me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday 13 August 2011

tak sempurna tapi ada niat untuk menyempurnakan.. itu lebih baik

assalamualaikum ..

sebesar mana tanggung jawab seorang wanita terhadap orang di sekelilingnya? kalau bercakap soal tanggung jawab ni memang luas la maksudnya. boleh meliputi tugas2 wajib dan sampingan. dengan kerelaan atau paksa. n3 kali ni nak tanya pendapat pembaca tentang satu topik sensitif yang melibatkan akidah, hubungan rapat tapi selalu dipandang mudah.


SOLAT SOLAT SOLAT SOLAT SOLAT


adakah saya sebagai wanita akan diheret sama kalau gagal membuatkan mereka bangun bersolat subuh di pagi hari? berdosakah saya kalau membiarkan mereka terbaring menonton tv sehingga habis waktu zohor? dan bersalahkah saya kalau mendiamkan diri bila mereka turut sama membiar asar habis begitu saja..

dan apa yang patut saya rasa bila sesudah berbuka puasa, masing2 menambah ilmu dunia menonton berita sedangkan maghrib xtunggu sesiapa. dan perlukah saya berasa lega jika saya menyangka waktu isya' yang panjang membolehkan mereka bersolat bila2 saja. sekadar menyedapkan hati sendiri selain bersangka baik yang mereka tetap bersolat ,,..


tiada manusia yang sempurna. begitu juga kita yang cuba sebaik mungkin memaksima kan keperluan di sini dan di sana. soal duit belanja cukup atau tak masih agenda utama dalam sebuah keluarga, dan pada masa yang sama kita xnak terleka kalau xseorang pun bersolat dan berlagak selamba

saya bercakap tentang kekurangan diri sendiri. yang kadang cuba bangun walaupun sebelumnya sibuk tarik selimut nak sambung tidur semula. tapi xjadi bila teringat yang saya menarik kulit babi. hati rasa bersalah sangat2 tapi tetap peluk bantal dan cuba pejam mata. sibuk berjalan sini sana sampai zohor dan asar terlepas macam xda apa2 yang jadi. seronok mengusung barang di beli, lenguh dan letih xterasa. tapi kenapa nak curi masa 15 min cari surau, berwudhu' dan solat boleh kita buat xpeduli. rasa malas nak cuci bila dah mekap yang bajet hot habis. konon nanti leceh nak kena siap sekali lagi. adoiii pendeknya akal masa tu!


bila dah tua2 ni. teringat umur yang nak cecah angka 30+ baru la teringat betapa menyesalnya tinggal solat dulu2. mula la rasa xcukup masa nak qada' solat yang entah mampu atau x saya selesaikan.

takut yang amat sangat kalau anak2 ikut perangai buruk yang satu ni. teringat2 pesanan mak dan abah supaya jangan tinggal solat. kepala mengangguk tapi hati xterkesan apa2. seolah2 saya angguk untuk menyedapkan hati orang lain, meyakinkan mereka bahawa saya bersolat sedangkan hanya Dia yang tahu betapa nak cukupkan yang 5 tu pun jenuh berperang dengan rasa malas dan sifat bertangguh.

bila insan terdekat pergi mengadap Allah, saya rasa susah hati. terbayang macam mana keadaan saya pulak nanti. mati dalam aib ke.. atau ada keizinan Nya untuk saya merasa mati dalam iman.. sedih dan takut sentiasa ada. bila keinsafan datang, saya cuba kekalkan dan tanam biar sentiasa hidup rasa takut akan balasan Nya.

nama pun manusia.. ada masanya bila seronok dengan hal dunia, saya lupa semula. saya leka dan tinggalkan Dia. sedangkan bila susah dan sedih tanpa malu saya cari Dia. sombong sungguh saya.. kan?..


dibulan yang baik dan penuh rahmat ni, saya mohon supaya ditetapkan iman. jangan lah di balik2kan pendirian yang satu ni. dipermudahkan urusan beribadat dan diberi kekuatan berdepan dengan situasi dan manusia yang sengaja mengambil mudah


doa saya masih sama dan akan kekal sama supaya dapat terus beribadat dengan sebaik mungkin dan semoga dibukakan hati mereka2 insan terdekat supaya bangun bersolat.. insya Allah


Ya Allah, saya masih belajar mendisiplinkan diri supaya xlupa bersolat setiap hari dan besar harapan saya supaya xmenjadi isu bila saya mengingatkan orang lain untuk bersolat. saya ingin membetulkan diri sendiri dan dalam masa yang lama xnak mereka tenggelam..




semoga dipermudahkan..insya Allah :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...