assalamualaikum ..
malam ni tergerak hati nak share beberapa tips supaya bayi atau kanak2 dan mungkin juga org dewasa agar mudah tidur.. tips untuk orang dewasa ikut kesesuaian lah yea :p
biasanya bayi baru lahir akan tidur selama 16 hingga 20 jam dalam sehari. dan hanya terjaga apabila sampai waktu makan :) tempoh masa tidur selalunya antara 4 hingga 5 jam bergantung kpd kemampuan bayi menahan lapar.
ingat .. setiap bayi adalah berbeza, yang penting ikut rutin biasa bayi masing2. tempoh masa mungkin kurang atau lebih bergantung juga kepada beberapa faktor
signal dari bayi ialah menangis setiap kali terjaga kerana lapar. itu cara mereka untuk 'memanggil' ibu atau pengasuh. solution nya ibu atau pengasuh akan bagi susu .. tapi macam mana pulak dengan bayi yang still nangis setelah di susukan? ha, ni bukan masalah x cukup susu yea..
masalah yg hampir setiap ibu pernah melalui ..
iaitu si kecil yang susah nak tidur :) selain kemungkinan lapar, ibu atau pengasuh kena pastikan bayi berada dalam keadaan yang seselesa yg mungkin. lampin basah, sejuk tidak sihat atau sakit antara checklist yg penting.
tapi kalau si bayi still nangis setelah semua dipastikan ok, mungkin boleh ikut tips kat bawah ni..
mandi ~ dgn air suam. biar baby berendam sekejap. selesai mandi, pakaikan baju tidur. ini akan jd satu signal pada baby iaitu 'time to bed ..' :)
sofia memang guna bedtime set dari j&j.. alhamdulillah berkesan :) berbual @ berborak @ bergossip ~ layan si kecil berbual-bual. suara ibu yang 'aman' dan damai serta dapat mententeramkan bayi boleh memberi keselesaan. penting! jangan berbual berlebihan.. membuat bayi ketawa xdigalakkan. silap2 baby xjadi tidur tidurkan bayi secara terlentang bagi mengelakkan SIDS ~ sindrom mati mengejut dodoi ~ dodoikan bayi sambil mengendong atau mendukung bayi mengikut keselesaan. ayunan perlahan yang tetap disamping nyanyian lagu pitching xlari secara perlahan sambil mengelilingi rumah boleh mendorong baby tidur lena pandai mama nyanyi.. dah ngantuk pun dia hihihihi ruang bilik tidur yang selesa ~ pastikan katil atau tempat tidur yang selamat, pasangkan penghadang jika perlu.. peredaran udara yang baik, udara keluar masuk dan tidak lembap esp kalau yang guna aircond macam kitorang..bilik ni memang xda kipas maka terpaksa la.. sebaiknya ruang tidak sempit jadi senang bagi si ibu bergerak ketika mendodoi si kecil. pilih lantai yang mudah dibersihkan, elak guna carpet sebab boleh 'menyimpan' habuk. last but not least pasangkan lampu tidur yang malap jadi baby senang faham 'ooo dah malam, so kena tidur..' hehehehehehe |
selamat mencuba! ehhehhh macam buat rancangan masak memasak pulak :)
xoxo
No comments:
Post a Comment