me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday, 12 March 2011

wajib ada ~ ..

assalamualaikum ..

setiap bulan salah satu yang tersenarai dalam senarai wajib ada ialah magazine aka majalah :) majalah wajib ada ialah pa&ma. lain2 majalah bergantung pada tajuk cover majalah, kalau menarik saya rembat kalau x, memang saya x beli.. selak2 pun belum tentu sebab xsempat nak curi2 baca anak dah tunjuk benda lain

ni majalah2 bulan lepas. banyak jugak yang saya beli.. kadang2 kalau dah menarik dan tertarik, saya akan beli walaupun majalah yang dah beli belum habis baca. ala, benda yang mendatangkan manfaat buat apa nak berkira kan?





majalah wajib ada.. sebelum ni dapat langganan free, bahagia je rasa tiap 20hb dah dapat majalah bulan depan. sekarang ni kalau terlewat silap2 stok dah habis huhuuhuhu  sofia pun tumpang minat pada majalah pa&ma sebab layan tengok gamabr baby, kakak2 n abang2. selain tu dia suka tengok baby breastfeed, laju je dia sebut, 'mama nenen ..'



aniqah ni 1st time beli sebab suak tengok fida yang cumelll.. tapi dalam gambar ni fida nampak seksi / menggoda sebab dia posing mendada. hilang seri wanita bertudung sekejap .. :(




ehh yang ni dah beli lama dah tapi sibuk nak masuk gak dalam list majalah bulan ini hehehehehe banyak info menarik tentang khasiat pemakanan seimbang. dalam proses nak ajar sofia say no to junk food. kuat kah mama nak jauhkan tu semua dari sofia? *wink2




nur : wardina cover mag.memang minat wardina. kalau boleh nak suruh dia share cara mengurus anak2 sambil bekerja dan sambung belajar :p 

 mami & baby di beli sebab nak tambah ilmu keibubapaan..





ni gambar buah hati pengarang jantung saya :p  membelek2 majalah sambil minum milo ais
bancuh sebotol pun laju je dia habiskan :)




ok gtg.. nanti sambung cerita lagi okeh?..




xoxo




Friday, 11 March 2011

mereka kekal istimewa di hati saya selamanya .. ~

assalamualaikum ..


sofia bukan main lepas rindu dengan opah dan aki. n3 kali ni kita tempek gambar sofia dengan aki dulu. n3 seterusnya, insya Allah pasal opah dengan sofia pulak..

sofia cukup rapat dengan aki. seawal bangun pagi xsempat cuci muka jauh sekali gosok gigi, sofia dah cari aki keliling rumah. jumpa je terus sua tangan suruh dukung.

cukup rapat sampaikan aki pergi mana2 pun nak bawa sofia tapi oleh sebab kadang2 mama malas nak ikut so x dapat la sofia ikut aki. tapi dari 10 kali aki ajak ada la sekali dua je mama x pegi kot. lain dari tu sah2 opah dengan aki pujuk mama ajak pegi.


nanti dah balik kuantan, jenuh mama nak pujuk setiap kali sofia cari aki .. :(


sofia dengan rambut gaya pokok kelapa tegak :p




makan jagung pun nak berkepit dengan aki.. :)







today's program : kami balik dari sekolah acu.. mama jadi girl power tolak keta pakai kebaya hahahahaha



xoxo

Thursday, 10 March 2011

kalau dah namanya anak dara ...

assalamualaikum semua..


just a short n3 for today. kami xkemana2 hari ni sekadar mengisi masa lapang dengan makan2 dan tengok tv. sambil2 sofia amik kursus mengurus rumah dengan mentor terbaekk iaitu opah :)



update seterusnya esok insya Allah..

take care n babai




xoxo

Wednesday, 9 March 2011

selepas 1 tahun setengah ~

assalamualaikum..

akhirnya selepas genap 1 tahun setengah, rambut sofia dipotong buat kali kedua.. kali pertama kepala sofia dicukur 10 hari selepas dilahirkan


kali ni rambut saya terpaksa di potong sikit sebab rambut depan dah masuk mata.

nih gambar setelah rambut sofia di makeover :)


lokasi kedai gunting ~ dapur opah
masa ~ sambil2 opah tengok marimar :p
tukang gunting terbaeekk ~ opah sayang sofia *wink2





ni pulak keadaan rambut belakang sofia .. kena trim sikit sebab selalu sebabkan gatal2. sampai naik ruam dan calar balar digaru oleh kuku saya yang pendek tapi tajam tu  :D



sofia belum dapat injection 1 tahun setengah sebab masa appointment last month yang ditunda ke awal bulan ni sofia masih belum cukup 18 bulan.. elok2nya lepas 15hb boleh la inject terus. oleh sebab tu, kena la tunggu bulan 6 plak. iaitu 3 bulan akan datang punya appointment date


mama cakap nanti kena pegi klinik kat kuantan untuk dapatkan injection tu .. harap2 nanti saya xnangis ngamuk2 macam dulu2 hihihihi


sofia nak breasfeed dulu.. nanti jumpa lagi



bye ..


