me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday 10 September 2011

rombongan menghantar cikgu ke sekolah ~

assalamualaikum ..


perjalanan kami bermula jam 11.30 pagi menuju ke ipoh. lokasi yang lebih tepat 'ipgm ipoh'. apa tu? ha, pandai2 la teka, klu kena baca bagi abih dulu heheheehehehhehe
achik aka adik kedua bongsu saya dah bercuti 4bulan lebih. punya la panjang semester break depa. kalau saya yang cuti lama2 macam tu silap haribulan lagi malas nak pi kelas lagi. nak buat walimatul urus pun lebih dari sempat tu :p 2 3 hari yang lepas dah bawa dia beli segala keperluan. cuti lama sangat sampai banyak barang yg terpaksa beli semula. yang lama dah merata perginya.

dia merungut jugak duit keluar laju macam air. ehh air ok lagi sebab bila2 masa boleh tutup paip so berhentilah mengalir lah dia. duit depends pada manusia yang menguruskan. kalau xda perancangan memang lingkup la jadinya 

renung2kan dan selamat beramal :D


en suami as driver menggantikan abah yang masih sakit pinggang. sempat kami suruh abah pakai 'panaflex' ehh betul ke tak ejaan tu entah. abah kata sejuk je rasa tampalan tu. baru 2 kali tampal malam tadi dan pagi ni, dah banyak lega katanya, alhamdulillah :)


sofia berpokok kelapa kurang pelepah :)


mak kena tinggal sebab jaga maktok. sofia, dari semalam saya dah pesan suruh bangun awal kalau nak ikut. hahahahahahaha padahal kalau bangun macam biasa pun memang sempat. bangun maca biasa pada sofia ialah lebih kurang pukul 9.30 pagi keatas. sebab biasanya lepas subuh dia akan bangun menyusu, jadi sambung tido selepas perut kenyang memang nikmat terbaik kan?





1st time berseluar jeans. ayah sempat beli semalam masa keluar beli kasut sukan achik ..


cerita pasal kasut sukan mungkin boleh jadi bahan supaya beringat selalu 'sila pastikan semua barang yang dibeli di bawa balik bersama' hahahahahahahahahaha

alkisahnya kami singgah kedai kasut yang nama panjangnya 'buy and throw away' menurut adik bujang saya aka pak uda.


selesai sofia yang turut mencuba kasut besar gedabak dan achik yang super cerewet memilih *cerewet sebab rasanya entah kedai keberapa dah kami masuk tapi xda langsung yang dia berkenan.. kami pun menuju ke pasar raya yang xberapa besar berkawan baik dengan nobita serta doraemon.


niatnya nak beli keperluan dapur yang dipesan mak. maka kena la tinggalkan plastik kasut dan seluar jeans sofia kat kaunter kanan sebelum masuk.

dah macam2 yang diangkut dan di bayar, kami terus keluar ikut pintu keluar *yea la ikut mana lagi.. yang mana jarak pintu masuk dengan pintu keluar adalah lebih kurang 6 ke 7 buah kedai. selamba laju je kami turun melalui tangga bergerak sendiri :) dan menuju ke parking kereta di tingkat bawah


sampai kat rumah, dah pukul 10malam camtu, baru sedar ada yang kurang. tu pun achik yang tanya 'ehh dah habis semua barang bawak keluar eh?' saya 'yea la..' achik ' ala kaklang, mana beg plastik b**a?' saya ' ha'aaaa la.. tertinggal kat pintu masuk g***t!'

gigih achik dail nombor yang ada pada kad no kaunter tu tapi sah2 xda sapa nak jawab. semua dah balik! last2 pagi ni baru gi amik. selamat semuanya.. seronok sangat shopping sampai terlupa iskhhhh :)



pagi ni sebelum bertolak. sofia yang amik gambar ni .. 




perjalanan balik dari ipoh, kami singgah kampung abah di parit tok ngah, parit buntar. jumpa adik ipar abah iaitu maknjang. dapatla sofia jumpa anak sepupu saya si adib muhaimin. semangat sungguh badannya. padahal baru 8 bulan. last timbang 2 bulan lepas dah 7kg..




sofia snap gambar ni .. adib, mamanya sepupu saya dan maknjang mak sedara saya ..

sofia jugak yang snap .. hmmm chubby kan si adib ni?


singgah merata akhirnya sampai rumah pun rasa nak terus peluk bantal .. hahahahahaha elok sampai je family kakak ipar saya pun ada. diorang hantar kak sha yang dah minggu ke 39 mengandung.

insya Allah akan bersalin di kulim :) kak sha akan stay kat sini sebab uminya dah xda jadi boleh la mak tolong tengok2kan. selain tu angah masih kerja kat sungai buloh. haris pun kecik sangat lagi, baru setahun 10 bulan dah nak dapat geng baru. seronok la dia ada kawan nak bermain nanti :)





apa2pun hari ni memang padat dan sangat la menarik kalau dapat menarik selimut dan beradu sekarang hihihihihiiihii tapi en suami dah pesan awal2 suruh mandi dulu walaupun setelah saya request kalau mandi esok pagi je boleh gak kan?...


tu aje, insya Allah esok nak post pasal ahli keluarga baru angah yang di tunggu2..




xoxo

4 comments:

ezzah aziz said...

lain ms dtg jln2 kt ipoh taw! :D

sal ya said...

sofia bangun lambat eh?
my kids stok bangun awal. bangun lambat kalau dia orang tengok maknya bangun lambat dengan tingkap tertutup. once buka cepat la jaganya.

ann aziz said...

anisalya : sofia biasanya tidur pukul 10.30pm keatas. tu yg liat nak bgn awal hihihihii

ann aziz said...

ezzah : insya Allah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...