me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Thursday, 14 July 2011

mengatur kerja rumah cara saya ~

assalamualaikum..

dalam rutin seharian, saya suka sediakan list. apa yang nak dibuat dan disusun ikut prioriti *betui ke eja tu?
biasanya bila bangun pagi2 saya setkan dalam kepala nak buat apa dulu. yang mandi dan gosok gigi tu xmasuk la dalam list ni. antara task yang tersenarai, contoh.. masak, mengemas, basuh baju, iron dll

saya suka buat list sebab kerja jadi teratur dan mudah. esp bila selesai satu kerja saya tau yang kerja rumah makin kurang dan ianya macam satu motivasi nak siapkan yang seterusnya. sebab boleh rehat sambil layan sofia main dan tengok tv sampai petang hahahahahaha

contoh paling senang, mula2 senaraikan kerja yang nak dibuat. setiap hari kerja xsemestinya sama. yea la mungkin semalam dah mop xkan hari ni pun gigih nak mop lantai lagi.. jadi duduk bertenang jangan ribut2 sambil pandang keliling rumah. tanya diri sendiri nak buat apa hari ni

mungkin yg pertama sekali nak diselesaikan ialah kemas bilik, lepastu boleh kutip kain baju masuk washing machine. pastikan kerja membasuh berjalan, jangan main sumbat je sudahnya sampai petang baju xbersidai. ni kelebihan buat yang ada bantuan teknologi dalam rumah. sambil baju2 dibasuh oleh dayang ehh mesin, kita dah boleh jenguk kerja lain.

pagi2 lagi saya pastikan nasi dimasak terlebih dulu. keluarkan segala keperluan yang nak dimasak. terutamanya yang disimpan di sejukbeku spt ayam yang keras kejung :) sambil tu buat sarapan buat en suami dan anak. pilih menu simple yang berkhasiat lagi cepat disediakan. kalau mampu sesekali masaklah tapi kalau x, beli saje yang dah siap pun boleh la

jadikan amalan untuk terus mencuci pinggan mangkuk yang diguna masa memasak. jangan biar berlungguk dalam sinki. jap lagi lepas makan bertambah lagi. sudahnya angin malas pun datang. bertangguh lagi nampaknya..erm saya mengaku biasa jadi macam ni bila x istiqamah hihiihi

bila en suami keluar bekerja, kerja jadi mudah sebab xda gangguan nak sapu sampah ehh abang tolong angkat kaki yea. nak tepuk2 manja sofa tapi en suami sedang duduk ngadap paper. bahagia bekerja di hari kerja :) cari masa yang sesuai  untuk mandikan anak. yang ni bergantung pukul berapa dia bangun dan mood ok nak masuk bilik air. kdg2 bangun je awal tapi xmo mandi lagi



boleh pandang2 jangan pegang2 :)

cepat2 kemas living hall. time ni nak sapu ke, mop ke atau 3 kali dalam seminggu saya lap habuk2 yang bertapa di belakang tv, kabinet dll. lepas sarapan, xpayah nak berangan bestnya kalau dapat pegi shopping esok atau minggu ni kenduri nak pakai baju mana.. kalau si kecil belum bangun lagi la mamanya speed sebab senang nak mop atau lap habuk. xda nak risau, anak jatuh tersembam sebab licin atau anak bersin gara2 dok main habuk hahahahaha


sambil sidai kain, jenguk2 pokok kari dan bunga kalau ada. *dalam kes saya cuma ada pokok kari dan serai di balkoni rumah. hah? pokok serai kat balkoni?.. haaa sila percaya yea kawan2 hahahahahahaha tanam kecil2an je dalam pasu. saja nak test dia nak hidup ke x. nak siram ke nak gembur2 tanah sambil berbincang hal jiran bermasam muka boleh la. tapi jangan berlama2

masuk dapur semula, mula memasak menu tengah hari. xpayah tunggu jam cecah 12 tengah hari baru nak terkejar2 keluarkan bahan. lebih awal kita bekerja lebih baik sebab mana la tahu kalau tiba2 dok lepak depan tv en suami balik awal nak makan nasi. haru jadinya! kadang2 jadual kerja terganggu bila anak merengek nak suruh main bersama. xpun dia menangis bila ditinggalkan sorang2 masa leka menconteng buku mama. masa ni lega lah sikit sebab kita tahu dah xbanyak mana kerja yang tinggal.