Tuesday, 8 March 2011

dia juga nak berkebun .. atau yang sebenarnya cuma kutip hasil dari kebun aje :)

assalamualaikum ..

kami tinggal berdua menjaga nenek di rumah. opah + aki balik kampung sekejap. aktiviti harian seperti biasa, tapi lebih menarik sebab menu nya pelbagai. xmacam kat kuantan, kalau hari kerja menu nya yang simple2 je sampai malas nak makan hahahahahaha


riadah petang, kami anak beranak mengutip hasil tanaman cili opah :) sofia xdibenarkan membantu atas sebab2 yang jelas nyata takut sofia gigit cili yang dipetik hihi

banyak jugak cili yang dikutip. ada lebih kurang 1 genggam setengah. kalau nak buat sambal belacan 2 kali makan sehari boleh cover untuk 5 hari punya stok cili. gambar hasil tuaian x ada sebab .. ntahtaktaunape




sofia betul2kan duduk atas batu bata comel yang opah susun. pokok cili belakang sofia xnampak sangat terlindung dengan pokok bunga melur dan bunga santalia

 



mata melilau tengok taman jiran sebelah.. laman nya dah lapang sebab nak di upgrade jadi tempat parking
kalau x dulu ada pokok pelam, limau purut, pandan dll


punya la susah nak snap pic sofia yea.. kali ke3 baru dapat yang nampak muka penuh
masa ni sofia sibuk tengok / tunjuk burung, dok sebut bird..bird

lama pulak nak tunggu opah n aki balik. bukan apa, boring pun yea jugak.


p/s : hrmm, menu apa pulak yea malam ni? hehehehehe




xoxo

Monday, 7 March 2011

baby's stuff .. patut di 'let go' atau simpan untuk penuhkan stor?

assalamualaikum ..

baru 3 bulan sofia x balik kulim, sampai2 je nampak stroller terus request nak duduk dlm stroller. rindu kot ..

masa sofia kecik2 dulu *read as belum boleh berjalan* sofia xnak duduk dlm stroller ni. sofia prefer di dukung atau stay dalam carrier.. alih2 dah besar ni sofia lebih suka naik stroller, agaknya letih berjalan kot .. hehehehehe tu yang sampai ayah sanggup sewa stroller masa jalan2 kat ecm ari tu. sofia siap nangis macam kena marah bila ayah nak return stroller kat kaunter hihihihi



sofia cuma berbaju dengan pampers. cuaca panas di kulim. badan sofia jadi ruam, tapi terpaksa pakaikan baju jugak sebab nak elak calar balar digaru sofia



monyok sekejap bila mama usik nak simpan stroller hehehehe



happy dapat main dalam stroller, siap mintak kat mama segala bear2, berus gigi dan mangkuk+sudu nak bawak masuk dlm stroller  :p


panjang2 punya cerita baru sampai ke tajuk n3 hehehehe sebenarnya saje nak tanya pendapat anda2 disana. barang2 bayi spt playpen, stroller etc tu patut di simpan atau di 'letgo' as preloved item?

sila2 bagi pendapat naaa .. tenkiu semua



xoxo

Sunday, 6 March 2011

sofia hari ini ~

assalamualaikum dan selamat malam ...

kadang2 manusia mudah lupa untuk bersyukur.. bila dah diberi A, nakkan B tapi xda usaha jauh sekali mensyukuri A yang diberi..
macam tu juga bila kita membantu seseorang atas dasar ingin memudahkan, tapi xdihargai. tiada ucapan terima kasih. lebih dasyat dia merungut kerana pakej nya xlengkap.


cth situasi 1 : kereta Awal rosak. jadi Scha menawarkan motorsikal nya kepada Awal dgn tujuan dapatlah Awal pergi ke set pengambaran.

