me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday 20 August 2011

minggu terakhir ramadhan : minggu sibuk beribadat @ sibuk persiapan raya? ~

assalamualaikum .. 

rata2 sibuk minggu ni. ada yang last minit shopping. gigih keluar masuk kedai cari tudung nak match warna baju. sampin anak dan suami untuk baju raya kelapan belum beli. almond london nak bawa balik kampung xcukup 2 balang, nak kena tambah nih....manik kat lengan baju xcukup, nak jahit sampai ke siku baru menyerlah. dll


perangai manusia, termasuk saya sendiri.. lebih excited nak sambut raya berbanding meraikan puasa. sedangkan orang lain berebut tambah pahala, beribadat xcukup tidur. tapi kita, puasa hari pertama dah plan nak buat rumah terbuka hari raya keberapa. tu belum kira baju kurung berbelas helai yang siap hantar tempah seawal 6 bulan yang lepas. konon xnak buat keja last minit tapi malam raya kau gigih shopping lagi 


sebagai teguran untuk diri sendiri yang leka ya amat.. xsedar umur makin pendek, harus kita kongsi tazkirah kelebihan 10 malam terakhir dalam ramadhan. mudah2an tergerakpintu hati ni nak bangun solat tahajjud malam nanti.  xpun baca 2 3 baris ayat Al quran . jadilah dari xda langsung kan? 




saya copy paste dari sini..

 
Di saat – saat akhir hari menunaikan puasa Ramadan kali ini. Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya. Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah:-

1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

3. Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4. Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).


nak mengharapkan bertemu malam lailatul qadar tapi malu dan segan dengan diri sendiri sebab amal ibadat banyak yang berlubang sana sini. kena banyak baiki kelemahan sendiri 


p/s : saya x buat kuih raya pun lagi.. ehhh nape yea?





wassalam.. no xoxo insaf sikit :)


1 comment:

Anonymous said...

how's life ? raihazi83.blogspot.com blogger found your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer google page rank seo guy backlinks seo backlinks Take care. Jay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...