me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 8 September 2011

semakin uzur .. doakan yang terbaik

assalamualaikum..

since 2 minggu terakhir ramadhan, maktok dah semakin uzur. dah xmampu menelan nasi, bubur nasi pun boleh buat dia tersedak teruk.

umurnya dah 80+ tahun. xda sebarang penyakit berbahaya. hanya sakit tua. sedih bila membayangkan bagaimana pulak nasib saya nanti..


mak sepenuh masa menjaga maktok. sebab tu saya selalu cakap mak memang sibuk 24:7. mujur kami anak2 nya dah besar jadi pandai2 uruskan atau ambil alih tanggungjawab hal rumah bila mak keletihan menjaga maktok.

asalnya maktok lumpuh sebelah badan beberapa tahun yang lalu. lepas dari tu dah boleh gerakkan tangan dan kaki since mak suruh maktok buat exercise sikit2. masa tu maktok dah boleh makan suap sendiri, boleh bersembang macam dulu. nak mandi atau ubah kedudukan pun cuma bantu serba sikit sebab maktok boleh gerakkan badan walaupun xsekuat mana



lepas tu makin uzur.. sekarang maktok xbercakap langsung. xpasti sama ada dia terlalu letih untuk bercakap atau sampai tahap dia dah xmampu bercakap. wallahualam

makanan harian hanya susu untuk warga tua yang kadang2 dicampur dengan oat untuk bagi kenyang lebih lama. tu pun tersedak jugak sampaikan mak saya fobia nak suap. takut makin menambah sakit pada maktok.


maktok ada 6 orang anak. arwah wan aka suami maktok dah meninggal lama dah. tugas menjaga maktok diambil alih sepenuhnya oleh mak atas sebab2 yang semua orang boleh agak.. mak xbekerja, jadi tugas tu macam dah tertulis buat mak. mak redha dan ikhlas menjaga maktok

cuma ada masanya kami sebagai anak2 sedikit terkilan bila xdapat nak spend masa dengan mak. cthnya bila kami plan nak berkumpul di rumah kaklong sambil bercuti, masalah utama mak ialah nak cari tempat untuk tinggalkan maktok sekejap. sampai satu tahap macam nak kena mintak tolong pada adik beradik mak yang lain.



alasan klise jauh, bekerja, isteri xnak jaga, termasuk la xsihat.. mak saya pun xsihat mana. lately dok mengadu sakit tangan lenguh segala urat2 sendi sebab dok mengangkat dan ubah maktok sorang2. saya akui saya fail bab tolong angkat2 sebab saiz badan xmengizinkan. pernah cuba nak alihkan maktok masa mak xda sudahnya xberubah2 pun kedudukan maktok :)


saya faham semua orang ada masalah masing2 tapi jangan la kita jadikan tu sebagai alasan. hanya sebab kita bekerja, kita xperlu amik giliran jaga mak kita sendiri. kalau mampu ikut cara berkemampuan, kalau x mampu usahakan untuk membantu dari segi lain.


saya berdoa semoga satu hari nanti saya xmudah lupa untuk mengenang jasa mak menjaga saya semasa berpantang. sakit pening saya, siapkan air mandian setiap hari dan masak lauk haruan yang sedapppp amat.. harapan saya semoga saya ingat semua tu. dan berusaha menjaga mak bila sampai masanya.





maktok yang cengkung dan semakin kurus.. rindu maktok masa sihat dulu2






maaf kalau apa yang saya tuliskan disini menyentuh hati mana2 pihak. saya sekadar meluahkan rasa hati. kesian melihat maktok yang terlantar sepi. mak yang letih dan belum sihat sepenuhnya.. saya mohon maaf sekali lagi




dua keping gambar hasil tangan sofia.. sofia panggil maktok as nenek



p/s : raya tahun ni semua anak2 maktok sudi ke rumah mak menjenguk maktok. alhamdulillah dan terima kasih semuanya




xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...