me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday 27 August 2011

ramadhan + mercun = teman sejiwa

assalamualaikum ..

bila cakap pasal raya, kaitan paling sesuai mesti la budak2. xkira la puasa penuh atau tak, excited diorang boleh kalah excited wakil rakyat menang tanpa bertanding hihhihihihi *apa punya perbandingan ntah ..


senarai nama yang putus jari sebab mercun, xmau cerita la. tiap2 tahun masuk paper cerita yang sama tapi minggu pertama puasa tetap ada yang berlawan nak masuk carta. boleh senyum lebar sambil tunjuk tangan kudung, yb kawasan bergambar sama. happy sebab dapat duit raya dari yb ke? atau bangga dapat masuk paper muda2 lagi ..? nak tunjuk contoh sedasyat mana lagi kat budak2 ni baru diorang insaf dan xperabih duit kat penjual mercun dan bunga api? mai pikiaq sat.. bukan apa, takut nanti anak kita pun dok berguling meraung histeria mintak benda yang sama. haru haihhh...


pelik bila 'mereka2' tu gigih buat serbuan dan rampasan tapi benda2 ni still berlambak kat pasar malam dan bazar ramadhan. nak kata yang pegi bazar ramadhan tu xda sorang pun yang bekerja di sektor 'tu' macam xlogik la pulak.. betul tak?


semua orang boleh nampak kesan buruk benda2 macam ni jadi jangan la di ikut permintaan anak2 sangat. kalau kita terdorong untuk membeli, tu la bukti nyata yang anak2 dah berjaya mengawal kewibawaan kita sebagai ibu bapa dalam menentukan baik buruk setiap pilihan. xmalu ke kalau anak dah hilang jari, baru la kita tepuk dahi menyesal 'kenapa la aku pi beli benda ni.. kalau beli benda makan pun dah boleh dapat 2 3 menu iskhhhh...'



time tu sedara mara dan jiran pun malas nak kata apa. nak salahkan anak, diorang bukan tau apa sangat. nak berleter kat mak bapak silap hari bulan kita pun masuk hospital sama. hahahahahahaahaha paham2 lah yea :)



ramadhan dah hampir penghujungnya. mak bapak tolong pantau kegiatan anak. cuaca pun kerap hujan sepanjang hari. banyak kemungkinan buruk boleh terjadi. xmau la nanti kawan2 sibuk beraya, anak kita dok berselimut depan tv gara2 demam main hujan. kita nak berjalan sana sini pun xsedap hati.. kan?

minta maaf kalau ada yang kata saya salahkan mak bapak bila terjadi hal buruk kat anak2. x, x, x .. bukan macam tu..saya sekadar mengingatkan diri sendiri supaya lebih peka dan tegas dalam mendidik anak2 insya Allah. biar kita dikata mak bapak yang xsporting daripada terpaksa berulang alik hantar nasi kat hospital sambil termenung tengok tangan anak kudung sebelah




kawan2 riuh rendah kutip duit raya, awak duduk diam2 tunggu orang datang rumah yea ..


kita sentiasa nak yang terbaik untuk mereka, anak2 kita. biarlah kita beringat sebelum kena. x apa kalau diorang merajuk masam muka bila kita xbeli mercun meriah warna. xberdosa pun kalau kita kunci pintu sorok belakang pasu bila cuaca mendung awan berat angin kuat. jangan takut untuk tanya apa aktiviti diorang


kita sebagai mak bapak lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2. ambil masa untuk bertenang dan jangan terlalu ikut cakap anak yang ada masanya xsesuai dengan keadaan tertentu


selamat beraya sakan sambil jaga keselamatan :) renung2kan dan selamat bergembira






xoxo



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...