malangnya Awal merungut kerana minyak motor tak diisi penuh... dalam erti kata mudah nya, dia mengharap utk meminjam kenderaan tu dengan kos minyak yang ditanggung pemberi pinjam..

haihhh payah la macam tu! kan?

p/s: nama sekadar meminjam tiada kena mengena dengan situasi sebenar... :p


melalut jauh malam ni sebab rasanya perlu untuk kita saling mengingatkan diri supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih sesama manusia. seboleh2nya elakkan diri dari memberi respond yang menunjukkan anda xberpuas hati.. lebih baik ada yang sedikit dari tidak ada

bercerita tentang aktiviti sofia hari ni, jadual si kecik ni pun sama padat.. pagi2 lagi kami dah bersiap nak gi klinik. sebenarnya tarikh appoinment sofia dah lepas *13hb feb dan sepatutnya di kuantan. tapi oleh sebab ayah yang sangat sibuk, sampai dah masuk bulan march kami xpegi2 jugak

kebetulan dah balik kulim, mama bawa sofia pergi klinik kat sini je. since sofia lahir klinik ni la yang buat semua pemeriksaan dan suntikan pelalian.. waaa bahasa buku! rekod sofia dah memang ada jadi senang la sikit.

 sofia try to make friend tapi budak tu lari.. kesian anak mama. xpe lain kali sofia mesti dapat kawan baru, ok sayang?.. 

berat sofia hanya 9.2kg. graf jatuh tapi masih dalam lingkungan selamat.. susah hati mama tengok graf berat badan sofia. rasa2nya mama dah bagi cukup makan dan minum.. nape jadi macam ni?..

nurse yg layan mama dan sofia muda lagi plus sporting. lama juga mama dok dalam bilik tu. macam2 mama tanya.. pasal pap smear la, vitamin utk sofia, pregnancy plan etc


selesai semua, mama dan sofia balik rumah aki & opah. sofia tertido keletihan bangun awal 


petangnya, lepas zohor mama, sofia, aki, opah dan nenek bertolak ke kepala batas, pulau pinang. destinasi dituju : sek men sains kepala batas



sofia big hug dengan acu ~ sebenarnya sofia nak ikut acu balik hostel.. dia nampak ramai kakak2. agaknya nak ajak layan main la tu 

acu sekolah kat sini since last year. keputusan pmr 8A membolehkan acu masuk sekolah berasrama penuh di sini. tahun ni pulak acu nak kena buat yang sehabis baik untuk spm pulak. 

good luck to you! 

last but not least, girl of the day.. nur raisa sofia

Saturday, 5 March 2011

jangan pertikai hak anak ..


assalamualaikum..

besar pengertian tajuk di atas. besar lagi tanggung jawab seorang ibu .. peluang yang xsemua wanita dapat lalui. sebagai manusia yang boleh berfikir dengan waras, pandai2lah kita seimbangkan tanggung jawab yang diamanahkan sambil menikmati peluang yang mungkin hanya hadir sekali seumur hidup..


* serius je bunyi nya n3 kali ni hihihihi


saya rasa sedih bila tengok anak2 yang disua dengan susu formula. kesian anak2 tu, diberi susu bukan dari sumber ibunya sendiri. seawal 2 3 minggu berpantang, anak kecil diajar menerima susu formula.

 sedangkan jika difikir secara mudahnya pun kita yang dewasa ni boleh nampak kelebihan dan kekurangannya. susah ke nak faham macam mana perut sikecil yang memang sah2 kecil jugak saiznya terpaksa berhempas pulas menghadamkan susu yang bukan dicipta untuk mereka.. lainlah keadaannya jika anak anda 2tahun keatas, kerana sistem badannya berbeza dengan bayi


saya mengharapkan lebih ramai ibu sedar dengan hak anak2 anda.. jangan di pertikaikan hak mereka iaitu anak2 kita. kita sebagai ibu, lebih mengetahui apa yang terbaik


p/s: benda dah banyak diberitahu, dah di depan mata.. terpulang pada diri untuk memilih




xoxo

Friday, 4 March 2011

si kecil itu juga tahu erti rindu .. :(

assalamualaikum ..


