assalamualaikum ..
selsema kali ni agak 'aktif' ..hahahahaha nape saya kata aktif? sebab hingusnya meleleh sentiasa. jenuh berkejar setiap kali dengar sofia bersin. kalau lambat sikit dah sah2 masuk dalam mulut :( lagi lambat la nak baik kalau di biarkan
agak2 berkesan x kalau diguna masa sofia mengamuk susah nak bernafas? google image
so, mama pun gigih la google cari extra info pasal selsema di kalangan bayi ni. ada info yang umum je. ala yang biasa2 kita dengar. tapi ada juga yang advice kerapkan mandi 'o' .. selalu dengar orang2 tua pesan jangan bagi mandi banyak kali sebab takut lagi melarat selsema nya nanti. kononnya makin sejuk la
pastu ada juga info pasal guna air cond .. aik mama dah penin! ingatkan xboleh guna sbb takut makin susah baby nak bernafas ..??
info2 tu boleh baca kat sini yea. n3 nya panjang jugak. nak pilih2 point pun rasanya lebih bagus kalau baca yang lengkap. lebih mudah nak faham kan? anyway terima kasih daun keladi pn fizanur. banyak info menarik. nak tau lagi kena pegi blog empunya diri
bila baca kat sini pulak, ramai yang advice guna air cond berbanding kipas.. sebab air cond menyedut habuk dan membebaskan udara bersih.. tapi harusss ingat yea, rajin2 la servis air cond tu jangan tunggu xkeluar angin sejuk baru ternganga-nganga hihihihihihi
alahai.. jangan demam pulak dah la yea sofia.. jenuh mama! google image
baca sana sini, ramai yang beritahu jangan bagi anak makan ubat batuk dan selsema sebab xsesuai untuk anak2 dibawah umur 6 tahun. lagi2 ubat batuk sebab fungsi ubat batuk adalah untuk menghilangkan batuk. bila x batuk, macam mana nak kurang kahak? tu yang jadi bertambah lama si anak batuk sebab kahaknya x berkurang
teman baik dikala selsema datang menjelma :)
kadang kala mengubat secara alami pun ada keberkesanannya.. cuma kita malas nak ikut sebab nak cepat dan mudah. leceh katanya kalau nak kena tumbuk kunyit, cari daun sirih bagai .. sama lah macam bila di ajak guna cd untuk kebaikan bersama, rata2 masih memilih dd
ehh melalut pulak.. back to topic! kat sini ada beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mengurangkan selsema.. langkah pertama mungkin boleh cuba bagi sofia minum air masak+madu . sebab dah mula batuk2 dan kahak pun mula nak bermaharajalela
thanks alot kak rahimah.. n3 yang berguna!
yang paling penting dan harus diamalkan ialah, kerapkan penyusuan susu ibu.. ia mampu menggantikan air dalam badan yang berkurang selain menguatkan antibodi.. hehehehehe i told u bf the best!!
n3 tanpa gambar kami anak beranak sebab sofia moody sentiasa :) sabar je la... google image
p/s: tqvm to all bloggers yang memberi info menarik. n3 yang elok dibaca selalu :)
p/s: en suami request suruh buatkan sup untuk sofia.. yea lah, patik menjujung perintah
xoxo
2 comments:
Untuk dikongsi bersama :
Saya menghadapi masalah yang sama dgn puan. Alhamdulillah dengan TF anak saya sihat sekarang. Keterangan lanjut puan boleh hubungi saya untuk dapatkan TF 0197916870 / 0197901149 (Fara)
APA ITU TRANSFER FACTOR?
- Transfer Factor ialah sebuah Molekul Pendidik Sistem Imun (Immune IQ) yang boleh meransang sistem imun untuk menyerang semua jenis sel-sel rosak atau sel berpenyakit di dalam badan.
- 1 biji Transfer Factor berpotensi mengenali lebih dari 100,000 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, sel kanser dan sebagainya.
- Transfer Factor di ekstrak daripada kolostrum (susu awal lembu) dan kuning telur tetapi ia tidak mengandungi antibodi khusus (cassein dan immunoglobulin) seperti yang terdapat di dalam kolostrum (haiwan). Oleh itu, Transfer Factor DIJAMIN 100% tidak memberi kesan allergi kepada pengguna.
- Selain itu, kuantiti Transfer Factor di dalam 45,000mg kolostrum adalah hanya 600mg. Ini bermaksud kekuatan 1 biji pil Transfer Factor adalah sama dengan 75 – 100 biji pil kolostrum.
- Transfer Factor tiada kadar toksik, tiada kesan sampingan dan selamat untuk semua peringkat usia termasuk warga tua dan bayi.
dira : tq sis for the info :)
Post a Comment