me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 12 August 2011

beraya di perantauan ..

assalamualaikum..

bila tanya destinasi raya ada orang anggap isu sensitif, boleh buat laki bini perang dingin. berebut nak balik sambut raya pertama kat kampung masing2. hihiihihiihihi kalau xsampai tahap perang mulut pun mesti ada gak yang tersentap, kecik hati dan muncung sedepa sambil kemas kain baju balik rumah mertua.. kan?

lain orang maka lainlah ragamnya. ada yang xkisah langsung untuk dulukan rumah mertua setiap tahun. raya kedua atau ke3 baru jumpa adik beradik sendiri. kalau kampung jauh2 silap haribulan raya tahun depan baru dapat turn kita :p


raya tahun pertama sebagai isteri saya stay kat rumah mak sebab baru 5 hari berpantang. lega sebab xberebut nak ke mana2 tapi bosan nya toksah cerita la. sampai merayu2 ajak en suami keluar. last2 naik kereta pusing pekan kulim xsinggah mana2 pun jadi gak hahahaha

raya tahun kedua, saya excited nak bagi chance kat en suami. maka beraya lah kami di rumah mertua *ayah en suami. tapi silap percaturan. boring nya lebih2 lagi. sebab boleh pulak stay kat rumah melanguk depan tv. ingatkan dapat la jumpa sedara mara. en suami bosan maka kami ber3 anak beranak selamba beraya ke rumah makcik pakcik en suami. bila dioran tanya mana yang lain, en suami jawab 'ada kat rumah, dok tgk tv!' .. sabar je la


raya kedua sempat bersama keluarga dan sedara mara di kulim. lepas tu berangkat ke langkawi pulak. jenguk dan beraya di rumah mertua *mama en suami. kat sini dah memang sedia maklum xkan riuh rendah macam orang lain beraya sebab cuma ada mama je. kami beraya berempat makan ketupat yang mama buat :)

esoknya baru adik mama dari kl datang, bawa family bercuti + shopping @ langkawi di minggu raya. macam2 peel rupanya yea :D

tahun ni, kemungkinan besar akan sambut raya di langkawi. sebab dah lama sangat xkesana. setahun sekali je. en suami sibuk bekerja selain tu kalau dah pergi mana cukup cuti 2 hari. paling kurang 4 5 hari baru berbaloi. berbaloi nak shopping hehehe

raya kat mana pun xpe. saya ok je. asalkan ada peluang nak salam minta ampun dan maaf dengan ahli keluarga. sebenarnya bila2 pun boleh minta maaf tapi kalau time raya feel nya lain sikit. boleh syahdu2 huhuhu

kalau jadi beraya jauh kali ni, still boleh call mak abah dll. cuma takut nanti xboleh nak kata apa sebab sebak yang melampau hahahaha 

apa2 pun walau dimana destinasi kita beraya tahun ni, sambutlah dengan hati yang gembira dan bersyukur. dan jangan lupa berdoa semoga diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan tahun depan, insya Allah




xoxo

 :)


2 comments:

ainnoraini said...

tahun ni kak ain beraya kat perak ...kg en somi...

~ raihazi ~ said...

beraye di perak la kome yea? hehehehehe ehh betul ke ganti diri tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...