bila si kecil itu resah
mama turut gelisah
cuba memahami
walau x berbutir bicara
mama setia menanti
andai sebarang tanda buat mama memahami


tidur nya x lena
makan nya kurang selera
setiap masa terdengar rengekan manja
cuba membawa berita
yang rindu sarat di jiwa
terkenang seseorang yang tiada di depan mata


pejam lah mata mu sayang
akan mama teman hingga ke siang
mudah2an lena mu panjang
bermimpi berjumpa ayah tersayang




sepanjang masa mengusung frame gambar ayah + mama

mata sembap menangis cari ayah :(



frame gambar tetap bersama ketika menyusu .. berat sungguh rindu anak mama




gambar ayah dan mama 5 tahun lepas .. mujur ada jugak gambar ni, kalau x, xtau la apa yang sofia usung sana sini.. baju ayah mungkin ..?




p/s : kepada ayah atau bakal ayah di luar sana, anak kecil juga tahu erti rindu. cuma yang pasti mereka xtahu cara untuk meluahkan / memberitahu orang dewasa..
sentiasa cari masa terluang yang sesuai untuk bercakap2 dengan si kecil. walaupun xda respond atau mereka kurang faham tapi teruskan.. beritahu si kecil mereka sentiasa dalam ingatan ayahnya, peluk dan cium mengiringi mereka setiap hari walau ayah jauh tiada di sisi



p/ss : sofia, ayah mms lagi petang tadi.. ayah bagitau nanti ayah akan balik. sabar yea sayang



xoxo

Wednesday, 2 March 2011

jom pakat2 sepahkan dapur lagi ... weeee! :)

assalamualaikum..

hari ni nak share satu lagi resepi mudah yang menarik dan tertarik untuk di cuba. apa lagi jom pakat2 sepahkan dapur yeay!..

resepi ni dapat dari blog gula hangus milik pn nor lela hj nus. yang bertambah2 menariknya cara penyediaan disampaikan melalui video. lebih mudah untuk faham sebab nampak jenis bahan2 yang di guna. dalam resepi lain kadang2 xdinyatakan secara jelas brand bahan yang diguna tu yang hasilnya xsama atau lebih sedih xjadi

esp bagi yang baru nak kenal bahan2 masakan macam saya ni sedikit sebanyak membantu juga. biasa buat agar2 atau puding guna agar2 kering yang dah sah kena betul sukatan air nya. ada masa jadi elok je keras agar2 tu, ada masa lain pulak terlembik :(


ok lets try our new recipe for today ..


puding coklat

2 bungkus serbuk agar2
1400ml air
1 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1//2 cawan susu tepung
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar marjerin


cara penyediaan : mixer semua bahan2 di atas kecuali marjerin
setelah sebati, masak atas api sampai pekat/likat
masukkan marjerin

tuang adunan dalam loyang atau acuan
sejukkan


gambar ehsan dari tuan punya resepi.. tenkiu2

p/s : belum dapat buat la hari ni sebab ada bahan yang xda. abah pulak xda kat umah.. kena KIV dulu. jangan lupa cuba tau!

gambar xada sebab belum buat,, nanti akan upload sekali lagi hihiii





xoxo

Tuesday, 1 March 2011

bercuti berdua ~

assalamualaikum ..

sofia dan mama baru sampai kulim petang semalam.. letih perjalanan dari ipoh semalam masih ada. mungkin sebab kelmarin kami berjalan jauh dari kuantan ke kl *pak uda drive :).. lepas tu sofia dapat peluang naik train dr kl sentral ke ipoh. best!
sepanjang atas train sofia x tdo.. sesekali sofia cari mama utk recharge tenaga *bf la tu hihihihihi selainnya sofia duduk dengan aki. sambil main2 hp aki dan kacau opah tido :p

sampai di ipoh kami bermalam di rumah toksu aka maksu mama 
*x dapat tido lena sebab anjing jiran asyik memekak. sofia nangis sebab terkejut dan takuttttt.. mujur mama ada, mama hug sambil selawat kat telinga. dan sofia dapat gak tido sampai pukul 7am. legaaaa!

lepas aki, opah dan mama solat asar, baru lah kami bertolak balik kulim. aki singgah ipoh sebab kereta aki ada kat sini. selain tu nak amik nenek jugak. nenek kan duduk dengan opah... tapi sebab opah pegi rumah umi kat kerteh hari tu, so terpaksa la tinggalkan nenek kat umah toksu. nenek x sihat jadi x boleh bawa jalan jauh2 ~ opah kata ...

oooohh lupa plak.. aki is my grandfather. opah is my grandmother. nenek is my mama's grandmother.. hihhihihihi faham ker?...

pagi2 lagi sofia dah bangun dan mandi. excited nak explore rumah opah sebab sekarang sofia dah cekap berjalan, jadi boleh keluar masuk bilik, stor, punggah kabinet dapur opah and etc.. 

