me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday 21 August 2011

dah semakin ok ..

assalamualaikum..

dah 3 minggu umat islam berpuasa. awal2 bulan hari tu asyik mengadu letih, pedih perut dan pening sebab xmakan sepanjang siang. time tu nak suruh tolong basuh pinggan pun dah gaya macam suruh buat kerja buruh. hehehehe

punya berjela alasan dia bagi. letih la sebab makan nasi sikit je sahur tadi. penat la nak buat keja tengah2 hari ni nanti dahaga pulak.. dll

bangun sahur xsampai setengah jam tapi qada' waktu tidur dari selepas subuh sampai hujung zuhur. lagi lama tidur lagi letih badan kita sebenarnya. muka sembap, tekak kering, kepala pening dan boleh effect mood kita jugak



letih yea?... tq google :)

keadaan ni biasa semua orang pun pernah lalui. cuma bezanya berlanjutan sepanjang 1 bulan atau cuma minggu pertama je. bila dah biasa, rata2 kita dah xkisah walau hanya bersahur dengan air dan buah esp kurma. sebab perut dah cukup kuat tahan lapar. saya pun macam tu jugak. minggu awal bersahur saya pulun makan nasi sepinggan dan minum air bergelas2 sebab takut xdapat cover untuk susu sofia.

saya terbayangkan kalau susu terjejas bila kurang air dalam badan. atau extra letih sebab sofia suka berlama2 menyusu sampaikan saya kering tekak setiap kali selesai bf. Allah permudahkan urusan ibu2 yang bertekad memberi yang terbaik buat anaknya. walaupun ada masa saya terasa letih dan dahaga, saya  alihkan perhatian dengan berehat sekejap. berbaring 10 ke 15minit banyak membantu.

mandi pun boleh tolong recharge badan yang kurang tenaga. tapi jangan berendam lama2. nanti lain pulak jadinya. basahkan kepala untuk elakkan rasa pening. insya Allah berkesan

saya biasakan diri untuk selesaikan kerja2 rumah sebaik selesai bersahur. selepas solat subuh cuma tinggal kerja2 ringan macam sidai kain atau sapu sampah. jadi waktu tengah hari boleh duduk berehat sambil siapkan jahit manik kat baju sofia ehehhh.. :)

kadang2 badan kita ok je tapi sebab mind set yang salah sikit sebanyak memang mengganggu la. awal2 lagi dah terbayang iskhhh nanti sure letih lepas bf sofia.. atau kena makan banyak2 masa sahur kalau xnak terkelepek pukul 11am japgi hahahahaha saya bagi contoh diri sendiri

jadi selepas pengalaman yang mendewasakan *konon la.. maka saya cuba mempositifkan diri sendiri dengan melakukan semua perkara seserdehana mungkin. sahur wajib makan nasi dan minum air kosong. kurangkan menu yang manis2. dan saya elakkan makanan yang masam

kalau mampu makan buah setiap hari. kurma yang terbaik !..

n3 ni cuma nak share pengalaman saya berpuasa sambil menyusukan. dan jugak macam mana saya ubah mind set yang terlalu risau tentang kuantiti susu. yang penting bukan kuantiti tapi kualiti. maksudnya lebih baik susu yang seadanya tapi penuh dengan segala khasiat. anak pun sihat insya Allah


ok lah nak pi solat subuh. tangguh2 nanti terlena pulak. n3 xpublish, subuh ke laut. naya..!


p/s : sofia masih dalam proses penyembuhan selepas berubat kaedah islam @ syifa. semoga anak mama cepat baik dari gatal2 dan boleh beraya dengan selesa.. amin



xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...