lately ni macam2 cerita pasal artis. yang berhijrah ke arah kebaikan pun ramai. yang makin melingkup pun ramai .. huhuuhuhuhuhu
yang tiba2 berubah watak dari penampilan seksi dan menggoda kepada menutup aurat dan ayu memang mendapat sokongan dan perhatian ramai. soal mengikut trend semasa untuk mengambil hati di kalangan peminat atau dia betul2 ikhlas nak berubah terpulang pada dia sendiri. itu hitungan dia dan pencipta Nya.
siapa pun yang tergerak hati nak berubah sebaiknya kita bagi sokongan dan dorongan. biasalah kalau awal2 musim penghijrahan, hati dan akal belum cukup kuat nak berdepan dugaan. masa ni lah rasa cuaca kat malaysia patut sejuk sepanjang masa. yea la kalau dah biasa sebelum ni rambut yang panjang dilepas bebas tiba2 nak bertudung litup. alasan terkenal mesti la panas!..
bila pakai baju yang longgar mula rasa macam berpenampilan mak mak, out dated lah tu.. macam baju mengandung la, nampak gemuk la haih macam2.
saya yang bukan artis ni pun dalam proses nak berhijrah ke arah yang lebih sopan dan manis sebagai ibu beragama islam.. insya Allah doakan saya teguh hati aminnnnnnn
doakan yang terbaik .. |
tengok gambar si cantik manis ni buat saya berkobar2 nak betulkan penampilan diri dengan harapan dapat jadi manis dan ayu macam diaorang .. ehhh tiba2 :p
irma hasmie yang cantik molek .. |
diana amir dan jojie yang ayu |
2 comments:
tu la... tgh berusaha menjadi ibu, isteriyg lebih baik. sama2 la kita berdoa ye.
insya Allah, mudah2an kita dalam lindunganNya
Post a Comment