me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday 12 February 2011

Day 12 ~ Your current relationship, if single discuss how single life is

assalamualaikum semua..

~ my current relationship, is married :).. so lets share some story of how married life is..
* english berterabur.. paham2 je la maksud ayat kat atas tu*


hidup berumah tangga adalah berbeza bagi setiap manusia. ada yang memulakannya dgn hati yang gembira berbunga2 dan ada jugak yang berduka lara. hmm biasa kita dengar ada perkahwinan bukan berlandaskan cinta, bahasa mudahnya ialah kerana pilihan orang tua, dipaksa atau terpaksa dan sebab2 lain yang xbest nak bincang kat sini..

opps lari tajuk sudah! hahahaha selalu macam tu kan? sabar2.. bukan apa ni, sambil2 menaip nak kena pupuk mood blogging. mana lagi dengan nak layan assistant kan sebelah ni. sekejap dia kacau si tikus, pastu nak cabut modem aduiiii dugaaannnn  ha ni pun salah satu cerita dan bezanya hidup berumahtangga.. nak buat apa pun kena dulukan anak dan suami. kalau x selagi tu x aman :)

sesuatu yang pasti life saya sejak berkahwin hingga ada anak dara seorang *waaaa anak dara? apakah?.....*sangat la busy .. sungguh! dari celik mata solat subuh yang selalu nak hujung2 waktu sampai la nak lelap. saya bukan merungut yea :) tapi itu kenyataannya. jadi yang bercadang2 nak kawin sangat sila pastikan anda bersedia dr segala aspek hihihihihihi

saya dan en gie bercinta dari 2005 dan bernikah pada 2008. masa bercinta2 dulu memang ada gaduh2 dan selalu gak protes2 hehehehe bila dah berkahwin kena banyak toleransi aka bertolak ansur la.. kenapa? senang jer jawapan saya. saya nak hidup lama disamping dia. perkahwinan bukan utk 2 ke 3 minggu jer. jadi kalau ada tersalah silap, maafkan aje. xpyh nak muncung lama2. x payah nak tunggu dapat bunga berkuntum2, coklat cadburry atau kasut baru  :p

lagi pun redha suami yang tentukan di mana kita 'nanti' ...

work plan atau time schedule kena bagus. korbankan masa tidur yang berlebih2. sediakan keperluan suami dan anak sebaiknya. kalau dah plan nak sediakan sarapan pagi untuk keluarga, pandai2 la bangun awal. jangan asyik bagi alasan 'ala, orang baru nak masak air.. abang dah nak pergi keje ke?..' simpan je ayat2 standard tu hahahahahaha walau sesibuk mana pun anda xkira lah sebagai suri rumah sepenuh masa atau ibu yang bekerjaya, persekitaran dalam dan luar rumah harus masih kelihatan seperti rumah bukan seperti tongkang pecah :p jangan biasa kan kain berlonggok xberbasuh atau berlipat. sebab tu kena pandai manage bila patut kemas rumah, bila nak masak, anak dah mandi ke belum.. huiii banyak nak kena fikir kan? yang penting, elakkan situasi suami pulang ketika rumah dalam keadaan tunggang langgang  *sigh*


semakin ramai orang baru yang perlu kita kenal, bertambah besar jugak bilangan ahli keluarga. perlu belajar hormat keluarga inlaw, walaupun mungkin cara didikan setiap keluarga berbeza kita mesti terima seadanya.


setiap keputusan perlu dibuat atas persetujuan bersama. sebab bila dah berkahwin, apa saja yang berlaku akan dikaitkan dengan pasangan dan mungkin juga tempias pada anak2.. jadi jaga nama baik dan maruah suami serta anak2 tersayang


kalau dulu kita suka ambil jalan mudah dengan tanggapan orang xkan marah sebab kita masih mentah. sesuai dengan perubahan status, kena belajar tangani masalah bersama2 dan bersedia dengan segala risiko yang mungkin berlaku.

berkahwin juga bermakna tanggung jawab bertambah. tunaikan kewajipan masing2. suami sebagai pembela keluarga dan pencari nafkah, isteri pula sebagai penyokong dan penyedia keperluan keluarga di rumah.


kesan positif setelah berubah status : saya masih dalam proses mengubah pembawaan diri agar sesuai dengan status isteri kpd en gie dan mama kpd sofia.

walau sesibuk atau sesukar mana kehidupan saya kini, saya sentiasa positif dan gembira. mood happy dan teruja sebab setiap hari kita belajar dan berlaku perkara baru..



mereka akan sentiasa menjadi buah hati saya (:  



lagi cerita lain di sini yea....


xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...