assalamualaikum ..
cerita sedih raya kami tahun ni boleh kalah sinetron yang dah masuk 2 bulan belum habis tayangan.
mengurangkan sedih dan rasa kecewa kami 3 beranak selamba ke taman permainan. walaupun segan sebab elok sampai amoi yang berjogging curi2 pandang.
mungkin dalam hati dia terfikir 'xrasa nak balik kampung jumpa adik beradik, makcik pakcik semua ke?...' tapi kitorang gigih cuba main semua alatan senaman yang ada. sambil mata dok tengok pemandangan indah di jalan raya yang jammed. indahnya sebab kami x terlibat sama hahahahahaha kejam ke?
anak2 bujang bersemangat berbaju melayu di petang hari sambil bawa moto laju2. motif? gumbira lepas beraya rumah bakal mertua kot..
anak2 dara gigih betulkan shawl lilit leher sambil keluar masuk simpang cari rumah xjumpa.
budak2 kecik habis semua rumah diterjah xkira kenal atau x. janji duit raya bertambah dan boleh buat modal nak jeleskan adik beradik yang lain kat rumah.
si comel yang setia temankan mama dan ayah yang sedih 'x dapat beraya' ... huhuhuhuhuhu |
tidak berbaju kurung demi menjaga rupa bentuk asal baju tersebut hihihihihihihi |
dua beranak gigih buat sit up. padahal baru makan lemak 1/4 batang dan biskut2 je |
No comments:
Post a Comment