bila dah penat main perkakas dapur, sofia cuba pakai anak tudung opah pulak. mama kata sofia good girl sebab pandai pakai sendiri .. hihiihi :p


nak tengok sofia pakai anak tudung?... nih kat bawah mama dah upload gambar nya 


 
sedang cuba membetulkan kedudukan anak tudung yang senget sebelah sambil diberi arahan oleh mama




aki & opah said ... 'comeiii nya .....'  *mama sempat layan marimar @tv3 





di sebelah petang, mama siapkan sofia sebab aki nak bawak gi jalan2.. sebelum tu sempat snap pic dengan nenek.. 
kenalkan, ni lah nenek sofia. namanya rokiah lebai hussain. lebih dikenali sebagai maktok atau chu dikalangan kawan2 dan saudara mara. nenek bergerak guna wheel chair, sofia tumpang sekali. 
rasa macam naik stroller cuma sofia x dibenarkan naik tanpa pengawasan orang lain.. 
mama kata bahaya, nanti jatuh.. orait mama!




at the end of the day, rutin tetap sofia bersama my mama :) our precious time.. bf! ok lah sofia dah ngantok, lain kali sofia cerita apa aktiviti harian seterusnya.. 





p/s; sofia rindu ayah.. mama bagitahu, ayah work jauh sebab tu xboleh balik... ayah, if u read this, just want to let you know that, i miss you so much!


love~

Sunday, 27 February 2011

kl sentral ~ ipoh

short n3 ketika perjalanan dari kuala lumpur ke ipoh menaiki keretapi laju ala2 komuter.. tapi cukup selesa siap ada tv, air cond, ruang simpan beg di atas, ruang duduk yang selesa juga.. 

berbezanya train ni sebab ada dipaparkan kelajuan train kat skrin tv bahagian atas pd satu2 masa. sepanjang perjalanan, kelajuan purata 150km/j.  

bertolak dari kl sentral 5.35pm dan sampai ipoh 7.40pm. bahagia jer, xpayah nak tension2 ngadap jammed.

train ni berenti 3 station jer.. kalau xsilap, station batu gajah, kampar dan station wajib... ipoh


so lepas ni boleh la pakat2 naik train sama ada dr kl ke ipoh atau ipoh ke kl.. lupa nak bagitau, tiket rm30. tiada diskaun untuk pesara huhuuhuhu


 

sofia duduk kat meja kecik yang rasanya disediakan untuk letak newspaper @ makanan @ etc.. mujur la sampai jugak kat ipoh tanpa sebarang kerosakan hahahahahaha 

mama duduk sorang2.. tiba2 rindu kat ayah :) pada hal baru sehari xjumpa.. 

opah gigih menaip sms sambil berebut hp dengan sofia :p



sofia dalam usaha mendapatkn hp aki  :p 

alhamdulillah, sofia xmeragam sepanjang perjalanan.. lain kali mama bawak sofia naik lrt plak ok?..





itu saje utk hari ini.. mahu tidur



xoxo

Saturday, 26 February 2011

Day 26 ~ A photo of somewhere i want to go

assalamualaikum

saya mohon pada Allah agar dipanjangkan umur, diberi kesihatan, kemampuan kewangan dan kelapangan satu hari nanti agar dapat saya ke sini ..

insya Allah :)













hati sayu bila tengok gambar2 ni.. rasa terlalu banyak kekurangan diri.

 layakkah saya untuk ke sana ..





mudah2an segalanya dipermudahkan ~

Thursday, 24 February 2011

thank you huggies ~ part 2

assalamualaikum.. 

akhirnya yang ditunggu2 sampai jugak ke tangan  :p  n3 terdahulu dah cerita sikit pasal ni tapi masa tu barang xda ditangan jadi xdapat la saya nak bercerita panjang lebar.. 
apa2 pun terima kasih buat mak dan abah yang sudi tolong angkut @ bawa benda ni dari kulim nun. kebetulan mak dan abah ikut kaklong balik kerteh. abah boring dok rumah hihiihhihihi sampai hajat saya nak abah datang rumah sewa kami.. alhamdulillah

benda yang dimaksudkan ialah hadiah dari huggies. nak dapat hadiah ni pun jenuh jugak kumpul point2 kat polibag pampers tu. satu hadiah 100 points. saya dapat 3 hadiah tapi hanya 2 yang sempat dilihat. satu lagi dah sampai guar cempedak atau sg buloh..  

