assalamualaikum semua..
nak berkongsi pengalaman sendiri yang baru je terjadi minggu lepas. rasanya semua orang biasa melalui keadaan yang sama : sedang sedap makan di restoran terbuka atau tempat awam tiba2 kabus tebal lalu depan muka.. haaa asap rokok la tu..
bertambah sakit hati bila orang yang dok perasap tu boleh nampak dan patut nampak yang kat kawasan tu ada budak kecik. huhuhuhuh angin mama jadinya!
...
macam tu la yang jadi masa kami sekeluarga tengah makan kat fast food atuk janggut tc. memang sedia maklum kat tc tiap2 malam memang ramai orang. tapi sebab itu je yang paling dekat dengan rumah xsampai 5min jadi tuju ke situ aje la .. plus en gie dah lapar sangat katanya
kami amik seat kat luar iaitu kawasan meja luar restoran yang terbuka. xda aircond hanya angin laut kuat bertiup. kebetulan kat dalam agak crowded. antara lain yang memilih duduk di luar ialah kaum ibu bapa sebab temankan anak2 main playground sebelah tu. xkesah la walaupun agak bingit dengan jerit pekik budak2 janji kami selesa makan di meja sendiri.
xsampai 10min, ada la budak2 remaja lelaki lebih kurang 6 7 orang duduk meja sebelah.. sangka saya xpe lah, tengok cara budak2 baik je.
tapi xlama pun.. elok diorang selesai makan sorang demi sorang pakat perasap rokok.. adoiii saya yang tengah makan sambil suap sofia dah mula susah hati. rasa pening tiba2.. yea saya sekarang memang xtahan dengan bau rokok walaupun saya akui en gie pun hisap rokok. tapi satu hal yang saya boleh terima ialah en gie xhisap depan kami anak beranak. erti kata yang lain kalau dia merokok dia akan ke tempat lain. kalau kat rumah dia akan duduk di balkoni dan sliding door bertutup ...
en gie merungut bila asap rokok kaw2 kena ke arah muka sofia. saya masa tu diam lagi.. dalam hati saya doa moga2 en gie akan berhenti hisap rokok sebab terkesan dengan perangai orang lain yang xsensitif..
saya pandang ke arah budak2 tu. xda respon. masing2 leka makan, merokok dan bersembang... saya rasa saya patut tegur sebab saya ada hak untuk anak saya, sofia
lain kali tolong peka dengan keadaan sekitar sebelum fikir nak memuaskan kehendak sendiri |
akhirnya saya bersuara.. ringkas dan pendek ' sorry, ada baby kat sini ' sambil tangan tunjuk ke arah rokok .... saya ingat dia akan bangun minta maaf dan beredar ke tempat lain.. rupa2nya x! selamba je budak tu hisap rokok tapi kali ni rokok di hala ke bawah meja.. sama je sayang oii asap rokok tu tetap mai ke arah kami ni :( tapi saya perasan ada kawan dia yang semacam segan dengan saya .. pandang dengan riak bersalah. yang xberkenaan tu xpe saya faham, mungkin susah bagi awak nak menegur kawan sendiri kan?
xda cara lain saya makan secepat yang mungkin dan mengalah. mujur ada kotak chicky meal sofia, saya sumbat segala fries dan lain2 yang xmampu saya habiskan secepat kilat :)
saya harap satu hari nanti en gie akan terdetik nak berhenti merokok sebab memikirkan keselamatan orang lain sekeliling :) saya ada memujuk tapi en gie xmampu nak berhenti tiba2. xpe lah, biar lambat asalkan ada insiatif nak mencuba... mudah2an
kepada yang lain di luar, kalau nak merokok tu tolong lah perhatikan siapa di sisi anda. saya sakit hati tengok si ayah mendukung anak di kanan sambil tangan kiri memegang rokok yang berasap.. tolong lahhhhh prihatin pada anak sendiri. mujur en gie xmacam ni..
cerita panjang2 pun xmampu nak ubah hati manusia sekelip mata selagi dalam hati xda sedikit pun rasa nak berubah. buat en gie, bee sayang abang dan bee nak abang berhenti merokok.. tolong...demi bee dan anak
we love you!
mungkin atuk janggut patut letak sign ni besar2 kat open area tu :) p/s : doakan en gie berhenti merokok yea.. terima kasih!! |
xoxo
No comments:
Post a Comment