assalamualaikum..
rata2 status di fb dan tajuk n3 di blog hari ni berkisar tentang cikgu, guru, teacher, sifu, mentor ehhh terlebih sudah hahahahahaha
jadi xpatut rasanya kalau saya xbuat n3 yang berkaitan. bukan selalu nak cerita tentang mereka2 ni.. setahun sekali jer. tahun depan belum tentu buat tajuk ni :p jangan marah naaaa cikgu2 sekalian peacee!
maka dengan ini saya secara rasminya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada mereka yang telah mendidik saya dengan penuh kesabaran dan ketekunan di
- tadika twinkle, taiping 1989
- sekolah kebangsaan taiping 1990 -1995
- sekolah agama rakyat taman emas kuning
- sek men doktor burhanuddin, taiping 1996
- sek men keb jalan bukit, kajang 1997-1998
- sek men vokasional ert rembau 1999-2000
- politeknik johor bahru 2001-2004
ha, yang last tu bukan cikgu dah.. pensyarah sebetulnya. belasah aje janji jasa mereka amat dihargai. *nape xde hari pensyarah? hihihihihihi
mohon dihalalkan segala ilmu, dimaafkan segala kenakalan (kalau ada :p ), diampunkan segala kesilapan dll
tak lupa juga hari istimewa ni penting buat ahli keluarga saya sebab ada 3 manusia yang xsabar tunggu anak murid bagi hadiah hari ni hehehehehe kesian ko yea cik ezzah, tunggu la 3 4 tahun lagi nanti dapat la hadiah :)
1st ~ kaklong aka ummi mengajar di kemasik dan belajar di oum .. good luck dear! usaha tanpa jemu :)
2nd ~ kak sha aka my SIL mengajar di merbok .. dugaan mengandung dan mengajar :)
with her 1st jr ~ |
xkira la sama ada mengajar atau belajar, keduanya memerlukan usaha dan ketekunan yang tinggi. pengorbanan dari segi tenaga, masa dan wang hanya terbayar setelah melalui kejayaan, insya Allah
mak dan abah kekuatan sepanjang hidup ~ |
tak lupa buat abah dan emak, permata hati saya dari sejak dilahirkan hingga kini, merekalah cikgu tetap saya yang banyak mengajar dan mengingatkan hukum dunia dan akhirat.. terima kasih buat mak dan abah :)
siapa pun kita hari ini adalah kerana hasil asuhan seorang manusia bergelar guru.. tapi kalau buruk pilihan kita hari ini, jangan salahkan guru sebaliknya itu berlaku kerana silap dalam memilih..
p/s: masa sekolah rendah selalu isi kat borang cita2 as guru atau pensyarah.. sekarang saya bahagia menjadi guru kepada pelajar tunggal nur raisa sofia :)
xoxo
No comments:
Post a Comment