angah request nak bagi kat anakanda nya, haris hakimi.. 

sofia dapat kepala gajah :p

besar gak saiz benda ni.. ruang tamu rasa sempit plak haihhhh... :p  luas2 x luas pun, kepala gajah tu muat 2 dewasa duduk. tinggi paras pinggang mama.


mula2 sofia xmau masuk. takut agaknya. last2 tunggu ayah balik keja, baru sofia berani ajak main



anak2 kaklong dapat rumah.. x besar mana pun tapi boleh la anak2nya yang 5 tu main. senget2 jugak jadinya rumah tu seba sorang nak tarik sini, sorang lagi nak letak hujung sana hahahahahha 


 

plan nak amik gambar penuh rumah tu tapi terlupa plak.. yang ada cuma ni jer... abaikan model yang xberbaju tu.. kepanasan baru sampai kerteh dari kuantan .. *alasan mama kantoi gambar anak x berbaju hihihiihihi



happy face main sorang2 dalam rumah huggies plus dapat belon pink :) 


p/s : nak cukupkan koleksi....




xoxo

Wednesday, 23 February 2011

Day 23 ~ 15 facts about me

assalamualaikum blogger2 sekalian ...

berikut disenaraikan 15 fakta tentang empunya blog.. saya la tu! hihhihihihihi fakta tidak disusun berdasarkan sebarang kepentingan. asal terlintas di akal, saya taip jer :p


1 ~ berkelulusan sijil politeknik : rekaan fesyen & pembuatan pakaian.. fakta penting : sehingga kini masih belum menuntut sijil berkenaan ... haiyaaaaa!

2 ~ berat badan 41 kg dan tinggi 150cm aje.. yea, saya cumelllll :p

3 ~ bernikah pada 25hb disember 2008, dan pada 26hb januari 2009 saya +ve ! yeay.. erk alhamdulillah...

4 ~ choc lover's... kalau lama x makan choc masuk hari kedua saya jadi xsenang duduk, resah gelisah ... so, do you mind to share?... boleh laaaaaa.... yea?....

5 ~ dalam proses menambah berat badan. jeans levi's masih longgaq! terlondeh.. bad news, perut plak muncittt eii xsuke!

6 ~ love purple, lilac, lavender dan seangkatannya serta pink!.. mangsa keadaan : sofia..... semua baju dia pink hihihihihiihiihihi

7 ~ ada koleksi perfume dan kasut.. tapi selalu kena rembat.. iskhhhhh

8 ~ ngilu bila fikir pasal dentist.. gigi bermasalah tapi still nak postpone

9 ~ album kahwin xde.. sebab xda satu pun gambar yang di cuci.. erm, xda masa la!.. iskhhh alasan x konkrit sungguh!..

10 ~ to be a good cooker. in process :)

11 ~ x suka baju basah. rela tukar baju berkali2. kalau baju berbau sebab lembap atau xkering sepenuhnya lepas tu terperap, sanggup basuh baju2 tu sekali lagi. ada bad habit : dah tau baju tu berbau, lagi dok cium2. selagi x tukar, selagi tu la dok cium2 sambil cakap kat en gie, 'iskhh berbau la baju ni. abg bau x? agak2 lalu sebelah bau kuat x?'... dah tau baju tu berbau dok cium byk kali buat apa? bukannya blh bertukar jd wangi tiba2... haihhhhh

12 ~ akan pastikan rumah dikemas sebelum keluar. esp kalau dah plan nak tinggalkan rumah lebih dari sehari. suka situasi balik rumah letih2 boleh rest xsakit mata nak baring2 tapi barang berselerak kat lantai... xpayah kelam kabut nak kemas rosak mood happy balik shopping hihihi

13 ~ cerewet pasal kebersihan.. basuh tangan berkali2. susah hati kalau sofia terkencing kat lantai. seboleh2nya curi masa nak mop lantai walaupun jadual pack gila

14 ~ suri rumah sepenuh masa :) ikut jejak mak la ni hihhihihihi

15 ~ menyusukan sofia secara ekslusif.. rahsia berat badan kembali ke angka asal sebelum mengandung..



so macam mana? menarik x? hehhehehe ok la jaga diri baik2 yea.. gtg



xoxo

Tuesday, 22 February 2011

Day 22 ~ A letter to someone who has hurt me recently ..

assalamualaikum..

buat seseorang yang xtau la kat mana duduknya. saya doakan dia sihat dan selamat.

