me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 14 December 2011

hari kedua yang serba xkena ..

assalamualaikum ....

kebiasaan kita bangun pagi check hp dulu. tutup alarm yang dah snooze kali kelima mungkin. pastu tengok kalau ada message yang masuk lewat malam tadi atau awal pagi mak dah misscall kejut bangun subuh hehehehehe

selesai tu baru boleh bangun meneruskan hidup, punya la berkuasanya hp dalam hidup manusia..

tu belum lagi hp yang serba 'bijak' ada connection terus ke email, fb, twitter dan sebagainya. lagi la lama mengadap hp pagi2 buta tu. mata pun xbukak sepenuhnya, sambil telan air liur basi tangan laju je reply apa yg patut. habis bergossip di twitter, post ucapan birthday kat wall kawan2 seramai ribu riban baru boleh bangun tolak selimut ke tepi.


situasi biasa masa sekarang, sambil berbaris tunggu giliran toilet pun kita masih sempat membelek hp apalagi tunggu no giliran kat kaunter bank atau tunggu pesanan makanan sampai. tengok je kat mana2 kedai makan, dah xda bising2 bercakap sambil mulut penuh sebaliknya si kecik sibuk lastik angry bird di tablet, mama busy ber bbm, si ayah leka on9 cari gadget murah di mudah.my

biasa sangat si tukang amik pesanan tunggu lama sebab bila sampai meja tanya order, masing2 baru nak cari kad menu xpun tertinjau2 tengok senarai menu kat dinding hehehehehehehe same to me. kerana gadget yang makin senang kita miliki, sedikit sebanyak mengubah cara hidup kita


tujuan gadget ni di cipta xlain xbukan sebab nak bantu menudahkan urusan kita setiap hari. tapi bila dah terlalu leka atau istilah sekarang 'addicted', memang banyak menggangu urusan hidup orang lain atau kita sendiri.

contoh paling mudah, sedang kita bersesak duduk dalam train lrt, hp si dia kat sebelah xberenti berbunyi. sekejap2 sms masuk, notification email la, bla bla bla. tu belum jumpa yg jenis jawab call dengan suara yg super kuat. entah kat mana la partner dia tu duduk sampai kena jerit2 camtu. setiap patah kata jelas gila boleh dengar cuma paham ke x je. ....

kadang2 rasa bersalah pun ada bila keluar makan bertiga, elok duduk je saya dan en suami laju je keluarkan hp. check in foursquare la, fb la, baca email pun sempat. tapi si kecik kami sofia main sorang2.. bertanya itu ini yang jawapan diterima hanya ' aah... tunggu jap nanti mama tengok... bla bla bla...' bertambah parah bila tanpa sedar demi nak kurangkan rasa bersalah tu saya atau en suami hulur ipod untuk dia. sudahnya masa makan kami senyap sunyi sebab masing2 sibuk membelek gadget di tangan.



bila tiba2 kami diuji dengan ujian yang sangat simple, baru la masing2 tersedar kat mana silapnya kita sebagai mak bapak yang sepatutnya control penggunaan gadget ni jangan sampai menjarakkan hubungan keluarga. bulan lepas skrin hp en suami retak tiba2. kecewa jugak mulanya sebab belum sampai setahun pakai dah nak kena ganti yang lain. 2 3 hari lepas pulak hp saya terjatuh dalam longkang. sepantas kilat bukak hp dan keringkan dengan harapan hp tu selamat. lepas setengah jam en suami on hp saya, dah ada wap air di skrin. malamya skrin hp bertambah bengong...dan terus gelap gelita. sama gelap dengan tempat parking sebelah kedai makan.


bye2 ... 3 tahun kita bersama. tq!           





lama saya dengan hp yang xsecanggih blackberry kegilaan sekarang. berkali2 jauh beza dengan kehebatan smart phone.. tapi sayang sungguh rasanya bila terpaksa keluarkan sim card dan tranfer ke modem broadband. alkisahnya broadband hp maih aktif, klu xguna rugi la kan.... instanet awak rehat sekejap yea..

mujur memory card ok lagi.. banyak gambar dan video sofia. xdapat nk bayangkan kalau memory card pun xberfungsi huhuhuhuhuhuhu


maka hari ni di hari kedua tanpa hp, saya masih boleh bertahan walaupun serba xkena rasanya hahahahaha dah xda hp ni masa ni jugak la tiba2 rindu nak call mak, gian nak whats app dengan fami n faezzah :p



p/s : misi mengumpul duit bermula ...
:D




xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...