kebiasaannya saya berhenti makan lebih kurang 1 ke 2 petang. selesai makan, dapur dah dibersihkan, terus basuh segala apa yang terhumban dalam sinki. terus bersolat sebab kalau xbuat awal jap lagi ada je nak buat itu la ini la. orang call la. sudahnya solat zohor pukul tiga.. mak marah solat lewat sedangkan boleh dielak. kalau xboleh elak lain cerita la yea

salin cd anak dan tidur bersama2 hehehehehe ni bonus kalau anak menyusu badan. boleh mama berehat melepas lelah sambil luruskan kaki tangan yang lenguh2

sambil tengok marimar, boleh la lipat kain baju dan asingkan yang nak di iron. kalau xsempat iron, saya pastikan baju tu dihanger sebelum simpan sekurang2nya xlah berkedut maha hebat kalau pagi2 en suami rembat nak pakai gi kerja. 

bekerja mengurus rumah xperlu tertekan. selagi boleh cari jalan untuk buat kita happy melaksanakannya, saya suka dengar lagu sambil bekerja. jadi saya sambungkan ipod ke speaker dan layan nyanyi sambil mop rumah atau cuci lantai bilik air :) 

bila anak bangun dari tidur petang, biasanya kerja dah selesai. atau mungkin sedang meng'iron'. bergantung pada mood anak, kalau baik.. saya sambung kerja yang belum selesai sambil bagi anak minum2 atau layan mamai depan tv. kalau anak mengamuk. saya berhenti dan sambung esok.

bersihkan diri dan solat asar. menu minum petang dah plan awal. sambil makan cucur atau biskut je kalau mama malas hihii boleh la sambung tengok2 hasil tanaman atau baca paper pagi tadi sebab xsempat habis.



curi & cari masa untuk beriadah dengan sofia di  kawasan rumah :)


pukul 6.30pm masuk semula ke dapur, masak menu makan malam. kalau menu yang sama, saya tambah sikit sana sini bagi meriah. makan bertiga xsusah sangat. berbanding si ibu yang masak untuk suami dan 6 orang anak. saya salute ibu2 ni. walau kerja rumah maha banyak, waktu makan xpernah miss. siap terhidang dan banyak pilihan. yea la anak ramai. menu xsemua setuju, harus la si ibu ikut selera anak sesekali.. thumbs up!

siap makan, masa untuk bersama keluarga. kalau saya ikut semua rutin yang dirancang, memang xda masalah pinggan xberbasuh sampai pagi esok atau baju dah basuh xbersidai sebab leka berfacebook siangnya..*saya ngaku pernah jadi kat saya :p


masa untuk ngadap laptop selalunya selepas anak tidur. time ni lah saya nak singgah rumah kawan2. hebat kan orang zaman sekarang, boleh menziarah ikut suka waktunya dan xganggu tuan rumah bermimpi :) ada masanya kalau kerja rumah siap awal dan anak xmeragam, saya on9 sekejap di waktu petang.


panjang lebar saya bercerita lepas geram nak on9 semalam xboleh hehehehehe.

ni cara saya, cara anda mungkin berbeza atau lebih sistematik. bekerja dengan anak kecil dugaannya sentiasa ada. elok nak menyapu dia minta nak menyusu. tertangguh la sekejap tapi kena cepat2 cover.

sekadar berkongsi ilmu. kalau bagus, ambil dan kongsilah mana yang patut. kalau x elok sila la tegur. sebab saya tau kawan2 blogger saya ramai yang sudah bergelar ibu dan mesti ada tips yang lebih hebat dan mudah berbanding cara saya yang baru je masuk tahun ke3 bergelar suri rumah. masih banyak ilmu yang kurang ..


ok lah, dah sampai masanya nak mulakan kerja pagi ni. apa menu sarapan anda pagi ni? saya pilih nak masak nasi goreng je.




xoxo

Monday, 13 June 2011

pencapaian terhebat saya :)

assalamualaikum..

