me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 19 May 2011

nursing strike ~ bila si bayi menolak penyusuan susu ibu ...

assalamualaikum..

terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai satu lagi topik yang berkait rapat dengan penyusuan susu ibu. iaitu nursing strike..? apakah?,..

nursing strike ialah satu keadaan bila si bayi menolak untuk menyusu susu ibu. 'a baby refuses to breastfeed'
ok, dapat x maksud nya? jangan risau teruskan membaca supaya kita sama2 faham dan seterusnya dapat mengelakkan masalah ini berlaku atau berulang :)

masalah ini berlaku bukan pada hari pertama bayi dilahirkan yang mana bayi masih baru dan sedang belajar menyusu dan tidak berjaya.. tidak tidak tidak.. no no no
nursing strike 'melanda' kepada bayi yang telah menyusu selama beberapa bulan dan tiba2 tanpa satu sebab yang anda sedar atau tahu, bayi menolak untuk menyusu susu ibu.


kebiasaan ibu akan mula membuat andaian ada yang tak kena dengan susu ibu atau bayi yang tidak selesa dengan posisi penyusuan. mungkin ya atau mungkin juga tidak.. terus membaca :)


terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan penolakan susu ibu atau nursing strike iaitu ..

  1. ear infection @ jangkitan dalam telinga. cuba perhatikan kalau2 bayi hanya mengiring pada sebelah sisi setiap masa. kemungkinan jangkitan pada telinga menyebabkan rasa sakit atau tekanan ketika menyusu
  2. mouth pain from teething or cold sore.
  3. stuffy nose
  4. anak yang lebih tua dan masih menyusu secara tidak sengaja menggigit payudara ibu menyebabkan puting luka dan si ibu menjerit kesakitan. si bayi akan menolak untuk menyusu apabila anda menjerit setiap kali si bayi menggigit puting payudara anda
  5. penggunaan botol susu dan pacifier boleh mendorong penolakan bayi kepada penyusuan susu ibu. daya hisapan pada puting botol susu berbeza dari puting payudara si ibu. susu dari botol yang sangat mudah mengalir menyebabkan bayi 'malas' berbeza apabila bayi menyusu susu ibu, mereka perlu menghisap dengan lebih 'kuat' untuk mengeluarkan susu. latihan menghisap ini juga bagus untuk membentuk rahang yang kuat .. bagus kan? kerana itu ibu tidak digalakkan mengguna botol susu dan puting kosong atau pacifier
  6. pengambilan ubat oleh ibu yang menyusu. ubat2 yang diambil sedikit sebanyak mengubah 'rasa' susu itu sendiri. penggunaan nipple cream juga mengganggu 'rasa' tersebut
  7. perubahan rutin penyusuan. bayi yang biasa menyusu terus dari payudara akan merasakan perbezaan apabila si ibu kembali bekerja. dimana pada waktu bekerja bayi disua susu ibu melalui botol atau lebih parah apabila ditukar kepada susu formula. perubahan ini menyebabkan bayi keliru. selain itu ibu yang berjauhan dari bayi dalam tempoh pendek juga mendorong bayi menolak susu ibu

sebelum anda mengambil sebarang keputusan untuk mencuba mana2 langkah, kenal pasti punca yang menyebabkan bayi tidak mahu menyusu susu ibu. nursing strike mungkin berlaku untuk 2 ke 5 hari atau lebih.. apa yang paling penting ialah bersabar dan terus memujuk bayi untuk menyusu susu ibu. kerapkan sentuhan kulit ke kulit seperti pesan kak sue hehehehehe supaya bayi 'kenal' dengan sentuhan dan bau ibu agar dia tahu kita si ibu always there to support them

jangan paksa bayi jika dia kembali menyusu tetapi dalam hanya sekejap. selagi dia menyusu apabila dia lapar, itu sudah mencukupi untuk langkah pertama ke arah kebaikan. bersabar dan teruskan penyusuan susu ibu. kebaikan yang terkandung dalam susu ibu terlalu banyak dan tak perlu diragui lagi ..




p/s : salam sayang buat semua yang menyusukan anak mereka dan kamu juga!


xoxo




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...