me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday 4 February 2011

Day 4 ~ My favourite photograph of my best friend

siapa best friend saya?,, perlukah saya meng'gogel' semata2 utk menyiapkan n3 ini? hihihihihih sedihnya saya!

secara jujurnya, saya tidak ada kawan rapat sejak saya berumah tangga. sebabnya adalah seketul dua atau mungkin tiga.. yang penting untuk diketahui, saya bukanlah jenis orang yang xbermasyarakat semata2 kerana sudah berkeluarga. tapi alasan saya lebih kepada :-

1~ jarak jauh.. psahabatan masih memerlukan kita untuk saling bertemu dalam 1 tempoh. walaupun terdapat pelbagai kecanggihan teknologi yang boleh diguna pakai untuk terus berhubung, namun tetap tidak sama apabila kita sama2 lepak di kedai sambil order air saje :), bertukar2 cerita yg anda dapat lihat reaksi nya secara 'direct' tanpa berlapik2 (kalau tru fb, blog, frenster kan blh berlakon suci jer walau dikutuk kawan2) jarang berhubung sedikit sebanyak menjarakkan persahabatan, jd anda tahu bahawa saya ada alasan mengapa xdpt berhubung dgn kawan2 saya :p

2~ kekangan waktu.. saya tidak bekerja tetapi urusan rumah yang tidak surut sedikit sebanyak tidak mengizinkan saya untuk duduk berjam2 berbalas komen di fb, saling menjawab mesej gossip di hp, meng'upload' dan bertukar pendapat mengenai setiap gambar yg ada. kalau adapun itu kerana, saya sudah pastikan anak lena tidur dan keadaan rumah tidak menyakitkan mata :D

atau dalam sesetengah kes (echehhhh ayat xhengat!), mereka bekerja dari 9am to 5 pm atau mungkin lama lagi. waktu yg ada pulang dari kerja, digunakan utk menjemput anak, membasuh, mengemas ala kadar dll. jadi saya sebagai kawan yg baik, xsampai hati mencuri waktu mereka yang sgt terhad dan berharga itu... baik kan saya? :)

3~ ................ macam dah lari tajuk.. kalau kita teruskan dgn isi n3 yg sepatutnya boleh?

saya pernah berangan.. kalau saya dapat memilih dikalangan selebriti, pastinya my bff is :-

wardina safiyyah ~ ibu beranak 3 yg berjaya menyusukan anak2nya secara ekslusif, bekerjaya dan sedang menyambung pelajaran.. saya mahu bff saya sehebat dia supaya saya juga terkesan dgn kejayaan dia. senang cerita xkan saya cuma nak tgk dia mencapai itu ini sedangkan saya hanya surirumah sepanjang masa..


ini wanita hebat yg berjaya menggerakkan hati saya utk bertekad menyusukan bayi saya secara ekslusif kerana itu yg terbaik.. tiada tolok bandingannya. ehh lupa nak kenalkan, dialah acik sue @ suraya lunatots. anda boleh jumpa dia disini
selain itu dia gigih mengajak sekaligus membantu ibu2 yg sentiasa mahukan yg terbaik utk anak mereka (seperti saya, sudah tentu! :) ) dia ada bisnes yang semakin berkembang, yang mana saya teringin menceburkan diri. saya mahu berjaya seperti mereka, tapi layakkah saya utk mendapatnya jika saya hanyalah diri saya yg sekarang.. huhuhuhuhuhu kena buat perubahan diri dulu ni :)


akhirnya, saya tetap gembira + bersyukur dan lega kerana mempunyai dia sebagai bff saya. dia terbaik dan terhebat.

sentiasa ada disisi saya, gelak bersama, menyapu air mata saya, membuat kejutan dengan tiba2 memeluk dan menghadiahkan ciuman untuk saya.. (suami saya sendiri kadang2 lupa utk kejutan itu hihihihihihihi)



dia lah best friend terbaik saya ~ nur raisa sofia .. semoga kami terus bahagia bersama :)


xoxo

day 1 to 30~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...