assalamualaikum ..
bila tengok orang mengandung, tiba2 teringin nak mengandung jugak hahahahahahaa terbayang rasa seronok dan excited tengok perut membesar dari minggu ke minggu.
tu belum lagi kira peluang terhebat dapat sebut apa saja menu makanan yang terlintas di kepala tanpa rasa bersalah. dah nama mengandung, memang heaven la kalau baru cakap 'best nya dapat makan char keow teow panas2' tup2 malam tu en suami suruh siap nak makan kat luar hihihihihhihihihihii
dapat baru baru bila perut makin memboooolat :) masa 1st pregnant je la. 2nd nanti kena ulang tayang baju lama je la kot. tu pun kalau saiz perut masih cumell seperti dulu. kalau extra besar, harus la en suami beli baju baru kan bang? baju mengandung koleksi saya xbanyak mana pun.
sebab xbekerja jadi cukup sekadar beberapa helai jubah dan blaus yang saya rotate sampai rasa ehh dah patut tukar saiz nih.. sebab xselesa orang tengok perut yang sangat bulat bila baju sangaatttt fit. lagipun xmanis jugak kalau pakai baju yang super cutting bila pregnant ni. tiba2 nampak perut terjojol camtu. selain batas berpakaian, kesian kat tumbesaran perut yang xselesa ehhhh pandai2 je ntah betul ke tak hahahahahahahaha
bermula setiap sekali satu bulan sampai ke setiap minggu punya routine check up. setiap kali ke klinik bermakna satu pengalaman terbaru. panjang dan berat baby yang bertambah. boleh dengar bunyi neves jantung baby bila cik misi gigih nak pastikan semuanya ok. kalau dapat rasa baby bergerak aktif toksah cerita la. rata2 gembira habis. sibuk suruh semua orang rasa sama hahahahahaah saya la tu :p
alhamdulillah kemajuan hari ni menguntungkan mereka yang berkemampuan. maksud saya, makin ramai yang mampu buat scan cangih2. segala 3d, 4d.. siap ada cd boleh tengok beramai2 di rumah. ada yang siap buat buku yang ada gambar scan baby untuk setiap minggu akhir ..
bagi yang kurang mampu, kat hospital dan klinik ibu dan anak sekarang pun ada perkhidmatan ni juga. jangan bimbang jangan sedih hehehehehe habis sangat bayar seringgit je.. dapat jugak tengok baby dalam perut tu. cuma mungkin xsedetail di klinik swasta yang terlebih rajin snap setiap sudut muka. siap ada yang menguap,isap jari, buka mata dll.
tujuan scan pun cuma untuk mengesan perkembangan baby agar membesar jadi sihat dan kuat ehhh macam tagline milo pulak!
keterujaan untuk meneka jantina baby memang meriah. pastu boleh buat senarai nama yang hebat2. bukan setakat mak bapak je yang gigih selak buku nama2 islam, adik beradik yang lain pun turut sama meng'google' nama2 unik dan femes amos
tapi jangan lupa pastikan nama anak membawa maksud yang baik2 dalam islam. jangan kerana terlalu nak popular, kita memanggil yang bukan2 pada si kecil.. peringatan buat diri sendiri insya Allah
walau kali keberapa sekalipun anda mengandung. sama ada yang sebelum ni berjaya atau tidak, berusahalah untuk menerima khabar baru ni dengan hati yang lapang dan penuh syukur. jangan terlalu stress memikirkan segala keperluan baby seawal 5 6 minggu pertama mengandung. lalui setiap hari dengan keterujaan mengetahui ada nyawa yang berharga dibawa ke sana sini.
bersembang dengan baby memang seronok. selalu lah ber'pesan' pasa si kecil di dalam supaya kuat dan membantu memudahakan kita masa bersalin nanti. memang segalanya ditentukan Dia. tapi kalau setiap hari kita berpositif dan memikirkan yang indah2 maka sedikit sebanyak hasilnya juga indah dan terbaik.. doakan setiap hari supaya baby yang bakal lahir sihat dan selamat. menjadi penyambung zuriat yang beramal soleh dan membahagiakan kedua ibu bapa dll
p/s : nak tanya pendapat anda, bila masa yang sesuai untuk merancang si second junior? tiba2 rasa nak juga .. hihihihihihihihihihihi shhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
keluarga angah aidilfitri 2011. kak sha kini 39 minggu.. semoga semuanya dipermudahkan insya Allah :) |
xoxo
:)
No comments:
Post a Comment