me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 17 January 2012

rutin terkini ~

assalamualaikum ..


mendiamkan diri buat seketika sebab rutin harian yang berubah dan bertambah :) erm sebelum tu saya nak bagitau n3 ni bukan berunsur luahan perasaan yea hehehehehehe tapi lebih kepada saya cuba utk qada' update post :D


15hb januari ~ dapat call dari makchaq inform pasal maktok aka nenek saya. katanya maktok agak 'letih', xbercakap dan xmakan since sehari sebelumnya. kalau tidur, terlalu lama tidurnya sampai jenuh digerak utk make sure maktok ok. kalau mata terbuka pulak, jauh dia melayang sampai mata xberkelip lamanya. seolah2 dia leka atau dalam istilah mudahnya ralit..

maktok dah 81 tahun.. lama jugak dia terbaring mengharapkan orang lain menguruskan dia. puncanya beberapa tahun yg lepas dia pernah kena strok di sebelah kiri badan. alhamdulillah bertahun2 mak menjaga maktok sambil dibantu oleh adik beradik mak yg lain, slowly ada perubahan positif. tangan kiri dah boleh digerakkan, dll


selepas asar, mak abah, pakndak sekeluarga bawa maktok ke hosp. plan awal sepatutnya ke klinik terdekat tapi tutup pulak cuti sultan kedah. masing2 fikir kalau dah masuk air, ok lah nanti. tapi bila dah sampai sana, doc kata nak kena buat scan, xray dll utk check keadaan sbnr maktok. kata doc, kemungkinan ada penyakit lain :(

akhirnya maktok admit. dan mak terpaksa berumah tangga di hosp. perjalanan pulang kami berenam, 3 dewasa dan 3 anak kecik selepas hantar mak ke hosp semula. dalam hati saya berdoa semuanya baik2 aje. sama ada mak yang tdo xselesa di ward, maktok yg uzur dan saya yang menguruskan 3 orang anak. 3 orang anak?..... sofia, haris dan qisya. haris dan qisya anak abang saya. di jaga sepenuhnya untuk setahun setengah dari sekarang sebab kakak ipar sambung belajar di kuala terengganu. KPLI.. angah pulak bekerja di sg buloh.  sempat saya call en suami, bercerita itu dan ini.. sesi terapi terbaik buat saya malam tu :)




sampai di rumah dah pukul 11 lebih. 3 anak kecil saya dah tdo, alhamdulillah...sebelum tdo tetap kena selesaikan kerja rumah, kemas segala beg dll. sekurang2nya bangun esok pagi xlah sakit kepala tengok rumah macam kapal pecah sambil list kerja panjang berjela hihihihihihihihihi



16hb januari ~ subuh 6.30am hahahahaha letih perjalanan semalam.. sambung basuh kain baju, kemas dapur dll. to do list hari ni dah saya rancang masa dalam kereta balik dari sp ke kulim semalam.

abah ke klinik check bp. rutin wajib sepanjang minggu ni. kesian abah berulang alik drive sana sini. sebab tu lah saya doa sangat supaya maktok cepat sembuh dan mak boleh balik. wpun abah xmerungut tapi saya tau abah letih dan tertekan..

siapkan 3 budak comeiiii dan bergerak pulak ke klinik kesihatan ibu dan anak air merah. lama jugak kami menunggu sebab pemeriksaan untuk anak2 cuma pada hari isnin aje jadi kena sabar tunggu giliran. 2 nombor selepas saya, kaunter di tutup, :)


haris ada masalah berat badan. dah jatuh line kuning huhuhuhuhuu susah hati mama dengan hero sorang ni. hidup dia hari2 dengan susu formula je. susah sangat nak di ajak makan nasi. haris 2 tahun 2 bulan berat 9.7kg.... nurse pesan suruh bagi vitamin utk tambah selera makan. nanti mama usahakan



qisya beratnya 4.7kg, sihat semuanya. kelam kabut mama bila qisya menangis sakan sebaik masuk bilik nurse utk interview. jenuh mama pujuk.. siap offer nenen pun xlayan. peliknya elok kena inject kat paha, qisya senyap tiba2. alhamdulillah qisya boleh main dan ramah ber'cerita' dengan mama lepas tu.

agaknya nak bagitau nape dia nangis sakan tadi agaknya. tengah harinya, kami tdo bertiga. sepatutnya mama xperlu tdo sama2 yea sebab waktu puncak macam tu mama harus di dapur hehehehehe sambil breast feed sofia dan qisya, saya ambil peluang berehat zzzzzzzzz

selepas zohor, mengangkut segala beg diaper dan baju anak3. perjalanan seterusnya ke hosp sg petani. melawat maktok dan mak.

sempat saya borong cd 5pcs untuk sofia dekat pintu masuk hosp sp. dah lama simpan niat nak tambah bilangan cd supaya mudah nak tukar2. xkelam kabut sangat nak rotate. 1pc rm20 :p saya suka! saya suka! kata mei mei kawan upin ipin hehehehee dan tercapai jugak la hajat anak dara saya nak cd gambar hello kitty. en penjual tu kata, dia nak habiskan stok sebab skg dah keluar design baru. lupa pulak nak tanya design baru tu apa bezanya...


pertama kali tengok maktok di hosp kali ni, rasa sebak tu ada. kesian maktok



gambar xda pada saya sebab hp masih rosak dan buat masa ni pinjam hp lama mak yg xda kemudahan bergambar sesuka hati :) alhamdulillah ada jugak hp, dapatlah ber'message' dgn en suami mengadu itu ini hihihiiiiiiiii

lepas waktu melawat, terus bertolak balik ke kulim. sampai rumah 8.50mlm. satu lagi hari yang padat dan dapat kami lalui dengan berjayanya. soal nangis mintak susu dan lapar nak biskut kita tolak tepi yea anak2. mama masih dalam training menguruskan si kembar 3 hahahahahaha


lepas mandi, makan dan sesi menyusu, 2 anak saya tido lena, sofia dan qisya. haris tido dengan acu, adik bongsu saya. ingatkan sempatlah saya on9 sekejap sekadar nak update keadaan maktok di wall fb .. bila terjaga dengar qisya merengek nak susu, saya agak waktu tu dah 2+am.. so xpayah la susah2 nak sengkang mata, lebih indah sambung tdo sambil peluk 2 anak dara saya :)


17hb januari ~ akhirnya dapat on sekejap. update apa yg patut.. alhamdulillah



p/s : sudi2 kanlah kongsi tips mengatur waktu tido anak anda di sini... saya memerlukannya esp for haris hakimi huhuhuhuhuhuhuhu



xoxo

5 comments:

sekadar satu coretan said...

banyak2 bersabar ye...
kakain pun sekarang bergilir menjaga mak yg dah uzur segala keperluannya terpaksa kami adik beradik yg buatkan...

ann aziz said...

ainnoraini : tq kak ain. semoga semuanya baik2 aje yea kak

sal ya said...

plg lewat utk ank2 tdo time weekdays 9.30. kalau cuti tak apa la tidur lambat. Kak Long dah sekolah jadik tdo awal buatkan dia tak meragam esoknya.

ann aziz said...

anisalya: sis tolong share macam mana nak ajar anak tdo awal.. kdg2 sampai meraung si haris xnak masuk bilik bila suruh tdo. kalau biar dpn tv lg lewat la dia tdo

Anonymous said...

These are impressive articles. Keep up the sunny handiwork.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...