saya terima segala kata2 yang dilemparkan. saya redha sepenuhnya. saya mohon Allah kuatkan azam saya untuk betulkan segala yang xkena di mata seseorang tu. saya harap dilembutkan hati untuk menerima kata2nya dan anggap sebagai satu teguran ke arah kebaikan.

maafkan lah saya yang xsempurna dan dengan mudah menyangka dia sengaja menyakitkan hati saya. mak selalu pesan selalu lah bersangka baik dengan orang lain walaupun nada suara nya menjelaskan segalanya.

cuma saya minta dia memahami saya bukan sengaja melambatkan sesuatu. tapi cuba tengok dari sudut kemampuan saya nak menguruskan segalanya. kita manusia biasa bukan ada sebarang kebolehan menghalang ketentuanNya

saya terkesan dengan kata2 seseorang dan saya harap dia xperlu melalui sepertimana yang saya rasa. bukan berlagak baik tapi percayalah, kalau dia dapat merasa satu pertiga dari apa yang saya lalui pasti cukup untuk buat dia menangis dan menjauhkan diri. pedih kata2 itu ternyata lebih berganda2 berbanding pedih luka terkena pisau tajam..


wassalam ..

Monday, 21 February 2011

biar dia meneroka kerana itu baik untuk perkembangan akalnya ~

assalamualaikum ..
seronok baca blog kawan2 tadi. macam2 cerita menarik yang di share bersama. sampai kat satu blog ni   **x ingat blog siapa, minta maaf banyak yea tuan punya blog. credit to her n3



leka membaca tiba2 sofia jerit 'mama, cat.. cat ' ooohhh dia dah nampak dulu gambar kucing comel dalam n3 tu.. lama juga dia tengok je kat skrin tu sambil tiru bunyi 'cat'. banyak jugak gambar yang empunya blog post kat situ. saya layankan aje sofia tengok puas2 gambar kucing tu
sekali lagi mohon maaf pada tuan punya blog sebab ambil gambar dari n3 beliau.. terima kasih..


ok n3 saya hari ni ialah nak bercerita sikit tentang perkembangan anak2 kecil kita. saya bukan lah pakar tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang saya dapat dari rakan2 blog yang lain serta dari pembacaan melaui majalah dan lain2 sumber

kita biasa melihat situasi anak2 yang sedang leka bermain terus terdiam seketika sebaik ditegah oleh ibu/bapa/penjaga dengan nada keras.. contohnya, 'jangan main pasir, kotor la'..'jangan main air nanti jatuh'..
melalui pembacaan, kerap di ingatkan kepada ibu bapa atau penjaga agar tidak menghalang anak bermain asalkan pemantauan dibuat sepanjang masa

maksudnya, biarkan saja mereka bermain sama ada dengan membina istana pasir di pantai, bermain air di halaman rumah atau lain2 permainan asalkan ada orang dewasa yang menemani di sekitar mereka

selagi mereka tidak memasukkan pasir kedalam mulut atau menyentuh peralatan eletrik dengan tangan basah contohnya, biarkan mereka terus meneroka. melalui penerokaan itu, anak kecil belajar mengenal bahaya atau masalah di atas tindakan mereka. mereka akan lebih ingat bila kita menjelaskan bahawa tangan basah yang menyentuh peralatan eletrik adalah merbahaya daripada kita awal2 menegah mereka bermain air. anak2 yang sering ditegur sebelum mereka membuat sesuatu sedikit sebanyak membantutkan proses pembelajaran

selain tu, elakkan menggunakan perkataan 'jangan' dengan kerap atau lebih baik jika dapat menggantikan perkataan lain di awal setiap ayat.
contohnya, jika sebelum ni 'jangan pergi sana, nanti jatuh' cuba kita ganti dengan 'jalan kat situ licin, kalau nak lalu kena jalan elok2 tau..' guna ayat yang mudah untuk si anak faham. mudah2an bila anak faham, mereka akan ingat dan elakkan dari buat yg sebaliknya





saya biarkan sofia explore apa yang dia nak. dalam masa yg sama saya pastikan tak ada alatan berbahaya berdekatan .. selain tu kena kerap ingatkan sofia supaya x terlalu dekat dengan skrin tv atau laptop.

memang ada masanya sekali dua tegur belum ada kesan, jangan putus asa. ulang2 nasihat selalu


selain tu, sofia suka tolak basikal keliling rumah. masa tu dia belum tahu macam mana nak naik dan duduk kat seat basikal. biasa sangat kaki kena tindih dengan tayar basikal.



