me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday 14 August 2011

marathon di bulan ramadhan ~

assalamualaikum ..


misi menyelesaikan beberapa tugasan.

ayat skema habis dah macam nak siapkan assigment masa belajar dulu. xpun siapkan task kerja sebelum boss masuk ofis :) ohhh rindunya nak sambung belajar.. rindu jugak nak terima gaji setiap hujung bulan *tiba2

jangan melalut jauh2. keinginan nak sambung belajar memang ada tapi masa xsesuai. biar saya tumpukan hal2 tertentu ni dulu. kalau berjaya mengurus dengan baik baru boleh berangan nak tambah lagi kerja baru iaitu belajar dan menyiapkan assignment sambil memasak dan mengemas rumah. selain tu kena pastikan anak xterbiar sorang diri depan tv hehehehehe


hari tu ada cerita pasal 1 perkara yang dapat diubah dari kebiasaan kan.. ha, bendanya xde la hebat mana pun. cuma saya berjaya cari baju raya lebih awal. percaya atau x, tugas membeli baju raya ni selalu kerja last minit. ala2 macam beli ais batu lagi 15min nak berbuka. cheeiii perumpamaan kalau xde kena mengena dengan berbuka xsah!

selalunya minggu terakhir berpuasa baru la berhempas pulas masuk keluar kedai cari baju berkenan di hati dengan harga mampu milik. dah sah2 orang lain dah rembat yang cun2. tinggal la apa yang ada je. lagi tension nak mencari bila dah berkenan dengan colour dan design tup2 xda size. hahahahahaha haru sungguh haih


misi pertama ialah kerja2 meng'alter' baju kebaya. dari size M ke S. kerja2 menjahit kain untuk kebaya akan diselesaikan oleh makcik saya jadi tunggu turn je untuk hatar kain :) nak alter baju bukan senang esp bila kita sendiri nak kena fitting dan kita jugak yang tanda nak buat itu ini. senang kata susah skit nak tengok kat mana yang xkena. kalau ada manequin sama saiz lain la..


misi kedua, memilih resepi biskut raya. target saya nak buat dalam 4 ke 5 jenis aje. dan xnak buat banyak2. sekadar cukup syarat nampak ada biskut dalam balang je hehehehe boleh ke camtu? xde la, maksud saya xnak berlebih2 nanti xabis. lagipun belum tentu hasil biskut saya tu superb macam yang dijual kat luar *bajet adik2 akan kesian bila baca ni dan bersunguh makan nak bagi habis hehehehehe


misi ketiga belum ada.. belum secara rasmi sebab nak selesaikan yang dua ni pun amik masa sebab nak kena amik mood pegang mesin jahit. lepas tu nak pegang tepung dan planta bagai.. semoga aura rajin seorang wanita kekal dalam diri :p


anda macam mana pulak? dah mula buat biskut raya? kalau yang bisnes kencang memang awal2 dah start kan? ni yang buat biskut raya untuk balang atas meja makan pagi raya dah beli tepung, marjerin dan telur? kalau belum mungkin boleh mula hari ni. hari cuti hujung minggu sesuai la nak tonggang terbalikkan isi  dapur dengan anak2. best wooo!


okla jaga diri, jaga mulut, jaga hati... jaga mata :)



xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...