selalu jugak saya singgah blog masak2 dan antara blogger yang selalu menjadi rujukan saya ialah cik mat gebu, mamafami, dari dapur madihaa dll .. saya xmampu la nak masak hebat2 macam diorang tapi sedikit sebanyak membantu saya terutama bila xda idea nak masak apa. selain belajar memasak resepi yang sedia ada dan semua orang sedia tahu kecuali saya :)

kadang2 tu resepi yang mudah tapi oleh sebab xtahu maka xpenah buat hihihihihi selain menu lauk pauk, saya belajar resepi kuih muih.nak beli tiap2 hari almaklum je la.. en gie balik keja pun dah maghrib mana nak jumpa kuih :p


maka gigih la saya mencari resepi karipap sebab anakanda kami yang suka makan karipap :)
dah x ingat mana saya jumpa resepi tu.. lama dah saya save tapi xbuat2 hehehe

resepi saya ikut sukatan agak2 sebab sukatan yang diberi dalam timbangan gram.. mana nak cari penimbang dalam rumah orang yang masak ikut suka campak ni :)


proses menguli dan mencanai saya buat cepat2.. sebab sofia pun sibuk nak sua tangan nak tolong mama katanya  hmmmmmm


saya buat khas untuk sofia :)

bahan2 asas ialah tepung gandum, air suam * kalau guna air sejuk mungkin sama je kot ... ,sedikit garam dan marjerin * saya guna planta

semua bahan diuli mengikut kesesuaian, yang penting masukkan air sikit2


menu makan pagi kami hari ni :)


saya buat inti sardin sebab rempah kari yang ada tu agak pedas.. saya ada banyak stok rempah kari giling made from lunas, kulim.. terbaik... sedap! tapi memikirkan nak bagi sofia makan, maka saya pilih sardin cap ayam :)


sofia makan kulit luar je :) keutamaan kat kelepet karipap

saya guna acuan jadi dapat la karipap yang cantik je kelepet nya hihihi

untuk adunan tepung yang lebih kurang 3 senduk saya dapat karipap 20+biji


selebihnya saya goreng separuh masak untuk simpan dalam peti sejuk..

en gie cakap sedap hehehehe pandai abang amik ati :)



p/s: nak belajar buat kuih apa pulak lepas ni?


xoxo :)

Sunday, 12 June 2011

kalau xcuba, sampai bila pun xkan tau ....

assalamualaikum..


anak2 kecik ni kadang2 kalau ditegah yang tu jugak la yang dia nak cuba buat. kita sekat keinginan mereka yang secara xlangsung boleh menyebabkan mereka malas mencuba benda baru bila semakin besar


awalnya saya bagi 2 mangkuk plastik berisi sayur dengan tujuan dapat alih perhatian dia sementara saya nak siapkan menu lain. sambil tinjau2 saya tengok ok je jadi saya biarkan. bila dah lama dia senyap, saya tengok rupa2nya dia tengah concentrate nak siang sayur2 tu. pandai anak mama!


sofia memang susah makan sayur. macam2 cara dah cuba tapi xjalan jugak. kalau sesiapa ada tips sudi2kan lah share dengan saya.. terima kasih!


warna terang menarik perhatian + rasa ingin tahu

tersengih dapat 2 mangkuk sayur :)

tolong bukan main tapi xmakan sayur...

kubis yang siap di koyak2 oleh sofia




xoxo

Thursday, 26 May 2011

chef to be ~ nur raisa sofia ^-~

gaul tepung, garam dan sedikit serbuk kunyit


masukkan bawang besar yang telah dipotong.. ikan bilis jangan lupa :)


erm.. bawang ni xsama saiz la mama hahahahahahaha xpe kita campak je

 
mama kata ok cukup2 tapi dia sibuk nak cedok serbuk kunyit.. last2 kaler kuning diraja adunan cucur bilis ku :)

 
'mama.. mama..' sambil tunjuk tepung kat pipi dan hidung :D




sampai terpejam2 mata sebab tunggu mama sapu habuk tepung kat muka :)


adun sebati ~ sedia untuk digoreng hihihihihi



Sunday, 22 May 2011

outing pantai sepat part 2 ~

assalamualaikum ..




n3 hari tu beriya2 cerita pasal nak gi piknik. maka hari ni ceritanya adalah berkenaan piknik kami sekeluarga bersama2 staf ytl di pantai sepat. part 2 kerana ini kali kedua kami ke sini. kali pertama cerita ringkasnya ada kat sini 


makin ramai yang join, makin meriah dan makin banyak menu hehehehehe ... antara yang terlibat ialah kak ogie & family, kak aini & family dan staf2 bujang ytl erk.. yea ke bujang korang semua nih? hihihhihiihii  




en gie setia melayan anak dara kesayangan ~ sampai makan pun last sekali sebab sofia suh dukung

uncle solah suh senyum la sofia.. org lain pakat menyenduk makan, mama dok layan sofia lagi :)



