assalamualaikum ..
saje belek2 n3 lama tiba2 terbaca di sini .. ~ alamak terlupa sangat2 nak share pasal entry kak sue tu. kesian pulak 'kalau' ada yang mencari sambungan n3 tersebut di blog ni. tu pun kalau ada hihihihihi
memandangkan saya dah diberi keizinan untuk share ilmu penting lagi berguna ni maka dengan besar hatinya saya copy paste sedikit info dari blog kak sue.. antara point penting yang sangat menarik minat saya untuk terus membaca ialah
Antara kebaikan susu ibu untuk bayi mengikut sumber kajian ialah:
1. Bayi yang disusukan dengan susu ibu kurang mengalami risiko kematian akibat diarrhea (cirit birit) berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula (bagi usia seawal 12 bulan pertamanya)
2. Susu ibu juga membantu mengurangkan risiko penyakit Haemophilus Influenza bagi bayi berusia dibawah 6 bulan.
3. Susu ibu memindahkan antibodi yang dibina oleh badan ibu kepada bayi yang membantu memberikannya perlindungan awal daripada penyakit.
bayi yang menyusu susu ibu lebih baik perkembangan nya |
selain tu, terdapat tambahan info berkenaan kebaikan susu ibu iaitu
Kebaikan menyusukan anak kepada ibu tidak kurang menariknya:
1. Mengurangkan risiko kanser rahim, kanser payudara dan kanser serviks.
2. Memberikan ketenangan dan mood yang lebih baik. Hormon yang dihasilkan semasa menyusukan anak akan menyebabkan ibu berasa gembira dan tenang. Ini dapat membantu mengurangkan masalah sindrom kemurungan selepas bersalin.
3. Mengurangkan berat badan. Penyusuan susu ibu amat membantu ibu membakar lemak dengan cara menukarkannya kepada susu ibu yang berkhasiat. Ianya diet yang mudah berbanding senaman diluar rumah.
maklumat lebih lanjut tentang kebaikan susu ibu boleh baca disini .. dari n3 kak sue sendiri. tq kak sue :)
sekadar berkongsi pengalaman sendiri bila saya mengusulkan kepada rakan2 untuk menyusukan anak selepas bersalin dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, ragamnya pelbagai.. ada yang awal2 menolak sekerasnya dengan alasan nanti susah bila mula bekerja, takut susu x ada atau x cukup dll
lebih banyak alasan dari azam untuk mencuba.. cuba lah ibu2, anda xrugi apa2 sebaliknya jauh lebih banyak mendatangkan kebaikan buat anda dan bayi .. its a win win situation :)
dah namanya baby, mana reti bercakap kan?.. menangis aje la 'cara' dia berkomunikasi |
apa lagi yang seorang bayi boleh buat selain menangis dan tidur?.. memang menangis ialah salah satu cara bayi 'memberitahu' sesuatu kepada penjaganya. kalau anak masih menangis selepas disusukan, cuba ikut langkah2 di bawah ~
- periksa lampin bayi.. mungkin dia x selesa kerana lampin nya lencun atau dia baru selesai 'melepaskan hajat'
- pastikan suhu sekeliling menyelesakan. tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. satu fakta penting, ada kalanya suhu bilik berbeza penerimaannya bagi orang dewasa dan bayi. jadi sesuaikanlah mengikut keperluan kedua pihak
- perhatikan jika terdapat sebarang tanda bayi dalam kesakitan.. sapu minyak pada perut, tapak kaki dan belakang betis bagi mengelak kembung dan sejuk selepas mandi. atau mungkin bayi di gigit semut atau nyamuk..
- cara penyusuan yang betul dan menyelesakan .. mungkin posisi penyusuan kurang menyelesakan ibu yang memaksa si ibu menghentikan proses menyusu lebih awal. jadi ubahlah posisi penyusuan sama ada duduk atau berbaring. pastikan bayi melekap dengan baik ke payudara ibu
- bawa bayi berjalan sambil mendodoikan nya, pujuk bayi dengan zikir dan selawat. siapa tahu bayi anda mungkin mahu 'merasa' tidur dalam pangkuan atau pelukan ibu nya
teruskan berusaha mengenali ciri2 pada bayi kita. setiap hari adalah berbeza. mungkin hari ini kita menyenanginya kerana dia x meragam, tapi mungkin esok dia menunjukkan sikap yang lain. bersabarlah wahai ibu..
jadi jangan salahkan susu ibu yang tidak cukup kalau si ibu sendiri tak yakin dengan kemapuan tubuh badan sendiri.
bagi mereka2 yang memberi alasan 'susah nanti nak pergi keje' 'leceh nak pam waktu keje' .. banyak kemudahan tersedia sekarang. pam susu yang pelbagai jenama dan harga mengikut kemampuan. pilih mana yang berkenan. hari ini ramai yang dah mula faham dan sedar tentang kebaikan susu ibu, termasuk lah majikan lelaki. berterus terang dengan rakan sekerja dan majikan, kalau ada yang mengahalang niat suci si ibu dia memang zalim!
selain dari langkah2 diatas, banyak lagi cara penyelesaian yang boleh di dapati melaui pembacaan dan bertanya pada yang pakar. kalau ada alasan lagi, memang sah dia x mahu menyusukan anaknya, terpulanglah... kasihan si anak :(
yang paling penting harus kita ingat penyusuan susu ibu berdasarkan konsep 'demand and supply'.. kalau si bayi awal2 dah disumbat botol susu, maaf la memang pengaliran susu badan boleh terjejas. rugi kan? dah ada sumber yang percuma tapi rata2 sanggup membayar berpuluh ringgit setiap bulan untuk setin susu .. aduhai ibu!.. ada penjaga yang awal2 dah beli botol susu berbotol2 sambil survey jenama susu terbaik sedangkan bayi masih didalam.. masih mengandung lah tu
niat dari awal, saya nak menyusukan bayi saya sebaik dilahirkan.. bukannya asyik bertanya rakan dan saudara 'susu formula jenama apa yang bagus yea?' 'susu yang mahal bagus ke?' .. dll
panjang n3 saya hari ni kerana nak berkongsi ilmu dengan semua ibu dan bakal ibu. maaf kalau ada yang kurang senang dengan penyampaian saya. ini lah saya, .. baik itu dari Dia, dan buruk serta kasar itu saya :) mudah2an ada ibu yang sebelum ni berniat nak berhenti menyusukan baby sebaik habis pantang tapi setelah baca kebaikan2 yang kak sue list kan diatas terus ubah fikiran.. alhamdulillah!
suka biar sofia menyusu sampai terlena .. bahagia tengok dia tidur dengan perut yang kenyang dengan khasiat semula jadi dari badan mama nya sendiri |
penyusuan susu ibu secara ekslusif ialah sejak bayi lahir sehinggan berusia 6 bulan. dalam tempoh itu bayi tidak diberi sebarang minuman lain termasuk lah air masak dan makanan bayi. sebaiknya penyusuan diteruskan sehingga bayi mencecah umur 2 tahun. perkenalkan makanan pejal mengikut peningkatan umur. susu ibu masih diteruskan sesuai mengikut keperluan pertumbuhan dan di tambah dengan nutrien dan khasiat dari makanan lain.
p/s : segala pendapat dan pengetahuan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri serta dari sumber pembacaan melainkan seperti di tulis.. segala kesilapan atau masalah berkaitan penulisan amat dikesali
tq for reading!
xoxo
No comments:
Post a Comment