me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday 3 February 2011

Day 3 ~ My idea of perfect first date

kita mulakan n3 dengan gambar2 yang dirasakan bersesuaian yea.. mungkin boleh jadi panduan bagi yang nak berfirst date hihihihhiihihihi

 1~ dicadangkan anda membawa bunga :) i like! tapi xsemestinya sejambak yang mahal2 tu, memadai sekuntum bunga ros merah.. ohhh romantik nya anda yang menghadiahkan bunga. kalau sekalipun, xsuka bunga ros, boleh ganti dgn bunga2 lain asalkan jangan tersilap pilihan sebab, lain bunga lain maknanya. warna juga ada maksud tertentu.. buat research yea!

2~ untuk first date, seboleh2nya pastikan outfit anda simple, kemas, sopan & menarik.. cth kat atas tu yang saya rembat dari gogel, comellll kan? itulah maksud saya, simple kemas & menarik.. bagi yang bertudung, pastikan outfit anda bersesuaian. bertudung dgn blaus dan legging mungkin kurang sesuai. jeans, skirt labuh dll lbh baik :) terpulang pada anda

3~ bagi si jejaka, harus smart yea?... rambut xsemestinya pendek tapi mesti diurus baik. sesuaikan penampilan anda.. imagine seorang lelaki dgn tshirt berkedut beribu2, jeans lusuh yang koyak di hujung kaki seluar dan berselipar.. memang ada yang memilih utk tampil sesimple mungkin dan kononnya mahu jadi diri sendiri tapi kalau dah niat anda utk memikat hati seseorang, apa salahnya berpakaian kemas dan sekurang2nya memberi tanggapan pertama yang baik. insya Allah urusan anda lebih mudah selepas itu.. kan? tp xperlu tiru 100%spt diatas cuma saya nak tunjukkan contoh kekemasan.. terpulang pada cara anda menilai 'kemas'



4~ pastikan tempat makan sudah ditentukan awal2. kalau perlu tempahan, buat lebih awal. tempat yg menjadi tumpuan orang ramai atau dalam erti kata yang lain sentiasa penuh harus juga diambil kira. jika bajet anda tidak menjadi halangan, pilih lah tempat yang romantik yg tentu harganya agak mahal. menu juga mesti diambil tahu, jika dia vegetarian, jangan pulak dibawak makan di restoran2 seafood atau sushi. anda harus peka dengan keadaan pasangan. bagi yang masih belajar iaitu masih dalam tanggungan keluarga, xpayah mengada-ngada nak perabih duit ptptn atau elaun anda, kalau perlu pergi aje ke fast food. pilih makanan yang simple dan mudah dimakan hahahahaha kalau pasangan tanya 'kenapa kita makan kat mc'd je?' cepat2 jawab, 'i suka yg simple dan santai. makan pun rileks je xde nak cover2 dgn bunyi sudu dan garpu sebaliknya boleh spend masa untuk berbual panjang mengenali hati budi masing2...' confirm dia terharu dgn kesungguhan anda untuk meluangkan masa bersama sidia... :p

pesan saya, pastikan jangan ikut ketempat2 yang tidak sepatutnya yea adik2.. xperlu nak berdua2 di tempat yang kononnya 'privacy'.. anda faham kan? jaga diri sendiri kerana pada pertemuan pertama dia masih orang asing yang belum anda tahu niat di hatinya

jika hari ini dia kata 'saya sayang awak'.. berdoalah semoga dia masih ada disisi ketika anda beranak tiga dan potongan badan telah ke abjad L
jika dia bersungguh membuktikan betapa pentingnya anda dalam hidupnya hari ini, berharaplah semoga dia menghargai ketika anda berhempas pulas menyelesaikan rutin rumah tangga sambil mengelek anak disisi
jika hari ini dia sanggup berbuat apa saja utk membuktikan kesetiaannya, semoga bila anda keletihan menjaga bayi baru dia sudi bangun membancuh susu

jadilah siapa pun yang anda mahu kerana akhirnya anda tetap memerlukan teman sebagai pasangan sepanjang hidup



xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...