me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday 21 March 2011

full time housewife.. dipandang rendah sentiasa ~

assalamualaikum..

n3 ni ditulis ketika saya masih terkesan dengan kata2 mereka. mohon maaf sekiranya ada perkara yang membuat mana2 pihak terasa atau berkecil hati dengan luahan hati ini..

saya bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi siapa yang saya jadi pada hari ini.. biar apa pun pandangan mereka, saya bahagia dan bersyukur seadanya

sedih dan sedikit terluka bila saya memberi pendapat dan seseorang terus memotong dengan berkata, ' kau tau apa, bukan keje pun. dok umah 24 jam...' waahhh, sangat perit yea kata2 tu.. mungkin pada anda yang berkata tu, saya seorang suri rumah yang selalu dikaitkan sama sepeprti ibu2 zaman dulu yang duduk dirumah membesarkan anak2 tanpa sebarang pengetahuan atau pendidikan mengenai dunia luar. pendek kata suri rumah boleh dikaitkan sebagai buta it, buta dunia dan buta segala2nya. dunia suri rumah hanya dirumah..

oppssss anda silap besar yea! saya memilih untuk duduk di rumah membesarkan anak dengan tangan sendiri, menyediakan keperluan suami dan anak kerana itu permintaan suami.. salah ke kalau saya mengorbankan sijil yang saya ada dengan jaminan gaji setiap bulan demi kerana pahala dan keredhaan suami? redha suami kebahagiaan saya..

selain tu, saya sendiri ada meletakkan impian sebelum berkahwin untuk menjaga anak saya sendiri dan bukannya dengan mudah menyerahkan tanggung jawab sebagai ibu kepada pengasuh/taska/bibik/etc... dan kini dengan kesihatan saya serta permintaan suami, impian saya tercapai..

itu soal rezeki masing2.. saya bersyukur kerana saya dihargai anak dan suami, insya allah. anda? bukan ke anda sendiri patut bersyukur kerana ada duit sendiri setiap bulan, bebas keluar makan + berjalan di hari bekerja, balik rumah tengok anak dah siap mandi dan makan, rumah xsemak sebab semua keluar bekerja/bersekolah dll

kebahagiaan kita datang dengan cara yang berbeza.. bahagia saya xsemestinya membahagiakan anda kerana jelas manusia berbeza.. kan?

jadi apa hak anda berkata begitu? teruk sangat ke jadi full time house wife? sampaikan xlayak memberi pendapat atau berkongsi pengalaman?

walau saya dirumah sepanjang hari tapi percayalah jadual kerja saya lebih hebat dan menarik berbanding anda.. *iskhhh macam ada unsur riak disitu...*

terima kasih pada en gie sebab dia berusaha memenuhi keperluan saya.. *kiss and hug!*



dengan kemudahan yang ada, masih ada cara untuk mengetahui keadaan luar.. guna segala yang ada. tv contohnya, jangan asyik layan sinetron dan drama2 leleh tapi lebihkan untuk tengok berita, amik tau apa yang jadi kat jepun, bila gadafi nak blah dll. internet pun ada, nak dengan xnak je..

saya pun pergi sekolah macam anda.. dan ada pengalaman bekerja yang hebat2 *x riak tau* tapi saya memilih untuk tidak bekerja dan menjadi suri rumah kerana yakin itu yang terbaik untuk ketika ni..

jadi xpayah la nak perlekehkan kemampuan orang lain. lebih baik kita cermin diri sendiri. kalau anda hebat sangat, kenapa xselesaikn masalah sendiri? untuk apa minta pendapat orang? simpan jer semua cerita anda, xpayah kongsi dengan sesiapa. mungkin itu lebih baik


ikut rasa hati, banyak lagi nak tulis tapi takut nanti mengumpat & mengutuk orang pulak jadinya. biar saya simpan selebihnya, 3 4 hari lagi mungkin saya pun dah boleh lupa..


jaga diri


xoxo

2 comments:

Anonymous said...

hmm.. pedulikan apa org nak kata.. x semestinya fulltime housewife x tau apa2.. ada jugak yg org bekerja yg x tau apa2.. So, x payah la nak berlagak 'bijak' dlm menilai org lain..

ann aziz said...

:) kadang2 kita jadi xkuat bila di 'kata' macam tu.. kena amik masa tenangkan diri terima kenyataan xsemua suka kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...