me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday 13 February 2011

Day 13 ~ A picture of your favourite band or artist

salam semuanya..,

saya xpernah spesifik minat pada mana2 artis. asalkan ada 1 2 lagu yang best, saya kan cari dan ambil tahu siapa penyanyinya. itu saja.. xsampai ke tahap saya turut serta dalam setiap program nyanyian dia atau mereka.

sejujurnya saya kini yang semakin hampir ke angka 30 mahu berubah.. saya mahu jadi matang dan beralih ke tahap wanita.. bukan lagi gadis remaja yang biasanya mahu mengambil tahu setiap perkembangan artis diminati. ketika masih gadis dulupun, saya xpernah kemana2 konsert, itu bukan saya.

minat pada artis atau mana2 band cukup bagi saya mengetahui nama penyanyinya. sekadar tahu dia orang kita atau luar negara. minat sampai ulang2 nyanyi lagu pun, saya xmampu hafal lagu mereka. asal tahu rentak dan liriknya kadang2 saya tukar ikut selera sendiri yang terlintas di kepala hihihihihihi ~ rosak lagu orang tu kan?

saya rasa kalau ditanya siapa artis yang saya suka, jawapannya mungkin yuna.. saya juga suka dengan lagu2 faizal tahir tapi bukan si empunya diri ~ xsesuai saya minat pada suami orang hahahahahahaha

yuna menarik minat saya kerana dia berhijab. saya suka tengok gayanya berhijab. jelas sekali hijab bukan halangan, tapi dalam bab seorang wanita menyanyi di khalayak ramai saya xmau comment..

lagu nya pun ada la 3 4 buah jer yang saya tahu dan ingat ketika ini. salah satunya 'dan sebenarnya', lagu yang memperkenalkan yuna kepada setiap lapisan manusia di malaysia. ~ diluar negara, wallahualam saya xpasti!

cinta sempurna, liriknya menyentuh hati saya .. terasa terbuai2 dan sampai sekarang saya masih cuba memahami maksud di sebalik setiap bait2 liriknya..,,

lagu2 lain.. gadis semasa ~ sebab saya dok ikut 'gadis semasa sunsilk' tv3.. selain tu, saya xtau apa lagi lagu yuna... maaf yea peminat2 yuna


so, inilah yuna ~ wink wink


xoxo

read more

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...