup saya xsambung tido pagi tadi. kesian pulak sofia berpanas nanti. tapi memikirkan stok lauk yang hujung2 je dalam peti ais tu maka kena la mandi dan bersiap secepat mungkin.
dalam hati dok pikir ' erm ada lagi ke lauk pukul 10 camni?' mujur ada rezeki kami :) beli ayam, udang dan sotong. ikan xberapa menarik. nanti2 je la beli kat tanjung api.
destinasi seterusnya ke kedai makan. alang2 dah lapar maka kita brunch la yea. kami makan nasi kukus ayam rempah kat warung maznah. sedap nasi kukus kat sini. selalu datang, kalau xsilap hampir tiap2 minggu tapi xpernah ingat nak amik gambar. segan nanti orang pandang..'eh nak makan pun kena amik gambar dulu ke?' hehehehehehehe
mujur jumpa kat google.. tq la kat tuan punya gambar ni yea
sampai kat rumah, layan sofia makan ais krim sekejap. pastu sambung kemas rumah, sidai kain, cuci cd sofia dan siang lauk siap2. dah selesai semuanya, masa untuk rehat2 dengan en suami dan anak dara saya *wink
p/s: jom layan tengok 'KaraK'
xoxo
No comments:
Post a Comment