sampai je kat tapak piknik, gigih kami anak beranak membancuh air. laku.... sekejap je dah dgr 'eh air dah habis ek?' hahahahahahahaa



antara yang turut serta.. nanti kita buat makan2 lagi yea? :)


berborak anak beranak sambil temankan en gie makan .. :)


sofia yang kegelian sebab pasir masuk dalam kasut .. iskhh anak mama ni


sofia yang comot .. berpeluh sakan :) sambil tggu ayah bw mandi laut

kaum ibu dan anak2 mengisi masa terluang .. kaum ayah dan bujang2 sibuk memancing.. sabo je :p

p/s : yea, memang gambar xmengikut turutan kejadian :p

rancangan yang saya atur, berlaku banyak perubahan. antaranya.. menu :( atas request en gie, maka saya kena masak nasi huhuhuuu sandwich ke laut, nugget dan sosej pun kelaut 
sambal ikan bilis dgn tempe + apple hijau dgn kuah rojak + air oren + keropok sayur .. yg tu aje yg sempat saya siapkan. nak buat pasta goreng pun takut xsempat.

mujur kak ogie dan suami yang rajin memasak menyelamatkan keadaan. diorang bawak daging dgn sotong yg siap diperap (menu bakar2), mee goreng, sayur apa ntah tumis air, air asam, teh 0 dan buah jambu + tembikai

kak aini yg dpt invitation last minute xdatang dgn tgn kosong.. dia bw tembikai jugaaaa :p

dan ada sorang staff bujang aizat namanya bawa ikan selar yang cumell2 untuk dibakar :)



masing2 happy sebab dapat relax2 sambil makan tepi laut. insya allah dengar2nya dah ada plan untuk next outing :D jom la pakat join ramai2 lagi lepas ni

sofia tertido masa otw balik tadi lagi. letih main pasir kot. baju2 banyak nak dibasuh, tupperware penuh sinki ermm, esok pagi aje lah kita ngemas boleh? huhuhuhuhuhuhuu  keletihan dah ni. mau tido





xoxo


Tuesday, 17 May 2011

mencari menu ~ mr google sila tolong saya :)

assalamualaikum..

teruja untuk berpiknik part 2 hujung minggu ni. insya Allah kalau tiada aral melintang, cuaca mengizinkan kesihatan baik maka boleh la kita makan2 di tepi pantai yeay! best wooo.. dengan angin yang sepoi2, walaupun cuaca cerah tapi xterasa panas pun sebab berlepak2 di bawah pokok disamping angin laut yang setia bertiup hihihihihihihhi ayat macam nak karang novel

oleh kerana keterujaan itu, maka saya berusaha keras menyenaraikan keperluan penting untuk di bawa bersama. xseronok la kalau dah sampai nanti baru sedar ehh ini xda tu xbawak.. erm rosak plan nanti



antara keperluan penting yang dah terbayang2 sejak siang tadi ialah ..

    tikar .. last week tikar yg dibawa alahai muat 2 adult duduk je. mujur saya yg prihatin ni bawa kain alas besar maka dapat la semua orang menumpang duduk hihihihi cantik cth tikar nya purple gitu








kalau dapat salah satu set ni confirm makin rajin gi piknik hehehehehe  comel ehh purple plak tu :)


Sun Busters One-Piece Swim Suit - Baby Girl's Long Sleeve
nak baju ni untuk sofia boleh?.. hhiiiiii



dan ini antara pilihan resepi yang boleh dan sesuai untuk berkelah aka picnic .. jom jenguk2 sambil buat pilihan berdasarkan bahan yang mudah dan xbanyak kerja hehehehe nak senang jer :p

  • ayam goreng ala kfc
  • sandwich pelbagai rasa
  • sosej dan nugget
  • keropok ikan / keropok sayur
  • bbq ~ yang ni memang on list.. 


 



setakat ni hanya 2 jenis menu yang saya rasa sanggup nak buat. mungkin esok lusa akan bertambah atau bertukar :) sebolehnya saya nak elakkan menu biasa seperti nasi goreng, nasi berlauk, mee, bihun dll. nak yang simple2 tapi confirm laku hehehehehe maklum la berpiknik dengan anak kecil xsama tau.. lebih baik spend masa dengan anak sebab bukan selalu ke situ. itu pendapat saya la. kalau berbeza pendapat mungkin boleh share kat ruang comment nanti ..? shall we? :)




p/s : terbang sekejap ke mesra.net cari resepi makaroni heheheheheehe




xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...