dah lama saya baca satu luahan cerita wardina safiyyah tentang anak daranya yang baru berumur 9 tahun kalau xsilap tapi dah boleh diharap dalam bab solat. maksud saya si kecik tu tahu untuk meninggalkan urusan lain demi solat.
xperlu disuruh berkali2. mungkin perlu di ingatkan aje sekali sekala. maklum la anak2 kadang2 leka jugak kalau dah menonton tv atau bermain...
terkedu sekejap bila baca kegembiraan wardina dengan anak yang membesar solehah. dalam hati saya terfikir kalau2 saya juga mampu berkongsi 'rasa' tu satu hari nanti.
besar harapan saya pada anak / anak2.. nak tengok diorang jadi yang terbaik dalam agama, keluarga dan masyarakat. tapi bila tengok pada diri sendiri, saya susah hati.. banyak kurangnya saya.
kalau sebelum ni setiap tahun baru bermula saya sibuk menyenaraikan impian2 duniawi untuk saya capai. nak gadget itu ini supaya sama standard dengan kemajuan orang lain. nak aksesori itu ini dengan harapan saya yakin dan gembira. tapi....
bila kita banyak membaca, banyak ilmu baru yang kita tambah. belajar dari nasihat dan ingatan orang lain. 'bercampur' dengan orang yang baik, maka sedikit sebanyak aura 'baik' tu tempias juga. itu doa saya!
membaca betapa wardina ingin lihat orang islam berubah dan bertambah baik, buat saya terfikir apalah yang kita dapat dengan bersusah payah mengajak orang ke satu arah yang kita tau susah dapat sambutan.
yea, kalau setakat itu otak kita berfikir maka setakat tu je lah yang kita boleh nampak. tapi kalau kita ingatkan semula bahawa kita ada tempat yang kekal selamanya di sana, baru kita jelas kenapa ada manusia yg sanggup berusaha menyeru orang sekelilingnya ke arah kebaikan.
demi pahala dan tempat yang selesa disana....
wardina selalu kongsikan betapa banyak ilmu yang bertambah dengan menyertai usrah. jiwanya tenang dan gembira. berkongsi ilmu dengan kawan2 yang positif.
bila saya fikirkan untuk berubah, banyak pulak 'halangan' yang saya senaraikan..
jalan terbaik buat masa ni ialah betulkan solat.. solat lah yang menentukan segala penghujung setiap tindakan kita. kalau kita baik dengan semua orang, hormat dan saling membantu tapi kita xsolat. pahalanya xsama kan? bersusah payah kita kerja siang malam cari duit nak bagi kesenangan pada keluarga dan diri sendiri tapi berkatnya berbeza kalau kita xlupa pada Dia..
doa saya supaya semuanya istiqamah. jangan dibalik2kan hati saya. saya berkongsi disini bukan untuk memberitahu betapa bagusnya saya kerana mengaku kesilapan diri sendiri atau baiknya saya kerana berani menasihati.
xda istilah superworman kata wardina.. semua ibu normal untuk tertekan dan kecewa sekali sekala |
tapi saya menulis disini sebagai reminder untuk diri sendiri kalau2 satu hari nanti saya membacanya semula dan baru tersedar yang saya masih belum berubah. sekurang2nya masih ada peluang dan ruang ....dah lama dah tergerak hati, memang nak kena ubah kali ni..
p/s: rindu nak tengok wardina di mhi :)
xoxo
2 comments:
keinginan kita semua sama. nak anak2 tu tak tgglkan solat dan solehah la hendaknya.
anisalya : insya Allah semuanya bermula dgn kita, mak bapak diorg
Post a Comment