assalamualaikum..
tips penting buat anak yang demam ialah kena banyakkan minum air.. esp air kosong. bila demam, selera makan pun makin kurang, tekak xboleh terima sebarang rasa. kalau ikut tekak memang xnak makan apa pun .. kan?
sebab semua xsedap. di tambah dengan selsema, kuah yang manis, masin, masam langsung xda rasa
hari ni sofia dilanda selsema lagi.. agaknya sebab main air lama sangat. tu pun jenuh pujuk, ugut sikit dan pujuk lagi baru la dia nak keluar bilik air. tapi xpe la, selsema aje.. kali ni xbagi sofia makan ubat pun sebab rasanya xteruk mana pun selsema tu. xnak dia bergantung sangat dengan ubat. bersin sikit dah telan ubat, hingus meleleh makan ubat. nanti badan dia tak kuat kalau asyik bergantung dengan ubat..
setakat selsema dan demam sikit biarlah badan dia bertindak balas sendiri. lagipun ada pendapat kata bila badan xsihat itu tandanya ada perubahan dalam badan kita. jadi selagi perubahan tu normal macam tumbuh gigi, lepas kena inject atau sebab mama biar anak main air lama2 xpe rasanya :)
ada yang setuju dengan saya? .. asuhan alami lebih baik dalam sesetengah perkara. biar badan kita bertindak balas sendiri, imun badan pun lebih kuat. kalau anak demam, lap badan dengan kain lembap, pakaikan baju yang nipis, banyakkan minum air dan susu ibu bagi yang masih menyusu..bayi yang menyusu susu formula ada yang menolak susu ketika demam atau selsema, jadi gantikan dengan air kosong atau jus buah.
ikan bawal masak asam pedas .. :p |
bubur jagung 1st time buat .. refer resepi kat resepi.net jer. mujur jadi hihhihihihihihihi |
bukak peti ais tengok jagung yang en gie beli masih berbaki. semalam dah buat cucur jagung, laju je sofia dengan en gie makan :) seronok nya rasa.. tu yang berkobar2 nak masak selalu hihihihihihihiii jadi makan petang hari ni kita makan bubur jagung versi sempoi sebab xda sagu :)
teman baik dikala selsema :) |
sapukan vapor rub pada dada depan dan belakang. sapu nipis2 aje yea.. jangan disapu banyak2 dengan alasan cepat baik pulak. juga pada betis dan tapak kaki
pastikan juga vapor rub yang disapu khas untuk bayi dan kanak2. biasanya ada ditulis pada botol atau kotak. jadi rajin2 baca label yea. jangan main sambar je..
pernah saya baca ada kes si ibu sapu vapor rub yang biasa untuk adult tu kat hidung anak nya yang masih kecil. sudahnya, hingus yang terlalu kering di dalam hidung menyebabkan berlaku pendarahan. kes sama pada anak kawan kakak saya 3 tahun yang lepas .. iskhhhh berhati2 yea ibu2 semua
snek petang sambil layan marimar hehehehehehehe |
melayan selera sofia yang xlalu makan.. saya tetap pujuk dia makan nasi walaupun xsampai 3 sudu besar. jadi lah, sekurang2nya perut dia tak kosong. saya buatkan sup ayam. sofia suka makan sup. habis dia hirup sup semangkuk tadi. lega rasanya ada jugak khasiat yang masuk.
harus diingat yea ibu2, kurangkan makanan berminyak pada anak yang xsihat. saya buat sup tadi xguna minyak pun terus rebus isi ayam dengan air. pastu tambah halia, bawang merah dan garam sikit. saya olah sendiri berdasarkan pengalaman kita orang dewasa yang demam. saya sendiri bila demam atau selsema xlalu makan makanan berminyak. rasa mual + loya +++++ ^_^
tupperware baru dah kena gigit dengan nur raisa sofia .. sabar je lah :( |
mama bekalkan sofia dengan air masak. sambil dia tertungging2 main, mama tanya sofia da minum air? cepat je dia bukak penutup straw dan minum hihihiiiiii bijak anak mama :) |
garang ehh muka.. mama suh senyum la bukan buat muka fierce iskhhhhh... |
itu saje tips yang saya dapat fikirkan sekarang ni. nanti2 kalau ada lagi kita share kat n3 seterusnya yea. kalau ada tersalah info , mohon tunjuk ajar dari semua. saya mama baru belajar hehehehehe
sharing is caring kan?
p/s : satu tips penting, kena banyak sabar dan lembut hati bila melayan kerenah anak yang xsihat..
xoxo
1 comment:
lagi info tentang anak demam di SIHAT SELALU - FAQ Tentang Bayi Demam
Post a Comment