lepas tu, saya ajar cara nak naik basikal dan duduk dgn betul. kaki nya belum sampai pedal jadi pandai2 je dia tukar dan letak kat tayar belakang. saya biarkan dulu kalau basikal x bergerak. sblm saya tolak basikal saya bgtau dia untuk ubah kaki supaya x sakit kena tayar.

nak tegur atau ajar anak2 kecik ni kena tunggu mood yang sesuai. jadi lepas ni boleh la kita pakat2 bawak anak main dan biar dia meneroka sepuasnya   :p




xoxo

Day 21 ~ A photo of something that makes me happy :)

assalamualaikum..


banyak perkara yang boleh membuatkan kita tersenyum bahagia. berkahwin setelah letih bagi hint kat boyfriend, naik pangkat lepas 3 tahun bancuh air untuk bos, dapat masuk U sebaik pos surat rayuan ke lapan dll. kebahagiaan itu kadang2 datang tanpa dirancang atau diharap.

lumrah kalau dapat berita baik semua akan tersenyum dan mungkin nangiis sebab extra happy :) dan berita baik berkembang menjadi perkara yang menggembirakan setiap kali dikenang




26hb januari 2009 .. due date : 26hb september 2009.



nur raisa sofia bt mohd fauzi ~ 15hb sept 2009 11.18am 2.9kg hospital kulim

alhamdulillah!



p/s : bila pulak yg ke2? hihihihi




xoxo

Sunday, 20 February 2011

Day 20 ~ The meaning behind your blog name

assalamualaikum...

mari kita bercerita mengenai maksud di sebalik nama blog sayaaa ..

blog name :~ raihazi & raisa sofia


kenapa nama ni menjadi pilihan yea? sebab mereka2 itu orang yang sangat penting dalam hidup saya        yang awesome nih  ... hihihihihihi


raihazi 

ialah gabungan nama saya dan en suami .. norehan + fauzi
erk, jauh je bunyi nya yea? :p harus la ada adjustment tu hihihiihihihihi

saya guna nama hujung iaitu rehan dan diperindahkan sebagai raihan. :D saya suka dengan maksud disebalik 'raihan' tu. kalau xsilap, bunga syurga atau tumbuhan yang harum .. maka terhasillah raihazi 

nama kedua ialah nama buah hati kesayangan saya iaitu nur raisa sofia ada kisah menarik di sebalik nama ni.. masa tu, saya mengandung dlm 30+ minggu dan masih tercari2 nama untuk baby kami. yang penting nak nama yang best2 maksudnya selain berbeza dari nama2 biasa

adik lelaki saya la yang rajin google2, maka terjumpa la nama ni ~ nur raisa sofia ~ cahaya puteri yang menawan~ insya Allah.. thank you to mohd fahmi aka pak uda :p


sebagai ingatan kasih saya, maka di dedikasikan nama kami bertiga di blog ini..

kerana tujuan asal blog ni diwujudkan adalah untuk saya berkongsi cerita dan perasaan tentang orang2 yang saya sayang..

p/s: tapi mgkn ada gak terselit pasal orang yang saya x sayang!




xoxo

Saturday, 19 February 2011

pavillion swimming pool tembeling resort ~

assalamualaikum

hari ni n3 tentang aktiviti sofia~ weeeeee...


tengah hari tadi ayah gi jemput pak uda kat plaza toll. pak uda datang kuantan sebab ada course seminggu kat ms garden.

pak uda ialah adik mama. dia keje kat tm bukit mahkamah. ni first time pak uda drive datang kuantan bawa kereta baru *wink2


lepas makan nasi dan lauk2 yang yummy, sofia main toys dengan pak uda. best! sebab pak uda suka buat bunyi2 itik, katak dgn cat hihihihihihihi

petangnya, ayah ajak pak uda pegi swimming pool    :p yeay! boleh main air ^-^



ayah, mama & sofia .. pak uda gi tukar baju






mama tolong tangkap gambar ..



best main air *wink2




lepas penat main air, mama ajak pegi pasar malam.. mama cakap mama xlarat nak masak malam ni sebab siang tadi mama kemas rumah sorang2. rumah xsapu banyak hari sebab pegi rumah umi, baju ayah masa pegi outstaion pun banyak nak dibasuh.. ok mama, jangan susah hati ok? jommm ..

p/s: sofia tido sepanjang perjalanan ke pasar malam. letih main air agaknya :p ~mama




xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...