me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday, 1 May 2011

emosi melambung~lambung .. mengajar saya erti 'dewasa'

assalamualaikum ..


dugaan datang dalam pelbagai cara. sama ada kita diuji dengan sakit, kesempitan wang dan masa, juga ujian dalam perhubungan.. ada masanya kita memohon sesuatu tapi xditunaikan.
sebaliknya kita diberi sesuatu yang lain kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba Nya


selemah-lemah manusia, saya hanya mampu menangis merintih kepadaNya. saya xnampak orang lain yang lebih sesuai dan 'dekat' dgn saya selain Dia. saya minta yang terbaik, kalau sekalipun apa yang saya minta xdimakbulkan. saya yakin kalau ketika ni, saya ditakdirkan masih disini, pasti ada yang lebih baik akan berlaku. mungkin keadaan di tempat lain xsesuai atau selamat buat kami sekeluarga.

itu salah satu contoh yang kadang kala kita 'tak nampak'. kita terlalu sedih dan kecewa sampaikan xdapat menerima ketetapan yang diatur pencipta. saya sendiri dalam proses muhasabah diri.


bukanlah saya terbaik, tapi apa salahnya kalau kita berkongsi pengalaman yang mungkin pada masa2 tertentu kita teringat apa yang lebih patut kita buat dari terus bersedih .. kan?


saya pernah ditimpa dugaan 'difitnah'.. berat dugaan ketika tu, tapi saya yakin saya menjadi mangsa kerana saya memilih untuk berdikari. masalah melibatkan keluarga sangat memeritkan. saya tak berpeluang menceritakan keadaan sebenar sebaliknya tiada siapa yang sudi bercakap dengan saya ketika itu. kesalahan diletak atas bahu saya seorang.

semua memilih untuk merasa marah dan kecewa.. saya menangis seorang diri membayangkan reaksi keluarga yang dalam perjalanan berjumpa saya. takut sekiranya saya xmampu menjelaskan keadaan sebenar, kecewa dengan mereka yang menghukum tanpa memberi ruang, sedih kerana tak menyangka ia melibatkan manusia yang saya kenal dan percaya..

alhamdulillah, masalah selesai dengan baik kerana saya di pihak yang betul dan tentu sekali Dia mendengar doa saya. dia bukakan jalan agar saya dipermudahkan memberi penjelasan.

saya memahami tindakan pihak tertentu yang marah dan memilih untuk tidak bercakap ketika itu adalah kerana rasa kecewa dan terkejut mendengar cerita fitnah yang disampaikan. lumrah apabila kita diberitahu sesuatu yang diluar jangkaan kita lebih mudah untuk melepaskan rasa marah tanpa terlebih dahulu menyiasat.

satu perkara yang saya kesalkan hingga kini, kenapa pihak 'itu' tak pernah memohon maaf..? jauh sekali datang bertanya keadaan sebenar.


emosi sama yang berlaku 6 tahun lepas datang lagi. tapi dalam keadaan yang sedikit berbeza. kami diuji dengan situasi seseorang yang tidak dapat dihubungi.

bimbang + takut dan curiga mungkin.. menyebabkan pelbagai reaksi timbul. mencetuskan rasa marah kepada mereka yang bimbang dengan keadaan sebenar. saya memilih untuk mencari melalui pelbagai sumber yang ada dan tidak membuat sebarang andaian.

bagi saya kerana andaian itulah saya ditimpa dengan keadaan bersalah kerana merisaukan ahli keluarga satu masa dulu.

alhamdulillah, masalah yang timbul kerana sedikit kecelaruan selesai juga. saya belum sempat bertanya sendiri apa yang berlaku namun saya yakin dia ada penjelasan. bertenanglah dulu dan jika bersedia saya ada disini untuk mendengar jika dia memerlukan seseorang..

air mata jatuh akhirnya bila saya mengingatkan 'seseorang' untuk bertenang dan tak menyalahkan si dia yang 'hilang'. saya ingatkan dia tentang keadaan yang berlaku pada saya dulu.. saya 'hilang' kerana demam dan xdatang bekerja. saya tiada hp untuk dihubungi dan saya dituduh sesuatu yang saya xkan mention disini. saya beritahu betapa saya tersepit ketika itu..

saya mahu dia tahu, betapa saya mengharapkan seseorang memahami saya ketika itu. dan itulah yang saya lakukan kini... memberi ruang dan masa kepada 'dia' yang hilang



di penghujung hari, saya mampu tersenyum semula bila melihat gambar dibawah.. saya tersenyum dengan mata yang sedia bengkak aka sembap

ehh bukan sebab nangis tau, tapi sebab rutin tido yang cukup hebat hahahahaha



saya, sofia dan tasha shilla di jom heboh kuantan pagi tadi.. mula minat dgn dia since sahara




 orangnya kecil sama comel dengan saya .. ehehhh jangan muntah dulu :)


p/s : hati berbunga bila teringat kata2 en gie tadi..

saya 'memang la sama tinggi je tapi dia lagi comeii.. bee mata sembap gile xcun langsung'
en gie 'ala tu pun sebab dia mekap'
saya 'ooo kalau bee mekap, bee lagi comel ehh?' okeh.. sekarang boleh muntah.. hahahaha
en gie ' ha, la..'

hahahahahaha nak jugak!

saya 'abang angguk  pi lah yea.. kalau tak nanti sentap bee kan? hahahahaha'
en gie *senyummmmmm






p/ss : dah beli pa&ma mei 2011 :p



xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...