assalamualaikum ..
petang sabtu kami ke TC. mengambil angin petang asap rokok asap kereta + motor. sebenarnya jarak Tc dengan rumah kami tak la jauh mana. xsampai 5 minit pun. tapi oleh sebab manusia yang melaut setiap kali kami kesini, kami xberminat langsung nak turut serta. habis2 sangat pun pegi drive tru kfc kadang2 je dine in, dan drive tru ais krim mc'd.
memandangkan ayah yang beriya iya ajak keluar pastu tukar plan di saat akhir maka demi memujuk mama dan sofia yang dah siap bagai nak rak maka ke Tc lah kami bertiga akhirnya.
sambil berjalan, mencuci mata tengok kerenah manusia yang pelbagai, saya layan angin laut yang berselang seli dengan belon buih sabun.. huiii panjangnya nama hahahahaaha ala tak kan tak tau.. sekali sekala bagi nama indah baru la orang berminat nak tau 'apakebendalayangdiamerapuni...' hihihihihihihihi
punya ramai budak2 yang dok main belon sabun tu. ada yang gigih tiup xberenti, silap2 air sabun habis sebelum sampai rumah. ada gak yang guna 'gun'. yang tu biasanya guna bateri xpun kena klik macam pistol tu. macam2 benda alah ada. sampaikan masa kami sedap melayan sundae kon, belon sabun tu tetap sibuk nak lalu kat muka. haihhh, mengganggu ketenangan sungguh.
sofia pun kalut bagitau, 'mama bubble mama bubble' ye la nak, mama tau mama pun nampak... tapi sori la mama nak beli. yang ada kat rumah pun jenuh mama & ayah sorok sebab habis licin lantai rumah gara2 buih sabun tu. ayah kata bahaya takut nanti sofia jatuh. nak main kena tunggu main kat luar. tapi memanjang bila keluar tak ingat pun anak bawa benda tu sekali hihihihiihihihihi kesian sofia!
sambil layan sundae kon & mcflurry oreo, mata dok tengok merata. ada chinesse girl dok bagi sample libresse. ehh kat mama xmo bagi ke? :)
ayah jumpa kawan lama.. lama xjumpa lama pulak depa bersembang sampai sofia merajuk buat perangai duduk kat jalan. selamba sungguh kamu yea nak?..
ada jugak orang dok menjual souvenir kat tepi2 jalan tu. ada yang melukis potret RM15 saiz a4. ehh macam menarik. nanti nak ajak ayah gi buat la. tadi segan sebab rasa macam selekeh je ari ni :p
destinasi seterusnya ke tempat jual2 yang terletak belakang kedai makan sri warisan ke apa ntah
kat situ lebih banyak orang menjual tapi tempat macam kebelakang sangat so orang pun macam malas nak pi. senang cerita xramai orang. tapi xtau la kalau tadi jer xramai, ntah2 selama ni memang berlambak orang gi situ. kat sini ada jual tshirt, seluar, tudung, barangan hiasan dll
termasuklah satu lampu tidur yang menggunakan bahan buangan dari pokok kelapa jer.. tapi memang cantik dan menarik. kreatif sungguh.. en gie beli sesuatu yang memang dah lama dia dok cari. sofia dapat 'smart board' ala2 white board versi comel yang boleh ditulis menggunakan pen 'hikmat' pastu tolak satu benda bulat kat bawah sampai tepi untuk padam.. erm dapat bayangkan? :)
saya dapat shawl 1.. rm10. pilihan terhad kat sini. beli jugak sebab dah plan nak cari tudung. sekarang kan selalu naik motor merempit so sayang pulak nak pakai tudung yang ada awning tu. habis rosak nanti.
jalan terbaik pakai shawl aje la..
selesai mama & ayah berjalan sambil mendukung sofia sepanjang masa, ayah ajak mamam. destinasi terbaik kfc.. *kesian kamu, mc'd....
mama makan menu yang dibawah.. sosnya yummy! terbaekk..
cuma wedges nye aje yang hmmmmm taktaunakkata..
ayah pilih snack plate ..
sofia.. erm dia diet. ehehhh tak la saya xkejam okeh! :)
ayah beli chicky meal set nugget. dapat free toys mr bean :p
muka eksaited perut kenyang..ohh lupa, sofia pakai headband yang baru beli kat tempat jual2 tadi .. pink:)
sofia biggggggg hug dengan mama.. sabar aje la, muka mama nampak over besar macam over zoom pulak.. huhuhuhuhuhuhuhu
keseluruhannya hari ni seronok buat kami bertiga. lain kali kena kerap buat outing macam ni. lebih baik much much better dari asyik dok ulang pi ecm jer..
p/s : tapi kalau nak pi ecm jangan lupa ajak plak heheheheheehhe
p/ss : sofia dah tido.. ayah gi memancing :(
xoxo
No comments:
Post a Comment