me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday 10 February 2011

posisi penyusuan ~

salam...

hari ni nak kongsi pengetahuan tentang posisi penyusuan :) semoga dapat menjadi info berguna untuk kegunaan masa hadapan, insya Allah..

p/s: buat pembaca yang masih bujang aka anak dara, jangan risau ilmu ini berguna buat semua bila tiba masanya. menyusu lah kerana itu yang terbaik.. jangan menidakkan hak anak2 anda. ingat susu ibu adalah hak mutlak bagi seorang anak. berikan yang terbaik selain kasih sayang dan perhatian seorang ibu :)





1~  posisi dukung buai @ cradle hold

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2 ~ posisi dukung bersilang @ cross cradle hold

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang

3~  posisi mendakap @ fotball hold

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.



4~  posisi berbaring @ lying down

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.



pastikan :
1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari

2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu

3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut

4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu

5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok

 
* tambahan : bagi ibu yang menyusukan dua bayi serentak sama ada tandem nursing atau kembar,
 
~ posisi dukung buai berganda : dengan meletakkan kaki bayi yang kecil diatas saudara tuanya
 
~ posisi double fotball hold : bayi duduk di sisi badan ibu (seorang di kiri dan seorang di kanan)
 
 
 
sumber info : ikhsan gambar dari mr google dan majalah 'mami & baby' - tandem nursing~ menyusukan dua bayi serentak
 
mohon maaf kalau ada ayat2 yang kurang difahami hingga menimbulkan kekeliruan..
 
 
 
xoxo ~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...