assalamualaikum ..
percubaan pertama untuk menggunakan bedak campur air dan garam ke badan sofia ternyata gagal..! uhh tension rasanya bila ingat balik betapa tingginya lontaran suara sofia pagi tadi hahahahaha
meraung sakan anak dara tu lepas mama sapu bedak tu. jenuh mama kipas2 sambil pujuk dengan harapan kejap2 lagi okey kot. rupanya x jugak! meleleh2 air mata sofia.. huuhuhuuhuhuhu kesian dia.. last2 mama angkat sofia, buka cd dan mandikan dia sekali lagi. sofia terus diam lepas kena air paip yang sejuk tu.
agaknya hilang rasa gatal sekejap kot. mama bagi chance dia main air sambil kepala ligat memikir nak sapu apa pulak jap lagi.. sebabnya badan dia still merah2 dan rasa 'kasar' sebab ruam tu banyak dan timbul2.
minyak yang banyak berjasa :) sofia tido lena lepas sapu minyak ni kat seluruh badan .. of coz dia tido selepas di bf dengan bahagianya :)
alhamdulillah,.. lega! dapat la mama sambung kemas rumah dan masak memasak. cerita pasal masak, hari ni terlebih rajin pulak :p buat nasi planta + daging masak merah + sup sayur campur
gambar xsnap pun sebab nak kejar masa takut xsempat siap nanti sofia dah terjaga.
sambil2 lipat kain, aki aka abah ku call. mintak alamat rumah. ohhh lupa plak nak sms tadi. ni gara2 sofia xmo duduk langsung. asyik nak kena gosok badan dia sambil duduk tepi layan dia tengok dvd. hehehehehe mama pun ngelat sama nak salahkan anak plak ..
abah gi amik ubat untuk gatal2 sofia. terima kasih abah! we love you!.. abah kalau bab cucu memang lembut hati sangat2. cepat je tunaikan hihihihihihi tapi kat anak2 pun abah tetap layan sama rata cuma kurang sket sebab semua dah tua2 nak apa2 boleh usaha sendiri :)
ubat dah otw kurier ke kemasik ~ sekolah kaklong. sebabnya esok kitorang nak gi rumah kaklong aka umi. en gie outstation ke kuala terengganu. kalau hantar ke kuantan, dah sah2 xda sapa nak terima barang nanti kan..?so ubah plan. nak hantar kat rumah, kaklong boleh tak ingat alamat rumah sendiri. sabar je lah.. tau la rumah baru hahahahaha apalah kaklong ni! harap2 barang sempat sampai sebelum habis waktu sekolah, kalau x jenuh kaklong nak kena tunggu sampai ke petang
lepas makan malam tadi, sms kat achik, tanya kos kurier dgn harga ubat. pastu dia reply,
'abah ckp xpyh. sofia pnye psl.hehe'
en gie sengih sebab dia dah boleh agak itu jawapan abah agaknya.. abah memang camtu, sayang sangat kat sofia. berbeza sangat dengan yang di sana.. ^-^
abah, yang saya kenal sebagai seorang bapa yang tegas ketika kami membesar.. namun bertukar penyayang dan prihatin sejak ada cucu. bukan la maksudnya dulu abah xprihatin langsung dengan anak2nya.. tak ..tak
cuma dulu mungkin sebab atas alasan nak mendidik anak sendiri maka perlukan ketegasan dan disiplin. sekarang ni bila dengan cucu, boleh la manja2 gitu. soal disiplin dan tegas tanggung jawab kitorang la sebagai mak dan bapak kepada cucu2 abah
ingat lagi masa saya bersalinkan sofia.. keluar je dari ot, tengok2 mak dengan abah pun ada tunggu kat luar. hilang sekejap rasa sakit belah perut bila tengok mak dan abah senyum lebar. en gie pun of coz ada sekali la.. hari tu hari bersejarah buat abah sebabnya sofia lahir pada hari lahir abah yang ke 59 :) saya pilih tarikh tu sebab nak bagi 'hadiah' kat abah.. alang sayang abah! bila dah sampai wad, abah dan mak ucap tahniah sebab dah jadi 'mama'. pesan mereka agar saya jadi ibu terbaik ;) insya Allah
sekarang ni sesekali bila saya call, abah akan tanya kat sofia 'bila nak balik umah aki?.. ajak ayah dengan mama naa. suh ayah amik cuti' huhuuhuhuhuhuu dah sah2 saya pun dengar sebab loud speaker
mula la rasa sedih plus bersalah sebab lama xbalik.. erk lama ke? lama la jugak. last balik bulan 3.. sekarang dan bulan 5 hahahahahahaha lama la sangatttttttttt
itu lah abah yang saya kenal dan saya sanjung.. kasih sayangnya dizahirkan dengan caranya sendiri ..
p/s : insya Allah nanti nak buat n3 untuk setiap ahli keluarga.. bila dah ada idea, ada halangan lain pulak. usb hp macam ada masalah je.. iskhhhh
xoxo
No comments:
Post a Comment