me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday 9 February 2011

perkembangan bahasa kanak~kanak

jom kenali tahap perkembangan anak2 anda. credit to majalah 'mami & baby' isu feb 2011 ~ muka depan melisa mauren dan inca


Lahir sehingga 3 bulan
~ beralih ke arah suara anda dan bunyi yang dikenali
~ mula meniru beberapa jenis bunyi


3 hingga 6 bulan
~ membebel dan meniru bunyi
~ melihat ke arah anda apabila anda sedang bercakap
~ bayi yang tidak memberikan reaksi terhadap bunyi atau meniru bunyi bermakna mereka mempunyai masalah pendengaran


6 hingga 9 bulan
~ semakin kuat membebel
~ memberikan reaksi terhadap ayat pertama mereka


9 hingga 12 bulan
~ perkataan seperti 'mama' akan memberikan lebih makna
~ cuba untuk meniru perkataan dan menggunakan gerak bahasa


12 hingga 18 bulan
~ menghasilkan ayat pertama
~ memahami arahan asas


sofia dah pandai bagitahu bila dia nak bf, 'ma, nak nenen', bila minta diangkat, 'ma, kung (dukung)..... 'ayah work' bila ditanya ayah pergi mana setiap pagi

dah boleh di harap untuk ambil towel sendiri ( kena letak di tempat yang sama setiap hari untuk mula2 ajar)
sebelum ni masa pakai disposable diapers, dia sendiri akan masukkan diapers yang dah diguna dalam plastik yang disangkut kat hand towel hanger dalam bilik air
setiap kali dia punggah bekas2 plastik dan tupperware saya akan ingatkan, ' ok, lepas main mesti simpan balik' .. dan ironinya, sesudah puas dia main masak2, dia sendiri akan 'susun' dalam kabinet semula dan lepaskan pintu kabinet kuat2 sambil buat gaya terkejut sebab bunyi pintu terhempas :)


18 hingga 24 bulan
~ perbendaharaan kata telah berkembang
~ menghasilkan ayat dengan menggunakan dua patah perkataan
~ tahu mengikut arahan


setiap anak2 perkembangannya mungkin tidak sama. ada yang cepat dan ada yang mengambil masa. sebagai contohnya, anak anda mungkin tidak boleh merangkak sedangkan bayi seusianya dah laju kemana2 tapi mungkin bayi anda sudah mula belajar duduk ketika itu..tapi jika anda rasa ragu2, jumpa lah doktor dan buat pemeriksaan...

 yang penting bagi masa kepada anak2 dan nikmati sepuasnya setiap hari membesar mereka. kerana peluang hanya sekali, sedar2 anak sibuk pilih nak masuk kolej mana satu :p



xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...