me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Saturday, 3 September 2011

alhamdulillah selesai sudah.. walau di saat akhir

assalamualaikum ..


sungai petani, kedah 29hb ogos 2011

suspek : en suami yang pelupa huhuhuhuhuuhuhuhu mujur masih sempat!

waktu : selepas zohor sebelum asar

cuaca : hujan lebat *bukti lihat pada gambar

mangsa : pemungut zakat yang sepatutnya boleh buat persiapan raya atau berehat dirumah kalau x kerana manusia2 yang pelupa



en suami menunaikan tanggung jawab di saat akhir.. alhamdulillah





moral of the story : kena buat to do list besar2 1 ramadhan tahun depan :p




xoxo


Monday, 29 August 2011

disini atau di sana sama saja ..

assalamualaikum..

turn beraya tahun ni di mana? bersama keluarga kita atau bersama mertua, bagi saya sama saja. keduanya tetap keluarga. sama penting sama bermakna

bagi yang ikut beraya ke rumah mertua, tawakal dan redha. minta2 pahala besar kita sebab ikut suami hehehehehe senyum jangan lupa. hulur tangan tolong apa yang perlu

family mertua pun harap2 nya faham kalau kita xpandai bawak diri. esp yang masih baru dalam keluarga mertua. kalau nak bantuan, bersuara lah. dan jangan ingat semua manusia boleh faham sendiri tanpa diberitahu. xnak lah nanti menantu dipulaukan sebab xmenolong di dapur. padahal niat menantu xnak mengganggu menyempitkan dapur yang kecil. sebab peel sesetengah kita kalau memasak di dapur xsuka diganggu. jadi ada banyak kemungkinan lain di situ. tu sebabnya kedua pihak kena bersuara


hmmm lama membebel nak pi dapur lah pulak.. jenguk dan bantu apa yang perlu :)




xoxo




p/s : selamat hari raya.. maaf zahir batin :)




Sunday, 28 August 2011

bila semua jadi xkena ..



perut lapar hati panas

badan letih cepat marah

kepala berat semua nak cepat

bila perut kosong memang manusia kurang sabar ..



Saturday, 27 August 2011

ramadhan + mercun = teman sejiwa

assalamualaikum ..

bila cakap pasal raya, kaitan paling sesuai mesti la budak2. xkira la puasa penuh atau tak, excited diorang boleh kalah excited wakil rakyat menang tanpa bertanding hihhihihihi *apa punya perbandingan ntah ..


senarai nama yang putus jari sebab mercun, xmau cerita la. tiap2 tahun masuk paper cerita yang sama tapi minggu pertama puasa tetap ada yang berlawan nak masuk carta. boleh senyum lebar sambil tunjuk tangan kudung, yb kawasan bergambar sama. happy sebab dapat duit raya dari yb ke? atau bangga dapat masuk paper muda2 lagi ..? nak tunjuk contoh sedasyat mana lagi kat budak2 ni baru diorang insaf dan xperabih duit kat penjual mercun dan bunga api? mai pikiaq sat.. bukan apa, takut nanti anak kita pun dok berguling meraung histeria mintak benda yang sama. haru haihhh...


pelik bila 'mereka2' tu gigih buat serbuan dan rampasan tapi benda2 ni still berlambak kat pasar malam dan bazar ramadhan. nak kata yang pegi bazar ramadhan tu xda sorang pun yang bekerja di sektor 'tu' macam xlogik la pulak.. betul tak?


semua orang boleh nampak kesan buruk benda2 macam ni jadi jangan la di ikut permintaan anak2 sangat. kalau kita terdorong untuk membeli, tu la bukti nyata yang anak2 dah berjaya mengawal kewibawaan kita sebagai ibu bapa dalam menentukan baik buruk setiap pilihan. xmalu ke kalau anak dah hilang jari, baru la kita tepuk dahi menyesal 'kenapa la aku pi beli benda ni.. kalau beli benda makan pun dah boleh dapat 2 3 menu iskhhhh...'



time tu sedara mara dan jiran pun malas nak kata apa. nak salahkan anak, diorang bukan tau apa sangat. nak berleter kat mak bapak silap hari bulan kita pun masuk hospital sama. hahahahahahaahaha paham2 lah yea :)



ramadhan dah hampir penghujungnya. mak bapak tolong pantau kegiatan anak. cuaca pun kerap hujan sepanjang hari. banyak kemungkinan buruk boleh terjadi. xmau la nanti kawan2 sibuk beraya, anak kita dok berselimut depan tv gara2 demam main hujan. kita nak berjalan sana sini pun xsedap hati.. kan?

minta maaf kalau ada yang kata saya salahkan mak bapak bila terjadi hal buruk kat anak2. x, x, x .. bukan macam tu..saya sekadar mengingatkan diri sendiri supaya lebih peka dan tegas dalam mendidik anak2 insya Allah. biar kita dikata mak bapak yang xsporting daripada terpaksa berulang alik hantar nasi kat hospital sambil termenung tengok tangan anak kudung sebelah




kawan2 riuh rendah kutip duit raya, awak duduk diam2 tunggu orang datang rumah yea ..


kita sentiasa nak yang terbaik untuk mereka, anak2 kita. biarlah kita beringat sebelum kena. x apa kalau diorang merajuk masam muka bila kita xbeli mercun meriah warna. xberdosa pun kalau kita kunci pintu sorok belakang pasu bila cuaca mendung awan berat angin kuat. jangan takut untuk tanya apa aktiviti diorang


kita sebagai mak bapak lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2. ambil masa untuk bertenang dan jangan terlalu ikut cakap anak yang ada masanya xsesuai dengan keadaan tertentu


selamat beraya sakan sambil jaga keselamatan :) renung2kan dan selamat bergembira






xoxo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...