me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 10 May 2011

kenapa ia masih bersama saya ?...

assalamualaikum..

dah hampir 2 tahun dah pun. tapi ia tetap setia dengan saya.. uhukksss nape la dia tak menghilangkan diri? boleh ke stretch mark hilang sendiri? o no can do!.. harus la empunya badan yang ber'stretch mark' usaha berhempas pulas sendiri :) lagi nak tanya2 padahal dah sah2 kau jugak yang jawab sendiri hihiihiihiihi


alkisahnya sepanjang saya mengandung 'semalam'.. saya alah kepada sebarang jenis sapuan terutama pada perut dan paha. sapuan terdiri dari sebarang krim, losyen, minyak sapu yang xpanas dan xterkecuali minyak bayi.. masa awal pregnant beria2 beli stretch mark lotion yang ada segala shea butter, cocoa butter last2 xpakai pun hahahahahahaha rugi je beli mahal2  
kalau sapu jugak, tunggu aje dalam >10min. pastu kat perut akan timbul bintik2 merah, dan rasa gatal tahap melampau.


sampai satu tahap bila kulit makin meregang dan kering sebab mama malas minum air tidur malam saya terganggu. gatal pada perut menjadi2. ada kawan yang pesan jangan garu, sehabis boleh saya elakkan dari menggaru tapi kalau dah tido tu tak tau lah macam mana hebatnya saya menggaru perut tu hihihihihihi

antara cara yang saya cuba ialah membasahkan bahagian perut yang gatal dengan harapan melegakan keradangan. tapi xlama pun hilang gatal tu, tak sampai 5min dah gatal2 lagi. kadang2 rasa merenyam2 sampai meremang bulu roma .. hah kau! tu tahap menahan gatal yang maximum la tu..


pernah gak saya amik botol air sejuk dan golek2 kan kat perut .. motif? entah.. saya blurrrrr bila gatal2 menjelma. habis idea dah kott


jalan penyelesaian terakhir, en gie bawa saya gi klinik pakar kulit kat sp. huhhuhuhuhuhuhu masa sampai kat sana, ngeri pulak tengok macam2 penyakit manusia yang saya rasa lebih teruk dan hebat dugaanNya. tersedar saya dengan dugaan yang xseberapa ni. baru diuji sikit saya dah nangis2 kat en gie malam2 hari ngadu perut gatal2 tak boleh tido ;) malu saya!

berbekalkan ubat sapu 2 jenis dan krim mandian alhamdulillah lega... saya dapat tido lena sepanjang proses kehamilan sampai la bila saya dapat tahu nak kena belah perut uhhhhh.. ehh memang tido lena je ke yang penting kat sini?


3 4 hari yang lepas saya gigih tanya en gie, ' abg, nampak sangat x yang putih2 ni? *read as selulit' en gie'x la sangat' huhuhuhuhu tipu la abang ni! tau la abg nak jaga hati bee tapi obvious sangat la ... :(
sambil bf sofia pun sempat saya tanya 'sayang, perut mama buruk ehh?' sofia, *what's happening?

entah kenapa dalam minggu ni tiba2 rasa susah hati sangat bila tengok perut sendiri. ligat berfikir nak pakai apa untuk setelkan masalah dalaman ni hihihihihi ada jugak a few product yang saya sempat tinjau2 on9 tapi tak pasti lagi la.. agaknya kalayu saya guna stretch mark lotion boleh ke tak? ke lotion tu hanya untuk elakkan stretch mark berlaku..berbanding dengan masalah saya yang dah memang berteman setia dengan stretch mark.. sila bagi pandangan, tqvm!


yang ni untuk orang yang tengah pregnant je ke? ....



dok tengok iklan femes sangat produk ni.. tapi agak mahal la
                  

ni lah yang en gie beli masa awal2 pregnant, tapi xluak pun :(



ada somebody suh saya guna yang ini.. nak kena google check harga dulu hehehehehehe


walau banyak dugaan sebelum, semasa dan selepas mengandung, saya tetap nak mengandung lagi.... pengalaman yang cukup indah :) dari minggu ke minggu perut makin besar, dapat rasa si dia bergerak. oh nikmatnya menjadi wanita!



itu aje cerita di tengah malam ni. hujan lebat diluar, alhamdulillah setelah seharian panas di kuantan




p/s : second junior ? ....

p/ss : harus di beritahu, di atas tu bukan gambar perut saya yea..


xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...