me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday 23 August 2011

kenapa nak kena rahsia?

assalamualaikum..

perlu ke rahsia antara suami dan isteri? kita bercakap soal rahsia isteri yang suami xtau. rahsia suami yang isteri xperlu tau.. xmelibatkan hal2 kisah silam yang mengaibkan. x, x, x,... kalau hal putus cinta berapa kali sebelum jumpa kita, kita bukan pilihan si dia dll tu semua perlukan masa dan penelitian yang panjang dan luas kalau nak dibahaskan.

hal pagi ni simple je.. pasal akaun fb, twitter atau blog pasangan masing2. perlu ke kita tau kalau2 si isteri ada akaun fb? si suami ada akaun twitter? salah seorang ada blog tempat meluah perasaan bila gaduh masam muka *jangan diamalkan..hehehehe

pada saya, hal macam ni xlayak dirahsiakan.. yea dengan penekanan di situ. xperlu berahsia! sebab hal ni ringan. ringan oleh kerana kita bersosial melaluinya. kita berhubung dengan orang luar. tu belum sentuh soal apa yang kita update di status fb, gossip apa yang kita dok canang di twitter dan cerita siapa kita kongsi di blog.


kita sentuh 3 medium yang popular ni dulu. melalui yang 3 jenis ni je pun macam2 perkara boleh berlaku. jadi perlu pada saya untuk kita ambil tau kalau2 si dia ada akaun fb yang berbeza2 penggunaannya. boleh faham maksud di situ? boleh kot no?

siapa yang dia add dalam akaun twitter nya..kena tau dan amik tau. mana la tau kalau melaluinya ada hubungan2 yang xsepatutnya berlaku. sebab manusia mudah hanyut. contoh mudah, kalau sepanjang hari dok saling berbalas comment di status atau gambar yang ditag, disambung dengan update setiap jam di twitter, xcukup rapat lagi ke hubungan tu? silap2 kita sebagai pasangan pun xtau se'detail' tu!


jadi apa motifnya nak berahsia bagai kalau memang ada akaun laman bersosial ni? bukan ke mudah sangat nak bagitau ' abang, saya dah buat akaun fb. nak add cari la nama ni...' 'yang, abang buat akaun twitter. dah pakai hp canggih2 kena la ikut perkembangan..' hah, susah ke?

tu belum cakap pasal password. ha, password pun berahsia kau! apa alasan kukuh kalau bukan dia xnak akaunnya di akses oleh pasangan nya sendiri. ada rahsia lain la tu.. xpayah tuduh, dah memang itu alasannya. kalau korang ada alasan lain, sila comment laju2. biar saya faham sebab2 kenapa kita perlu berahsia hal macam tu.

jadi tepuk dada tanya diri sendiri. kenapa perlu berahsia? bukan ke antara pasangan suami isteri tu perlu jelas segala2nya? masa bercinta nak kongsi semua perkara. menu makan tengah hari pun nak bagitau. tup2 bila dah kahwin, pasangan sms tanya 'dah makan tengah hari ke?' nak keluar minum petang baru nak reply. tu pun cukup bagus kalau dia respond. silap hb bagi alasan 'xdengar bunyi sms masuk' chisss... bunyi notification twitter dengar pulak! hadoiiii manusia manusia...



ingatan buat semua pasangan, jangan ada rahsia. lebih baik lagi kalau kita berkongsi segala cerita. sekurang2nya kalau jadi apa2 kat kita, xde la keluar statement 'saya xtau pun apa yang dia buat selama ni' 'saya xpernah tau dengan siapa dia berkawan' etc

bukak mata bukak hati.. fikir semula rasional nya kita berahsia. kena letak kesesuaian di tempatnya. jangan ambil mudah soal hati pasangan. xde lagi ayat 'awak hal awak. xpayah sibuk nak tau apa saya buat..' amboii jangan la macam tu. cuba ingat balik masa kita pening kepala, sapa yang tolong picit dan sua panadol. masa lenguh kaki pukul 2 3 pagi, sapa bangun cari minyak sapu kat betis sampai tersengguk2? masa kita lapar nak makan nasi kandar tengah2 malam, sapa yang gigih keluar mencari?

jom pakat2 fikir semula apa yang kita dah buat dan apa yang sepatutnya kita buat.. hargai orang di sekeliling



p/s : guna kemudahan yang ada sebaiknya untuk menjadi manusia yang lebih baik





xoxo


2 comments:

sal ya said...

tak ada rahsia. husben blh akses fb dgn blog sy anytime. fb sbb sy mmg x logout.blog sy gune google chrome. jdk dia display website mana yg selalu kita masuk kt muka dpn.

husben pn x pernah rajsiakan apa2. ex-gfs dia sy tau. dia cerita A-Z. hehehe...

ann aziz said...

anisalya : memang sepatutnya tiada rahsia antara suami isteri. blh elak masalah cemburu buta dll kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...